Home Entertainment Kemurungan Dan Tekanan Emosi Sebab Utama Artis Korea Ini Mengakhiri Nyawa Sendiri

Kemurungan Dan Tekanan Emosi Sebab Utama Artis Korea Ini Mengakhiri Nyawa Sendiri

0

Suka duka dan pahit getir dalam kehidupan setiap individu hanya diketahui dan dideritai oleh individu itu sendiri. Dalam dunia seni dan dunia hiburan yang penuh pancaroba, sesiapa sahaja yang tidak kuat jiwa dan tidak kental hati sememangnya sukar untuk bertahan dan menempatkan diri dalam industri.

B1C65024 F07F 4B91 8DEA 342BB19B147D

Kematian artis akibat bunuh diri bukanlah perkara baru dalam dunia hiburan. Kejadian tragis seperti ini berlaku di mana-mana sahaja dan industri hiburan Korea Selatan tidak terkecuali mempunyai noda hitam akibat kes-kes bunuh diri para artis yang menderita penyakit jiwa dan mental terutamanya kemurungan (depresi).

Yoo Ju-eun sememangnya bukan nama besar dalam industri hiburan Korea, namun kematiannya tetap menambah jumlah bilangan selebriti Korea Selatan yang mengakhiri hidupnya dengan cara membunuh diri. Kematian artis akibat bunuh diri semakin menonjolkan sisi gelap dan kerasnya kehidupan para artis ini.

F295BE08 B960 4E88 A942 5C4F6C3F8D70

Disebalik populariti dan kehidupan glamor yang ditampilkan, ramai dari mereka yang mengalami penyakit kemurungan hingga akhirnya tidak ingin lagi meneruskan hidup dan lebih sedih apabila mereka memutuskan untuk bunuh diri.

E6FEAF3E 989B 48B2 A650 43B03C7833C6

Pada tahun 2019 pula, Sulli iaitu seorang bintang K-pop berusia 25 tahun telah membunuh diri setelah dia mengeluh tentang penindasan dunia maya tanpa henti yang dia hadapi. Ketika itu Sulli sedang bersama-sama dengan kumpulan feminis yang menganjurkan dan mewar-warkan kempen untuk tidak mengenakan bra.

Berikut merupakan antara senarai selebriti Korea Selatan yang memilih pengakhiran hidup yang tragis:

1) Jeon Mi-seon

727D4C54 A67B 448B B8C3 60B82DD955E9

Peminat siri Kdrama pasti mengingati wajah Jeon Mi-seon yang sering menghiasi kaca TV dan skrin tontonan masing-masing dalam pelbagai siri Kdrama lakonannya. Jeon Mi-seon bukan calang-calang pelakon, dia telah memenangi pelbagai anugerah sejak terjun ke dalam industri seni. Jeon Mi-seon ditemui meninggal dunia di dalam bilik hotelnya di bandar Jeonju pada Hari Sabtu, 29 Jun 2019. Pelakon itu meninggal dunia pada usia 49 tahun akibat membunuh diri.

2) Choi Jin-ri @ Sulli

99E55743 9999 4AAC ACC9 82170D7BA788

Penyanyi dan juga pelakon Choi Jin-ri atau lebih dikenal dengan nama pentas Sulli, ditemui meninggal dunia di kediamannya di kawasan Seongnam, Provinsi Gyeonggi, Seoul selatan, pada hari Isnin 14 Oktober 2019. Menurut pihak polis, wanita yang berusia 25 tahun yang merupakan bekas anggota kumpulan f(x) itu ditemui mati oleh salah seorang ejen dari agensinya, SM Entertainment.

Semasa hidupnya, Sulli merupakan selebriti vokal yang sangat terkenal dalam bersuara. Dia memiliki pandangan tersendiri tentang politik, hak-hak wanita, dan juga seksualiti. Sewaktu ramai selebriti yang tidak menonjolkan sokongan ketika Korea Selatan membatalkan larangan menggugurkan kandungan, Sulli mempertaruhkan kariernya dengan menonjolkan diri sebagai warga Korea Selatan yang pro dengan tindakan pengguguran kandungan.

Malangnya, bagi masyarakat Korea Selatan yang sangat konservatif, Sulli dianggap cukup ‘kontroversi’ dan terlalu lantang dalam melontarkan pendapat.

Contohnya artis tersebut pernah mengutarakan pendapat tentang betapa dia tidak selesa menggunakan bra ketana bra menyebabkan dirinya berasa sesak dan lemas.

Dia juga tanpa segan silu memuat naik foto dengan kekasihnya untuk tontonan umum, sehingga membuatkan segelintir netizen tidak senang dengan cara Sulli.

3) Goo Ha-ra

2FB4AD5D 45A3 4811 801B 5317F5E17ECF

Penyanyi dan bekas anggota kumpulan KARA, Goo Ha-ra ditemukan meninggal dunia di kediamannya pada 24 November 2019 pada pukul 18.00 waktu tempatan.

Beberapa hari sebelum meninggal dunia, Hara sempat memuat naik swafoto sedang berbaring di atas tilam dengan caption “Selamat beradu” dalam tulisan hangul.

Goo Ha-ra dilaporkan pernah mencuba untuk membunuh diri sebelum-sebelumnya. Ketika itu, pengurus artis tersebut menemui Goo Ha-ra dalam keadaan pengsan dan tidak sedarkan diri lalu segera membawa artis itu ke hospital.

Goo Ha-ra dikatakan menderita penyakit kemurungan kerana bekas teman lelakinya Choi Jong-bum yang telah melakukan revenge porn. Jong-bum didapati bersalah atas tuduhan merosakkan harta, serangan fizikal, ancaman, dan pemaksaan. Sayangnya dia didapati tidak bersalah atas tuduhan revenge porn.

Selain nama-nama artis yang tersenarai ini, masih ramai lagi artis dari Korea selatan yang menghabiskan nyawa mereka akibat tertekan dan kemurungan. Semoga kita semua terhindar dari masalah besar dan dugaan tragis seperti ini.

Baca Lagi: Skandal Buli Dan Pelacuran Artis Korea Mengejutkan Dunia

Baca Juga: Fakta Menarik Mengenai Park Min Young