Home Entertainment Fakta Menarik Tentang Ma Dong Seok

Fakta Menarik Tentang Ma Dong Seok

0

Ma Dong Seok adalah pelakon senior Korea Selatan yang semakin lama semakin dipandang di mata dunia. Pelakon ini mengejutkan semua peminat dan dia berjaya meletakkan dirinya dalam kelas tersendiri apabila terpilih untuk masuk berlakon dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), The Eternals.

78D145C0 EC1D 461C A309 1737591CFEA9Ma Dong Seok yang sudah terjun ke dunia seni sebagai pelakon di Korea Selatan selama 14 tahun ini akhirnya berjaya membuat kemunculan di Hollywood. Ma Dong Seok telah bekerja sama dengan pelakon-pelakon top seperti Angelina Jolie, Richard Madden, Kumail Nanjiani, Lauren Ridlolf, Brian Tyree Henry, Salma Hayek, dan Lia McHugh.

11BF4B48 045B 424C 802F 479751E7067C

Pelakon ini tentunya menjadi kebanggaan buat para peminat dan juga Korea Selatan.
Dalam filem The Eternals, Ma Dong Seok membawa watak sebagai figura yang ikonik iaitu Gilgamesh. Gilgamesh sendiri adalah superhero yang mempunyai kekuatan luar biasa yang dapat bersaing melawan Thor dan Hercules. Ma Dong Seok juga pernah berkongsi gambar-gambarnya bersama dengan seluruh produksi The Eternals.

Jom kita lihat beberapa fakta menarik mengenai Ma Dong Seok:

1D17F6C2 DABA 41E6 B031 431833A25EF3

1) Fasih berbahasa Inggeris

Bahasa menjadi salah satu satu perkara yang penting dalam kehidupan, termasuk bagi para pelakon yang ingin melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa. Seperti yang kita ketahui, masyarakat di negara Korea Selatan sama sahaja seperti di negara Cina dan Jepun yang mementingkan bahasa ibunda sendiri dan kurang berminat dengan bahasa kedua. Terdapat juga artis Korea Selatan yang mahir berbahasa Inggeris termasuklah Ma Dong Seok. Rupa-rupanya Ma Dong Seok pernah menetap di Amerika Syarikat dan pernah mendapat pendidikan di Columbus State University.

2) Juru latih gusti

683DAE8E 0F68 4775 A828 2E30FE63EBD3

Sebelum terjun ke dunia hiburan, Ma Dong Seok adalah seorang penggusti bebas dan profesional. Bukan hanya itu, dia juga pernah menjadi juru latih peribadi peggusti profesional iaitu Mark Coleman. Ma Dong Seok juga pernah melatih mendiang Kevin Randleman iaitu bekas juara UFC.

3) Memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2005

94955F60 4FF7 432E 95F5 646B0503556D

Ma Dong Seok buat pertama kalinya muncul sebagai pelakon menerusi filem Heaven’s Soldiers (2005). Dalam debutnya itu Ma Dong Seok memegang watak sebagai pelakon pembantu. Kini Ma Dong Seok telah muncul dalam lebih kurang 58 buah filem dan 8 drama siri televisyen.

4) Tidak pernah cerewet memilih watak

Ma Dong Seok yang juga merupakan pelakon senior rupanya tidak pernah cerewet dalam memilih watak dan juga genre. Dia juga selalu muncul sebagai cameo dalam beberapa filem walaupun dia memiliki nama besar dalam industri. Dia juga tidak segan untuk menerima watak dengan peranan kecil sahaja jika jadualnya tidak menghalang.

5) Berjaya memecahkan rekod

Ma Dong Seok pernah memecahkan rekormd dengan menjalani penggambaran 6 filem sekaligus dalam waktu yang sama. Perkara ini terjadi pada tahun 2017. Pada waktu itu, Ma Dong Seok ditawarkan berlakon dalam filem Brother, Crime City, Gomtangi, Wonder Life, With God, dan Champion.

Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah 6 filem tersebut mempunyai genre yang berbeza sama sekali. Perbezaan genre dan karakter yang dilakonkan dalam 6 projek itu langsung tidak mengurangkan kualiti lakonan Ma Dong Seok. Ma Dong Seok membuktikan kehebatannya apabila filem-filem tersebut yang sebahagia besar berhasil mendapat Box Office.

6. Tolak tawaran berlakon dalam John Wick

Sebelum menerima tawaran MCU, Ma Dong Seok sudah pernah menerima tawaran untuk tampil dalam filem Hollywood iaitu John Wick 3. Menurut pengarah John Wick 3 iaitu Chad Stahelski, dia pernah menghubungi Ma Dong Seok dan menawarkan watak dalam filem garapannya itu. Sayangnya pada waktu itu jadual Ma Dong Seok sangat padat maka dia terpaksa menolak tawaran tersebut.

7ED0B101 CE25 4FBB B7EB C3B818237B3A

Baca Lagi: 13 Zombie Korea Yang Wajib Anda Tonton

Baca Juga: Won Bin 13 Tahun Menyepi