Home Entertainment Won Bin 13 Tahun Menyepi

Won Bin 13 Tahun Menyepi

0

Nama Won Bin pasti dikenali oleh para pecinta drama siri dan juga filem dari Korea Selatan. Won Bin yang sudah aktif dalam dunia seni sejak tahun 2000-an ini mempunyai bakat yang sangat luar biasa. Pelakon tampan ini adalah salah seorang penyebar dan pengaruh awal demam drama Korea di seluruh dunia.

Won Bin yang telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon wanita popular iaitu Lee Na-young pada tahun 2015 ini terakhir kali berlakon adalah dalam filem “The Man From Nowhere” yang dikeluarkan pada tahun 2010.

Pada waktu itu filem tersebut sangat popular dan turut memenangi banyak anugerah industri seni. Sayangnya, dia memutuskan untuk tidak lagi muncul dalam sebarang projek lakonan dan memilih untuk menjadi bintang iklan sahaja.

EEE08E17 5A14 480B BD11 32AD49F43761Sampai ke hari ini para peminat masih tertanya-tanya kenapa Won Bin tidak lagi mengambil sebarang tawaran berlakon. Sudah 13 tahun dia menyepi dari dunia lakonan, kelibatnya dalam dunia lakonan amat dirindui oleh para peminat.

Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai Won Bin:

 


1) Berasal dari Kampung

D491AC7E FE1E 4296 B462 1F40F6FBF941

Won Bin atau nama asalnya Kim Do-jin berasal dari Gangwon-do iaitu satu daerah pegunungan di Korea Selatan. Orang tuanya bekerja sebagai petani dan pelombong batu.

Won Bin mendedahkan bahawa dia adalah seotang remaja yang berjiwa bebas sewaktu dia masih muda. Pelakon ini mempunyai hobi yang sangat menyeronokkan iaitu melancong dan mengembara. Dia sering bercuti di luar negara.

Pemuda yang berusia 44 tahun ini mula tertarik untuk menjadi pelakon ketika dia menonton filem “Terrorist” di kaca televisyen pada tahun 1995. Filem tersebut dibintangi pelakon lagenda Korea Selatan iaitu Choi Min-soo.

2) Dipilih menjadi pelakon dengan segera

Won Bin lantas mencuba diri dan mendaftar untuk menjadi pelakon di stesen televisyen Jae Il berbekalkan fotonya yang diambil di rumah sahabatnya. Wajah yang tampan, proposal yang sempurna dan fesyen pakaian yang bergaya, Won Bin terus direkrut oleh stasiun televisyen tersebut.

Pada waktu itu won Bin masih bekerja di kilang automotif sambil dan juga sangat komited mempelajari dunia lakonan. Dia sangat bernasib baik kerana telah mendapat tawaran untuk menjadi model di salah satu pertunjukan fesyen Andrew Kim.

 


3) Filem yang dibintanginya pasti laris

Sepanjang karier lakonannya, Won Bin membintangi enam drama dan lima filem. Satu kejayaan yang memang patut dibanggakannya adalah kebanyakan filem yang dilakonkan olehnya tenyata sangat laris dan sekaligus berjaya merangkul banyak anugerah.

Filem yang paling diingat penonton dan para peminat adalah “The Man From Nowhere”, Won Bin berlakon bersama Kim Sae-ron pelakon kecil yang berlakon sebagai kanak-kanak yang perlu dia selamatkan.

Pada tahun 2009 dia pernah membintangi projek filem karya pengarah “Parasite”, Bong Joon Ho yang bertajuk “Mother”. Lakonan lelaki pesakit mental oleh Won Bin membuktikan dia adalah pelakon serba boleh.

Sayangnya, projek lakonan terakhirnya adalah pada tahun 2010. Setelah tahun itu, Won Bin hanya memfokuskan diri untuk berlakon sebagai model iklan sahaja.

E972CF6C 46C8 4904 8E26 1495AE049FA6

Menurut laporan, Won Bin mahu memberi fokus kepada keluarganya dan dia memilih untuk tinggal di Gangwon-do. Masih ramai peminat yang teringin untuk melihat lakonannya kembali. Semoga dalam waktu terdekat Won Bin boleh menerima tawaran berlakon untuk mengubat rindu para peminat!

Baca Juga: Filem Seram Indonesia Yang Wajib Ditonton

Baca Lagi: American Murder: Isteri Dicekik Anak-anak Disumbat Ke Dalam Tangki Minyak