Home Entertainment 8 Pelakon Korea Berjaya Sebagai Watak Maharaja

8 Pelakon Korea Berjaya Sebagai Watak Maharaja

0

Drama bersiri Korea Selatan memperkenalkan banyak genre berbeza dengan pelnagai macam watak. Drama saeguk atau sejarah selalu dihiasai dengan watak maharaja sebagai watak utama dan penting.

Karakter maharaja ini tidak diberi kepada sebarang pelakon. Pelakon-pelakon yang dipilih untuk membawa watak maharaja kebiasaannya adalah pelakon tampan dan mempunyai karisma tersendiri.

Beberapa drama dengan berlatarkan kerajaan moden juga sering berfokus kepada karakter maharaja muda yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang kacak. Apabila mereka mengenakan jubah dan kostum diraja, mereka kelihatan berkeyakinan dan sangat memukau.

Jadi siapakah pelakon-pelakon yang pernah membawa watak sebagai maharaja? Jom kita tengok!

1) Lee Min Ho

C1A6517C 3C6C 4E76 9DCC C8B6E2186970Tidak keterlaluan jika Lee Min Ho dilabel sebagai pakar untuk membawa watak “kelas atasan.” Selain membawa watak sebagai orang kenamaan, pelakon yang lahir pada tahun 1987 ini juga pernah membawa watak sebagai Lee Gon iaitu maharaja dari Kerajaan Corea (rekaan) dalam drama The King: Eternal Monarch.

Lee Min Ho menunjukkan penampilan elegan dan lakonan yang serius sebagai seorang bangsawan dengan mengenakan pelbagai kostum seperti jubah Naga yang menambah visual tampak luar biasa.

2) Lee Seung Gi

AE76F729 AFF6 422B A382 A1E49A9384ABSelain Lee Min Ho, Lee Seung Gi juga pernah mendapat watak sebagai seorang maharaja pada era moden. The King 2 Hearts mengambil latar Korea Selatan di bawah pemerintahan monarki.

Watak Lee Seung Gi pada awalnya adalah seorang putera raja yang bernama Lee Jae Ha. Setelah kematian Maharaja Lee Jae Gang, dia naik takhta dan menjadi maharaja. Walaupun peranannya hanya sekejap, pelakon yang dilahirkan pada 1987 itu berjaya membawa karakter maharaja dengan sempurna.

3) Shin Sung Rok

8B3910AB 172A 4A63 9BAF 53BFBE67A647Shin Sung Rok berjaya membawa watak sebagai maharaja yang keras hati dalam drama The Last Empress. Drama hasil karya penulis Penthouse ini berlatarkan sistem monarki berperlembagaan sekitar tahun 2018. Shin Sung Rok melakonkan watak sebagai bangsawan Lee Hyuk iaitu seorang maharaja yang dihormati oleh rakyatnya.

4) Kim Soo Hyun

DC3AB775 7480 4D76 A17C D32B68A7D118The Moon Embracing the Sun menceritakan tentang kisah cinta sedih antara maharaja dan seorang dukun wanita. Kim Soo Hyun berjaya menunjukkan pesonanya sebagai maharaja muda yang bernama Lee Hwon. Dia menepis keraguan tentang bolehkah seorang pelakon berusia 20-an membawa imej seorang maharaja. Kim Soo Hyun mempamerkan kehebatan lakonannya sebagai maharaja yang bermartabat, dingin dan setia.

 

5) Kim Jung Hyun

0E22CAED CD44 4CD9 82FE 62D79195F85CMr. Queen meledak hebat dengan lakonanShin Hye Sun. Namun lakonan Kim Jung Hyun sebagai Maharaja Cheoljong juga tidak boleh diabaikan. Dalam drama ini, Cheoljong yang nama asalnya Yi Won Beom adalah raja ke-25 dari Dinasti Joseon, dengan keperibadian “Jekyll and Hyde,” Kim Jung Hyun berjaya membawa watak kompleks tersebut dengan kemampuan lakonannya.

6) Yeo Jin Goo

8E43E161 FABD 492D 8AD7 F9ACB63C1C85

Setelah membawa beberapa watak yang berkaitan dengan maharaja dari The Moon Embracing the Sun dan Warriors of the Dawn, Yeo Jin Goo memutuskan untuk melakonkan dua watak berbeza dalam The Crowned Clown. Kisahnya tentang seorang maharaja yang memanggil badut yang mirip dengannya ke istana untuk melarikan diri daripada mereka yang mencuba untuk membunuhnya. Yeo Jin Goo menunjukkan penampilan yang luar biasa sewaktu dia membawa watak Ha Seon, sang badut, dan Yi Heon, sang maharaja.

7) Song Joong Ki

3B722759 DD24 4C72 9249 1905648A03C9

Song Joong Ki membawa versi muda Maharaja Sejong dalam drama Deep Rooted Tree. Karakter ini dimainkan oleh pelakon senior Han Suk Kyu. Deep Rooted Tree menceritakan kisah seorang penjaga kerajaan yang menyiasat kes yang melibatkan pembunuhan bersiri para sarjana Jiphyeonjeon di Istana Gyeongbok sementara Maharaja Sejong hadir untuk mencipta kaligrafi Korea yang kini disebut hangul.

8) Kim Ji Suk

B853DD94 F348 4743 A2E4 9BE6E455E3E9Sama seperti Shin Sung Rok, Kim Ji Suk juga memainkan peranan sebagai maharaja yang zalim, tetapi pada masa berbeza iaitu pada zaman dinasti Joseon. Pelakon tersebut memainkan watak sebagai Yoong yang naik takhta sebagai Maharaja Yeonsan yang dianggap sebagai sejarah terburuk Dinasti Joseon dan mungkin sepanjang sejarah Korea. Kim Ji Suk menunjukkan kemampuan lakonannya untuk watak ini dalam cerita Rebel: Thief Who Stole The People.

Baca Lagi: Marc Anthony Bakal Timang Cahaya Mata Ke-7

Baca Juga: Fakta Menarik Tentang Ma Dong Seok