Home Entertainment Marc Anthony Bakal Timang Cahaya Mata Ke-7

Marc Anthony Bakal Timang Cahaya Mata Ke-7

0

Penyanyi latin popular Marc Anthony dan istrinya yang baru dinikahi beberapa bulan yang lalu iaitu Nadia Ferreira telah mengumumkan bahawa mereka akan mendapat cahaya mata tidak lama lagi.

D6C55DC7 F030 4AD5 8134 3D66CF224D43

Pasangan itu mengumumkan tentang berita gembira tersebut melalui satu hantaran Instagram bersama pada hari Selasa yang lalu. Tidak lama lagi anak pertama bagi Nadia Ferreira dan anak ke tujuh bagi Marc Anthony ini bakal memeriahkan lagi hidup mereka.

2A01053C 4FDE 48C1 91B7 C410C7339F66
Hantaran Instagram itu menunjukkan perut Nadia Ferreira yang kian memboyot sambil tangan kedua pengantin baru itu diletakkan ke atasnya. “Terima kasih Tuhan untuk anugerah yang terindah ini dalam kehidupan kami”.

Pengumuman berita gembira tersebut dibuat lebih kurang dua minggu selepas penyanyi tersohor itu dan isterinya bekas ratu cantik Paraguay yang kini berusia 23 tahun mendirikan rumah tangga.

77C97AAD F5F7 4726 9F34 302A15140A69

Mereka menyambut hari bahagia perkahwinan mereka di Muzium Seni Perez, Miami. Merpati dua sejoli ini dikhabarkan mula menjalin hubungan romantik pada tahun 2022 apabila mereka dilihat keluar bersama dan meluangkan masa di bandar Mexico.

Mereka mengesahkan hubungan istimewa mereka bersua melalui satu gambar yang dimuat naik di laman instagram milik mereka pada bulan Mac 2022. Gambar swafoto di dalam sebuah pesawat dengan caption “semoga Tuhan anugerahkan kita dengan kegembiraan berganda.”

A9DCBC6F 14BA 4972 AE2E 62FADCF3F3AA05BA19D5 4BC7 4C22 8018 2A44C24C2764Mereka telah mengumumkan pertunangan mereka pada bulan Mei tahun itu juga, setelah tiga bulan mengumumkan hubungan istimewa mereka di laman Instagram masing-masing. Penyanyi yang popular dengan lagi ‘I Need To Know’ itu kini sudah berusia 54 tahun dan telah dikurniakan 6 orang cahaya mata hasil dari perhubungan dan perkahwinannya sebelum ini.

Marc Anthony yang sebelum ini mengejutkan dunia dengan hubungan istimewa dan perkahwinanya dengan bintang sensai Jennifer Lopez telah dikurniakan 2 cahaya mata kembar bernama Max dan Emme masing-masing berumur 14 tahun.

Jennifer Lopez dah Marc Anthony masih berhubungan baik demi anak-anak kembar mereka. Selain itu, bersama dengan Dayanara Torres, Marc Anthony dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Cristian Marcus yang berusia 22 tahun dan Ryan Adrian Muniz yang kini berusia 19 tahun. Dayanara Torres adalah bekas ratu cantik dunia yang juga merupakan selebriti terkenal Puerto Rico.

Sebelum ini Marc Anthony juga menjalin hubungan dengan Rosado dan turut dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Ariana yang berusia 28 tahun dan juga Chase yang kini berusia 27 tahun.

Baca Lagi: Fakta Menarik Tentang Ma Dong Seok

Baca Juga: Sekitar Perkahwinan Marc Anthony & Nadia Ferreira