Home Entertainment Fakta Menarik Mengenai Park Min Young

Fakta Menarik Mengenai Park Min Young

0

Ratu drama genre romantik komedi (rom-com) iaitu Park Min Young mempunyai kumpulan peminat tersendiri dari seluruh dunia. Pelakon serba boleh ini boleh membuat kita tertawa riang dan menangis tak berlaku setiap kali dia membawa watak dalam drama-drama lakonannya.

B4581651 D6F5 4662 B4DA 552DBE1F6590

Pelakon cantik serba boleh ini dilahirkan pada 4 Mac 1986 di Seoul, Korea Selatan. Dia mula dikenali dan mecipta nama dalam drama historikal Sungkyunkwan Scandal (2010). Pada bulan Mac 2022, Park Min Young telah mendermakan sebanyak 100 juta Won kepada pertubuhan bencana alam untuk membantu mangsa bencana kebakaran yang bermula di Uljin, Gyeongbuk dan seterusnya merebak ke Samcheok, Gangwon.

F9C5F3BD 479E 4B5E AD5D 89A70A88932A

Jom kita lihat beberapa fakta menarik mengenai pelakon serba boleh ini:

 

1) Park Min Young belajar di luar negara selama 3 tahun

Pada usia 14 tahun, Park Min Young mengikuti kakaknya ke Pennsylvania, Amerika Syarikat. Park Min Young menghabiskan masa selama 3 tahun untuk belajar dan bersekolah di sana. Semua peminat aktres ini tahu bahawa dia adalah salah seorang pelakon Korea Selatan yang fasih berbahasa Inggeris. Patutlah dia begitu fasih, rupanya dia pernah tinggal dan belajar di negara Uncle Sam.

Selepas tiga tahun, dia pulang ke Korea Selatan untuk persediaan menjawab peperiksaan bagi kemasukan ke kolej. Peperiksaan ini adalah antara peperiksaan terpenting di Korea Selatan. Park Min Young berjaya melakukan program matrikulasi di Universiti Dongguk dan turut berjaya bergraduasi dengan cemerlang.

2) Park Min Young sangat rapat dengan Jessica Jung

Bekas ahli kumpulan SNSD iaitu Jessica Jung pernah menyatakan bahawa dia mengenali Park Min Young sejak dia menjadi pelatih idol dan sejak dari itu mereka terus berkawan baik. Selain bersama-sama mencari rezeki dalam dunia seni dan dunia hiburan, kedua-dua mereka mempunyai persamaan iaitu masing-masing pernah tinggal di Amerika Syarikat.

Sewaktu Park Min Young sedang menjalani penggambaran Her Private Life (2019), Jessica Jung telah membuat satu kejutan dengan menghantar sebuah trak kopi yang dihiasi dengan gambar-gambar manis dan comel mereka berdua.

Pada tahun 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda, dua kawan baik ini telah mengembara dan melancong bersama-sama ke Sepanyol. Secara spesifiknya mereka berdua telah pergi ke Majorca, iaitu sebuah pulau yang dikenali dengan pantai dan resort-resort yang cukup indah.

3) Park Min Young tidak malu mengaku mengenai pembedahan plastik

Ramai artis di Korea Selatan malu dan takut untuk mengakui bahawa mereka telah menjalani pembedahan plastik untuk mencantikkan diri mereka sendiri.

Pembedahan plastik masih dianggap sebagai isu taboo di Korea Selatan dan kebanyakan artis tidak mahu menempatkan diri mereka ke lembah kehancuran akibat terlalu berterus-terang mengenai pembedahan plastik yang mereka jalani.

AFAC7F11 8FE5 4659 9F91 D50B3BA32F60

Park Min Young mengakui bahawa sewaktu masih dibangku sekolah, ibunya membawa dia untuk melakukan pembedahan plastik bagi membuat kelopak mata dan dia juga mengaku bahawa dia ada membuat pembedahan hidung kerana tulang hidungnya bengkok sebelum ini.

Pelakon ini juga berani mengaku bahawa dia juga menjalani beberapa sesi pembedahan plastik lain selepas namanya gemilang dan melonjak naik menerusi drama Sungkyunkwan Scandal.

Park Min Young menegaskan bahawa dia lebih selesa berterus-terang dan bercakap benar walau dia tahu akan ada akibat buruk yang melanda. Dia berharap netizen lebih fokus tentang Park Min Young yang terkini dan tidak usah mencari bagaimana rupanya sebelum dia menjadi popular.

Baca Juga: 5 Artis Korea Mengaku Membuat Pembedahan Plastik

Baca Lagi: Diet Cara Artis Korea, Sanggup Ke Tidak?