Home Entertainment 8 Fakta Menarik Mengenai Taylor Swift

8 Fakta Menarik Mengenai Taylor Swift

0

Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan penulis lagu popular dari Amerika Syarikat ini? Penyanyi berbakat besar ini boleh menyanyi pelbagai jenis lagu dengan segala macam genre dan lagu-lagu yang ditulisnya kebanyakannya diinspirasikan dari kisah hidup dirinya sendiri.

Taylor Swift juga sentiasa menjadi perhatian media dan setiap karyanya biasa menerima pujian dan liputan meluas di seluruh dunia. Artis wanita berpengaruh ini dilahirkan di West Reading, Pennsylvania dan seterusnya berpindah ke Nashville pada usia 14 tahun seterusnya menjadi seorang penyanyi muzik country.

8FF7409C 65A9 4E17 B775 2CE0E8AE1078

Dia menandatangani perjanjian menulis lagu dengan Sony/ATV Music Publishing pada pada tahun 2004 dan perjanjian menjadi artis rakaman dengan Big Machine Records pada tahun 2005. Pada tahun 2006 dia mengeluarkan sebuah album dengan tajuk namanya sendiri ‘Taylor Swift’ yang merupakan kemunculan pertama (debut) dalam dunia nyanyian secara komersial. Album tersebut menjadikan Taylor Swift sebagai penyanyi muzik country wanita pertama yang menghasilkan lagu sendiri dalam sejarah Amerika Syarikat. Album tersebut mendapat jualan platinum dan merupakan kejayaan besar buat bintang berbakat besar tersebut.

Berikut merupakan 8 fakta menarik mengenai salah seorang superstar paling berjaya di dunia, Taylor Swift. Segalanya dari permulaan kecilnya sebagai seorang penyanyi muzik country sehinggalah menjadi salah seorang penyanyi yang paling berjaya sepanjang zaman, tidak dapat dinafikan bahawa Taylor Swift telah mencapai banyak kejayaan yang luar biasa dalam perjalanan kariernya sebagai anak seni. Kita akan meneroka beberapa fakta menarik mengenai penyanyi ini dan beberapa pencapaian membanggakan yang telah dicapai sepanjang Taylor Swift bergelar anak seni.

AD59E9F8 2EAE 4B3E 84CE FC9339CB9DB9

1) Nama sebenar Taylor Swift adalah Taylor Alison Swift

Selain Taylor Alison Swift, penyanyi wanita ini juga mempunyai satu nama lain iaitu Nils Sjoberg. Dia kini sedang menjalin hubungan romantis dengan pelakon dari Britain iaitu Joe Alwyn. Mereka sudah bersama sejak tahun 2016 lagi.

2) Taylor Swift sudah memenangi 11 Anugerah Grammy

Setakat ini, anak seni serba boleh ini telah memenangi 11 Anugerah Grammy. Pencapaian ini adalah satu kebanggaan kerana pada usia muda, Taylor Swift berjaya memintas pencapaian artis yang lebih senior. Taylor Swift adalah satu-satunya penyanyi wanita solo yang merangkul anugerah Album Terbaik Sepanjang Tahun (Album of the Year) selama tiga tahun berturut-turut.

3) Taylor Swift sudah mengeluarkan 10 buah album studio

Taylor swift telah berjaya mengeluarkan album-album yang laris seperti:
● Taylor Swift
● Fearless
● Speak Now
● Red
● 1989
● Reputation
● Lovet
● Folklore
● Evermore
● Midnights

4) Taylor swift telah memecahkan 58 rekod dalam Guinness World Records

Kejayaan besar buat Taylor Swift apabila berjaya memecahkan rekod dalam Guinness World Records, antara beberapa rekod cemerlang penyanyi ini ialah:

● Muzik Video yang Ditonton Paling Banyak Secara Atas Talian (kategori artis wanita). Kejayaan ini adalah melalui lagu ‘Shake It Off’.
● Lagi Single yang Terjual Paling Laju Dalam Sejarah Pasaran Digital, melalui lagu ‘We Are Never Getting Back Together’.
● Lagu yang Paling Banyak distrim di Spotify dalam Tempoh 24 Jam, melalui lagu ‘Look What You Made Me Do’.

5) Taylor Swift berkawan baik dengan Ed Sheeran.

Siapa sangka dua artis berbakat besar ini adalah teman rapat. Malah mereka berdua mempunyai dua buah lagu yang dirakamkan bersama-sama iaitu ‘Everything Has Changed’ dan ‘The Joker and The Queen’.

6) Peminat Taylor Swift menggelarkan diri mereka ‘Swifties’.

Jika di Malaysia kumpulan peminat paling popular ialah peminat-peminat Dato Seri Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai ‘Siti Zoners’. Peminat-peminat Taylor Swift pulak dikenali sebagai Swifties bagi memberi penghormatan kepada nama penyanyi pujaan mereka sendiri. Kumpulan Swifties adalah kumpulan yang paling kuat memberi sokongan kepada Taylor Swift sepanjang perjalanan kerjaya penyanyi tersebut.

7) Boleh belajar Subjek Taylor Swift di Universiti.

Ini adalah fakta yang paling menarik tentang Taylor Swift, Institut Clive Davis di New York menawarkan kursus yang memfokus tentang kerjaya dan impak budaya yang dibawa oleh Taylor Swift. Hebat bukan?

8) Taylor Swift adalah antara artis yang paling dermawan.

Dia juga dikenali dengan sifat pemurah dan suka menderma berjuta-juta dollar untuk pelbagai pertubuhan kebajikan termasuklah kepada mangsa-mangsa bencana dan Taylor Swift turut memberi dana kepada jabatan muzik di 6 buah kolej muzik di USA.

Baca Lagi: The Watcher Drama Netflix Dari Kejadian Sebenar Tentang Rumah Misteri Dan Psikopat

Baca Juga: 3 Filem Lakonan Anne Hathaway Yang Paling Menarik