Home Entertainment Jom Kenali Park Bo Young Pelakon Berwajah Keanak-Anakan!

Jom Kenali Park Bo Young Pelakon Berwajah Keanak-Anakan!

0

13EBDEC8 960D 489F 855E CB00C9C0AB3A

Tidak dapat disangkal lagi bahawa Park Bo Young adalah antara pelakon wanita utama yang disayangi dan disukai oleh para peminat K-drama.

Pelakon wanita popular Korea Selatan ini menguasai semua genre termasuk komedi, tragedi, suspens, jenayah, thriller dan genre-genre lain. Boleh dikatakan bidang lakonan ini merupakan tempat permainan untuk si cantik jelita ini. Kualiti bintang yang tersedia ada dalam diri pelakon terkenal ini benar-benar membuatkan ramai peminat menyukainya.

Ketrampilannya yang sentiasa kelihatan cergas, bersemangat, aktif, ceria dan serba boleh benar-benar menarik perhatian ramai. Bintang yang masih muda ini dilahirkan pada 12 Februari 1990 di Utara Chungcheong, Korea Selatan. Gadis pintar ini menamatkan pengajiannya di Dankook University dalam jurusan teater dan perfileman.

Bukan calang-calang pelakon si cantik manis Park Bo-young apabila dia pernah mendapat peluang untuk melakonkan watak dalam sebuah filem pendek sewaktu dia masih bersekolah. Filem pendek tersebut ialah Equal yang diterbitkan pada tahun 2005. Pada tahun 2006, pelakon ini membuat kemunculan secara rasmi dalam dunia hiburan secara komersial apabila dia berlakon dalam sebuah drama bertemakan sekolah menengah tinggi iaitu Secret Campus (2006).

Drama bersiri itu menyerlahkan dua bakat baru ketika itu iaitu Park Bo Young dan rakan artisnya iaitu pelakon terkenal masa kini Lee Min-ho. Kedua mereka adalah pelakon newbie tapi mula mendapat pergatian pada tahun 2006 apabila lakonan mereka dalam Secret Campus berjaya mencuri tumpuan.

11E36688 935A 4A77 98F9 0EE4C5B06A5B

Pelakon yang kini berusia 32 tahun itu mencipta nama dengan jayanya dalam industri lakonan di Korea Selatan apabila wajahnya sering terpampang di kaca TV dah di skrin-skrin besar sebagai pelakon utama. Salah satu sebab dia disukai ramai adalah kerana matanya yang bundar dan wajahnya yang terlalu comel. Seakan keanak-anakan dan perwatakan yang amat menyenangkan.

Filem romantik lakonan Park Bo Young iaitu On Your Wedding Day ditayangkan pada bulan Ogos 2018 dan telah berjaya mengaut keuntungan yang besar dengan kutipan pecah panggung di seluruh Korea Selatan. Kutipan box office sebanyak US$ 21.1 juta berjaya dicatatkan dan jumlah tersebut adalah satu kejayaan besar sekaligus menaikkan lagi nama Park Bo Young dalam pasaran dunia seni Korea Selatan.

Park Bo Young turut terkenal dalam beberapa drama siri dan filem lain seperti:

● A Werewolf Boy (2012)
● Snow Queen (2013)
● Hot Young Bloods (2014)
● The Silenced (2015)

F19BAC36 B581 4F02 8BC9 9509AE8BB7B5 7D553679 0B6C 4243 B7FA F8395061508D

● Collective Invention (2015)
● The King and I (2007)
● Oh My Ghost (2015)
● Strong Girl Bong Soon (2017)
● Doom at Your service (2021)

Masih banyak lagi filem dan drama siri lakonan Park Bo Young yang tidak tersenarai, pelakon ini sememangnya mempunyai aura dan pesona tersendiri yang membuatkan ramai peminat terpukau dengan lakonannya.

Baca Lagi: Filem Terbaru Bae Doona Menceritakan Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Mati Bunuh Diri

Baca Juga: The Watcher Drama Netflix Dari Kejadian Sebenar Tentang Rumah Misteri Dan Psikopat