Home Movie American Murder: Isteri Dicekik Anak-anak Disumbat Ke Dalam Tangki Minyak

American Murder: Isteri Dicekik Anak-anak Disumbat Ke Dalam Tangki Minyak

0

American Murder: The Family Next Door (2020) merupakan sebuah dokumentari JENAYAH SEBENAR menggunakan rakaman/footage sebenar dari polis yang diperolehi dari laman Facebook Shanann Watts (Mangsa Kejadian) iaitu Isteri kepada Chris Watts si pelaku yang telah menyembunyikan pembunuhan isteri dan anak-anaknya sendiri pada 13 Ogos 2018 di Colorado.

C63FA70D 2A7C 4A92 AF83 1A65303DF536 20EFA0D3 F3F3 402A A580 43767256F389Pada 30 September 2020, Netflix telah menayangkan dokumentari ini dan dalam sehari sahaja dokumentari ini trending dan viral seluruh dunia.

Sebagai penonton dapat melihat secara langsung rakaman sebenar yang ditunjukkan semestinya sesuatu yang mengejutkan dan mampu membuatkan kita meremang bulu roma dan pastinya apa yang ditunjukkan dari mula hingga terungkainya misteri kehilangan Shannan Watts dan anak-anaknya serta bagaimana Chris Watts sampai hati membunuh mereka tanpa rasa bersalah.

Dia mencekik isterinya yang hamil sehingga mati, anak-anak kecilnya juga dicekik dan mayat mereka disumbat dan dibuang ke dalam tangki minyak. Anak-anaknya sempat merayu dan berkata:” Dad, don’t do this..”!

Cukup meruntun hati! Apatah lagi mengetahui bagaimana dan cara dia membunuh anak-anaknya dengan begitu kejam! Anak-anak comel ini baru berumur 3 dan 4 tahun!

Di rakaman sebenar ini juga, kita akan dipertontonkan sebelum kejadian dan bagaimana kejadian itu berlaku setelah itu, punca kejadian serta pembohongan Chris Watts!

Persoalan yang timbul..

MENGAPAKAH ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA PERLU KEHILANGAN NYAWA AGAR DIA DAPAT MENCAPAI KEINGINANNYA? JIKA DAH TAK SUKA MENGAPA TIDAK DICERAIKAN SAHAJA?

1DFF6FF8 BD37 440D 9A45 502F4B270EB7

Melalui rakaman temubual bersama Nickole Atkinson yang merupakan rakan sekerja Shan’ann, kali terakhir dia melihat Shan’ann adalah hari kejadian dia menghantar Shan’ann pulang ke rumahnya pada 13 Ogos 2018 dalam sekitar jam 1.48 pagi.

Dalam kejadian ini, Chris Watts menjadi suspect utama. Pada awal siasatan, Chris Watts mereka cerita sehinggalah Chris gagal dalam ujian poligraf dimana dia didapati tidak bercakap benar, berita penahannya mengejutkan setiap pelosok masyarakat dunia yang mengikuti kisah mereka dari awal.
C62EC367 CAF6 4894 98DD 36F2CA62E5A2
Akhirnya Chris mengaku bahawa dialah yang membunuh isterinya dengan mencekik Shan’ann di dalam bilik tidur mereka. Namun dalam kenyataan Chris, dia membunuh Shan’ann kerana Shan’ann telah membunuh kedua-dua anak mereka. Bagaimanapun kenyataan Chris akhirnya berubah dan mengakui bahawa dialah sebenarnya yang telah membunuh anak-anak mereka dengan menyumbat mereka ke dalam tangki minyak!
702C4239 E0FC 4C58 A174 857C641AD2C6
Bagaimanakah kelanjutan kisah pembunuhan yang mengerikan ini? Anda boleh menonton dokumentari berdurasi 1 jam 23 minit yang menyayat hati ini di Netflix.

Berikut sedikit maklumat latarbelakang keluarga Watts:

Keluarga Watts terdiri daripada Christopher Lee Watts sendiri, isterinya Shan’ann Cathryn Watts, dua orang anak perempuannya Bella Marie Watts (lahir pada 17/12/2013) dan Celeste Cathryn Watts (lahir pada 17/07/2015).

470C9B46 B378 497A A977 F18FAD4F6334

Chris dan Shan’ann mendirikan rumahtangga pada 3 November 2012. Tinggal di Frederik, Colorado, Amerika Syarikat namun pada 2015 mereka telah diisytiharkan muflis.
97ED6712 153D 4F2F B0B6 A4EC8454168F

Baca Lagi: Kemurungan Dan Tekanan Emosi Sebab Utama Artis Korea Ini Mengakhiri Nyawa Sendiri

Baca Juga: Siri Realiti Survival Zombieverse Bakal Ditayangkan di Netflix