Home Entertainment Selebriti Lelaki Korea Dengan Bibir Tebal dan Seksi

Selebriti Lelaki Korea Dengan Bibir Tebal dan Seksi

0

Bibir seksi sering dirujuk kepada kaum wanita dan salah seorang selebriti yang terkenal dengan jolokan bibir tebal dan seksi tercantik adalah Angelina Jolie. Tetapi bagaimana pula dengan lelaki? Adakah lelaki juga memiliki bibir sedemikian tanpa melakukan sebarang pembedahan plastik atau suntikan botox? Wujudkah mereka ini?

Contoh terbaik yang boleh dijadikan rujukan bahawa lelaki sedemikian sememangnya wujud dan pastinya mereka ini adalah selebriti Korea yang sentiasa mencuri perhatian para peminatnya dengan ketampanan yang dimilikinya.

Selain kulit wajah yang halus mulus tanpa cacat cela serta parut jerawat dan bentuk badan yang menarik, bentuk bibir yang penuh dan seksi juga penting bagi menonjolkan sisi kemaskulinan mereka.

Berikut merupakan selebriti-selebriti lelaki yang memiliki bibir tebal dan seksi:

 


1. Lee Gi Kwang

EDF6766F 412D 43FA 9DD8 E2478B2E70B9

Lee Gi Kwang ialah seorang penyanyi-penulis lagu dan pelakon serta ahli kumpulan “Highlight”. Berumur 32 tahun, lahir pada 30 Mac 1990 dan ketinggian 1.72cm. Sejak kecil, dia meminati hip hop dan keluarganya menyokong keputusannya.

Dia pertama kali memulakan kerjaya sebagai penyanyi solo dan menggunakan nama AJ (Ace Junior) pada April 2009 dengan mini album “First Episode: A New Hero” dan media merasakan dia boleh menjadi Rain seterusnya. Dia juga membuat debut lakonannya pada tahun 2009 dengan “High Kick Through the Roof” MBC.

2. Lee Jae Wook

6AF5229F A4F0 4CF7 9D77 31F35019AF60

Lee Jae Wook dengan ketinggian 187cm adalah seorang pelakon dan model. Dia memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 2018 dalam drama “Memories of the Alhambra” dan membawa peranan utama dalam “Search: WWW” dan “Extraordinary You”. Pada Oktober 2020, dia membintangi “Do Do Sol Sol La La Sol” sebagai watak utama dan drama terbarunya adalah Alchemy Of Souls.

Kelulusan dari Universiti Chung-Ang, dalam jurusan Seni Teater. Dia juga aktif dengan peragaan serta pertunjukan fesyen untuk jenama fesyen mewah termasuk Prada, Dior, Nike, Berluti, Zegna, EX NIHILO dan Fendi, serta iklan dan fotografi untuk Lancôme Cosmetics.

3. D.O ‘EXO’

A9FED41E 25E7 4B2B B681 228670BB98F6

Doh Kyung Soo berumur 30 tahun lebih dikenali dengan nama panggungnya D.O., ialah penyanyi, pelakon, dan ahli kumpulan lelaki Korea Selatan-Cina EXO. D.O. telah menyanyi sejak sekolah rendah. D.O. membuat debut lakonannya dalam filem “Cart”. Dia juga menyanyikan OST “Crying Out” untuk filem itu.

D.O. telah dipilih sebagai salah satu daripada 200 pelakon (100 lelaki dan 100 perempuan) untuk ditampilkan dalam kempen 200 pelakon Korea, yang dianjurkan oleh Majlis Filem Korea (KOFIC).

 

4. Lee Jong Suk

18610F65 4298 4EBA 9B9E B1B565A0503D

Lee Jong Suk ialah seorang pelakon dan model yang dianggap antara bintang Hallyu paling popular pada hari ini. Berumur 33 tahun dengan ketinggian 186cm, Lee Jong Suk bermula sebagai model termuda Korea pada usia 15 tahun. Dia memulakan kerjaya lakonan dalam drama tahun 2010 “Prosecutor Princess”,  dia turut membintangi drama popular “Doctor Stranger” (2014), “Pinocchio” (2014-2015), “W” (2016) dan “While You Were Sleeping” (2017).

5. Jin BTS

41FBB1DB AFDB 47F9 96EF 2C35025A5A35

Kim Seok-jin juga dikenali dengan nama pentas iaitu Jin, ialah seorang penyanyi, penulis lagu serta ahli tertua dalam kumpulan BTS sejak tahun 2013. Berumur 32 tahun dengan ketinggian 179cm.

Jin seorang yang sangat berbakat dan memiliki ketampanan yang memukau, keperibadiannya juga disenangi membuatkan Jin diidolakan oleh ramai peminatnya. Memiliki suara yang lunak dan sentimental sehingga mendapat jolokan “Silver Voice” oleh Panel Grammy kerana mampu menghasilkan suara yang stabil dengan falsetto kuat.

6. Lee Kwang Soo

6410122D F468 4B8C 929D D8A5EAD98614

Lee Kwang Soo lahir di Namyangju, Provinsi Gyeonggi, Korea Selatan berumur 38 tahun dengan ketinggian 194cm. Dia memulai debut sebagai model dan model iklan kemudian memulai debutnya sebagai pelakon tahun 2008.

Dia adalah ahli tetap dalam rancangan realiti ‘Running Man’ sejak Jun 2010. Mendapat jolokan “Prince of Asia” kerana memiliki ramai peminat dari seluruh Asia.

7. Yeo Jin Goo

55571743 31B6 4D96 BF26 E17252A87D5D

Yeo Jin Goo kini berumur 25 tahun, merupakan salah seorang artis lelaki yang telah banyak berlakon dalam pelbagai genre filem dan drama sejak tahun 2005.

Dia memulakan kerjaya lakonan dari kecil lagi dan pertama kali muncul dalam filem Sad Movie (2005). Sejak saat itu, dia tidak pernah berhenti terlibat dalam berbagai filem seperti No Mercy for The Rude  dan Queen of the Game (2006). Selain dari filem, dia juga pernah terlibat dalam serial drama The Crowned Crown, My Absolute Boyfriend dan Hotel Del Luna (2019)

8. Kim Soo Hyun

CD8E4A3A 6279 4EDE 8619 359928ED0713

Kim Soo-hyun berumur 35 tahun dengan ketinggian 180cm merupakan salah seorang pelakon dengan bayaran tertinggi di Korea Selatan sehingga dinobatkan sebagai pelakon Korea Selatan dengan bayaran termahal pada tahun 2021.

Anugerah yang pernah diterimanya termasuk empat Anugerah Seni Baeksang, dua Anugerah Grand Bell dan satu Anugerah Filem Naga Biru. Dari 2012 hingga 2016 dan pada 2021, dia telah terpilih dalam senarai Forbes Korea Power Celebrity 40.

Kim Soo Hyun lahir dari keluarga yang bekerja di industri hiburan. Ayahnya merupakan vokalis band Seven Dolphins yang hit di era 80-an bernama Kim Chung Hoo. Namun saat Kim Soo Hyun masih kecil, ayahnya meninggalkan keluarganya sehingga Kim Soo Hyun harus hidup berdua dan dibesarkan oleh ibunya.

9. Lee Je Hoon

A7DFD36C E402 4ED7 973E 434BC0D1FD03

Lee Je Hoon kini berumur 39 tahun dengan ketinggian 176cm memulakan kariernya pada tahun 2007. Dia telah menerima lebih daripada 20 anugerah sepanjang kerjayanya. Dia dikenali sebagai salah seorang pelakon dengan imej “bersih” di Korea Selatan. Dia pernah berkata, jika dia tidak menjadi seorang pelakon, dia akan mengusahakan sebuah kafe di mana orang ramai boleh menyewa filem dan mendengar muzik.

10. Song Kang

031F8F2B C67A 4950 8209 742BCB93C8ED

Berumur 29 tahun dengan ketinggian 186cm, pernah membintangi drama Love Alarm sebagai Hwang Sun Oh. Selain Love Alarm, Song Kang juga telah berlakon dalam drama Original Netflix Sweet Home sebagai Cha Hyun Soo. Sejak itu, dia semakin dibanjiri dengan pelbagai tawaran drama dan iklan.

Song Kang memulai debutnya pada tahun 2017 sebagai Baek Jin Woo dalam drama The Liar and His Lover. Pada tahun yang sama, dia turut berlakon di drama keluarga yang berjudul Man in the Kitchen sebagai Kim Woo Joo.

Baca Lagi: 8 Pelakon Korea Berjaya Sebagai Watak Maharaja

Baca Juga: Perjalanan Rain Sebagai Superstar