Home Entertainment Siri Realiti Survival Zombieverse Bakal Ditayangkan di Netflix

Siri Realiti Survival Zombieverse Bakal Ditayangkan di Netflix

0

Sebuah rancangan realiti “Survival” bertemakan permainan Zombie bertajuk “Zombieverse” bakal menemui para peminat genre rancangan realiti, begitu juga kepada peminat filem dan drama genre sedemikian.

Dikhabarkan bahawa penggambaran telah pun selesai dan pihak produksi menjangkakan Zombiverse bakal ke skrin layar Netflix sebelum penghujung tahun 2023.

44408E14 9944 4CA4 A8AE EF71B2F5D771 scaled

Dengan kerjasama Kakoa Entertainment, Park Jin-Kyung dari My Little Television dan Moon Sang-don dari Hey! First Time in Korea? bekerjasama menjayakan rancangan ini
mengatakan bahawa, “Saya bekerjasama dengan Netflix buat kali pertama melalui ‘Zombieverse,’ dan penggambaran telah pun selesai.”

Katanya lagi, “Ia adalah projek TV yang bermula dengan soalan mudah, ‘Bagaimanakah reaksi orang ramai jika zombi muncul di dunia nyata? Sudah pasti ia akan menjadi menarik untuk menonton menyaksikan apakah peranan yang dimainkan oleh para peserta sama ada sebagai seorang hero, penjahat atau pemerhati sahaja.

Untuk memastikan setiap adegan dalam rancangan ini kelihatan realistik, sepasukan pakar seni dari All of Us Are Dead telah mengambil bahagian dalam projek ini. Para Zombie juga telah dilatih oleh pakar koreografer dari siri Kingdom.

Apakah itu Zombieverse ?

Keterujaan ini juga sudah tentu akan menimbulkan pelbagai tanda tanya dikalangan penonton. Apakah tujuan rancangan ini, siapakah yang terlibat dalam permainan ini, bagaimanakah ia dilaksanakan dan macam-macam lagi.

B78A7E16 7C11 4DD2 9A1E 97BE54FF37C6 B1196A21 D20B 412E B023 321222EC8C65

Zombieverse ialah sebuah rancangan siri realiti berlatarbelakangkan di tengah-tengah ibu kota Korea Selatan, Seoul, di mana sekumpulan mangsa yang terselamat harus bekerjasama untuk terus hidup semasa mereka mencari makanan, air, pengangkutan dan tempat tinggal.

Setiap hari para peserta diberi tugasan untuk diselesaikan bagi mendapatkan bekalan yang mereka perlukan, namun jika ada yang “digigit” maka mereka harus ditinggalkan.

Dalam Zombiverse, penonton akan dapat menyaksikan penglibatan oleh beberapa selebriti dan penghibur yang dikenali turut serta dalam permainan ini. Antaranya:

E0D7D511 6BA1 43C8 9630 946E28C320A3

1. Lee Si-young, pelakon dari drama bersiri Sweet Home.
2. Noh Hong-chul, seorang penghibur popular televisyen Korea, dan pernah terkenal dengan siri The Hungry and the Hairy dan March of the Ants.
3. Park Na-rae, DJ dan pelawak Korea yang pernah membintangi siri realiti New World.
4. Kim Cheol aka DinDin, seorang penyanyi rap dan personaliti TV Korea.
5. Fukutomi Tsuki, penyanyi Jepun berkumpulan Billie dan bekas ahli kumpulan Jepun 7+ME LINK.
6. Yoo Hee-kwan, pemain besbol Korea Selatan yang bermain untuk Doosan Bears.
7. Personaliti Youtube Jonathan juga akan membintangi siri ini. Jonathan sebelum ini pernah membintangi episod siri Netflix Racket Boys.
8. Patricia, rakan personaliti YouTube Congo dan penghibur TV juga akan turut sama.
9. Hong Seong-woo, pakar urologi, profesor dan Youtuber Korea Selatan.

Pastinya Zombiverse yang menggambarkan suasana seperti babak-babak dalam siri All of Us Are Dead yang mana para peserta terpaksa bergelut untuk terus hidup ketika manusia berada di ambang kepupusan, akan menjadi satu keseronokan untuk ditonton.

Selain dari Zombiverse, terdapat 2 rancangan realiti lain juga bakal ditayangkan di Netflix. Antaranya adalah:

Siren: Survive the Island

407E1F3D EB25 4DC0 9D09 9CE5B7ED0042

Siren: Survive the Island ialah rancangan realiti survival membawakan tema peperangan di mana 24 wanita yang mempunyai kemahiran berperang serta memiliki pemikiran strategik membentuk 6 pasukan kemudian dibahagikan mengikut kumpulan kerjaya dan bertarung antara satu sama lain.

Ia melibatkan wanita yang mempunyai keupayaan dan kemahiran fizikal yang luar biasa serta mahir mengatur strategi dimana mereka terdiri daripada pegawai polis, bomba, pengawal peribadi, wanita lagak ngeri, askar dan atlet yang membentuk pasukan mengikut pekerjaan mereka.

Satu pasukan akan muncul sebagai juara. Selama 7 hari 6 malam, misi mereka adalah untuk terus berjuang, bertahan dan hidup di pulau yang tidak diketahui yang memerlukan permainan minda agresif serta semangat kerja berpasukan.

Selain itu, situasi yang menegangkan serta dipenuhi cabaran, skala lokasi yang luas dan “twist” yang tidak dijangka akan menambahkan lagi daya tarikan serta keasyikan rancangan realiti ini dan ia dijangka ditayangkan pada pertengahan tahun 2023.

Devil’s Plan

F27BAA65 3580 473A 907B A69816CAED52

Devil’s Plan merupakan rancangan realiti berkonsepkan permainan minda yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga 500 juta won kepada pemenangnya. Para peserta yang terdiri dikalangan artis serta selebriti media sosial diharuskan memakai topeng dan mendedahkan identiti sebenar seseorang dengan menjawab soalan yang diberikan. Rancangan realiti ini juga dijangka ditayangkan pada pertengahan tahun ini.

Baca Lagi: Antara Filem Terbaik Sepanjang Zaman
Baca Juga: Sugamo Case 1988 Kisah Tragis Tentang 5 Kanak-Kanak Yang Diabaikan