Home Entertainment Filem Seram Indonesia Yang Wajib Ditonton

Filem Seram Indonesia Yang Wajib Ditonton

0

Filem bergenre seram sememangnya mempunyai peminat dan penggemar tersendiri. Filem-filem seram ini sangat diminati kerana berjaya memberi suasana tegang dan sensasi ngeri yang sering diburu penonton, semakin seram dan semakin ngeri maka semakin baguslah cerita seram tersebut.

Filem-filem seram juga mampu membuatkan bulu roma para penonton berdiri tegak dan lebih parah, langsung tidak boleh tidur malam kerana terbayang-bayang setiap adegan seram dan menakutkan dalam filem-filem seram yang sudah ditonton.

Menurut Britannica, cerita seram merupakan cerita yang berfokus untuk mencipta rasa takut yang biasanya menampilkan hantu, penyihir, vampire, atau ketakutan psikologi secara realistik.

Jika sebut sahaja filem seram, pasti kita terbayang filem-filem seram dari Indonesia. Negara seberang sangat mahir dalam membikin filem seram yang berjaya memberi impak seram sebenar.

Jom kita ikuti beberapa filem seram Indonesia yang boleh ditonton:

1) SEBELUM IBLIS MENJEMPUT (2018)

47FDA029 3E21 487B 81DF 7D678F186F91

Filem seram Indonesia Sebelum Iblis Menjemput ini merupakan salah satu filem yang cukup diminati oleh penggemar-penggemar genre seram.

Filem ini adalah kisah mengenai keluarga kecil yang meminta bantuan dan pertolongan dari seorang dukun misteri (Ruth Marini).
Seorang ayah bernama Lesmana (Ray Sahetapy) telah membuat perjanjian dengan iblis. Dia berjanji bahawa dia akan berjaya sebagai seorang ahli perniagaan berjaya dengan mengorbankan isterinya (Kinaryosih).
Ternyata perjalanan hidup mereka tidak semudah yang disangkakan. Pelbagai kejadian aneh berlaku di rumah mereka.

2) PEREMPUAN TANAH JAHANAM (2019)

26C82454 0EB0 454E AE83 36D2E2A3D51C

Perempuan adalah salah satu filem seram Indonesia terbaik yang sering disebut-sebut.
Filem ini adalah tentang seorang wanita muda iaitu Maya yang dilakonkan oleh Tara Basro yang melakukan perjalanan ke desa asalnya bersama sahabatnya, Dini, yang yang dilakonkan oleh Marissa Anita.

Kedua sahabat ini bertahan hidup dengan berbagai-bagai cara, termasuk berniaga di tengah pemukiman dan desa terpencil. Kegagalan sering mengikuti mereka dan memang ada sesuatu yang tidak kena dan janggal di desa tersebut.

3) RATU ILMU HITAM (2019)

BB280928 FD52 41C2 B0DB 26C9C484934ACadangan untuk filem seram Indonesia yang berikutnya adalah Ratu Ilmu Hitam versi tahun 2019. Cerita ini memaparkan betapa sulitnya perjuangan mangsa kekerasan seksual dalam meraih keadilan.

Filem ini diarahkan oleh Kimo Stamboel dengan naskah asal dari Joko Anwar.
Kisahnya mengenai bagaimana Murni (Putri Ayudya) akhirnya menggunakan ilmu sihir untuk membalas dendam kepada pelaku serangan seksual terhadapnya. Sebuah sesi balas dendam yang mengerikan tanpa ada sekelumit belas kasihan lagi. Murni tidak lagi menoleh ke belakang.
Sunyi merupakan filem seram Indonesia yang menceritakan tentang masa kelam para remaja.

4. SUNYI (2019)

2B114830 2DAB 4E8A A23C 2D194FB29EFE

Sunyi dibintangi oleh Alex (Angga Yunanda) yang bersekolah di sebuah SMA yang amat terkenal. Sekolah tersebut mempunyai tradisi ragging dan mental (bullying) atas dasar senioriti.

Pelajar kelas tiga dianggap dewa, kelas dua dianggap manusia, dan status pelajar-pelajar kelas satu hanya dianggap sebagai hamba.
Alex bersahabat dengan Maggie (Amanda Rawles) yang senasib juga dengannya.
Maggie adalah insan yang membuatnya bertahan menghadapi situasi penuh tekanan tersebut. Karena peristiwa tersebut, sekolah mereka diselimuti berbagai-bagai kejadian aneh dan menyeramkan.

5) SURAT DARI KEMATIAN (2020)

49AADCD8 8027 4D91 A1BB 731B7692FCDC

Selain unik, cerita filem seram Indonesia ini juga cukup berhubung-kait dengan kehidupan berteknologi saat ini. Menceritakan tentang sekelompok pelajar dari Yogyakarta yang ingin menyelidik beberapa cerita lagenda urban hantu Mbak Rohanna di Jambatan Perawan, Yogyakarta.

Dibintangi oleh Zein (Endy Arfian) yang perlu mencadangkan pilihan tempat berpuaka lainnya kepada Kinan (Carissa Perusset) untuk mereka jadikan material content Youtube mereka.

6) KKN DI DESA PENARI (2022)

763BB485 3F24 4F28 87E2 895E26353FA0

KKN di Desa Penari menceritakan tentang enam mahasiswa yang melaksanakan KKN di sebuah desa terpencil. Mereka adalah Nur, Widya, Ayu, Bima, Anton, dan Wahyu yang tidak pernah menyangka jika desa yang mereka pilih ternyata bukanlah desa biasa.

Pak Prabu iaitu ketua kamoung berkenaan, mengingatkan mereka batas-batas dan larangan yang perlu mereka ikuti. Satu demi satu dari mereka mulai merasakan keanehan kampung tersebut.

Bima mula berubah sikap dan program KKN mereka kucar-kacir. Nampaknya, penghuni ghaib kampung tersebut tidak menyukai mereka.

Baca Lagi: Terkini Park Min Young Terlibat Dengan Jenayah Kolar Putih

Baca Juga: 5 Jelitawan Yang Pernah Digosipkan Dengan Ji Chang Wook