Home Entertainment Diet Cara Artis Korea, Sanggup Ke Tidak?

Diet Cara Artis Korea, Sanggup Ke Tidak?

0

Siapa tidak menginginkan tubuh badan langsing? Pinggang ramping bak kerengga dan aset yang mantap? Segalanya ini bukan senang untuk diperolehi, untuk mendapat bentuk badan cantik sempurna itu perlukan pengorbanan dan disiplin diri yang kuat.

25836061 D248 4D19 B1E5 80406103F997

Sebut sahaja heroin-heroin filem dan K-drama dari Korea Selatan, pasti semua mengingati tubuh badan mereka yang langsing dan kecil molek. Leher jinjang dan pipi bak pauh dilayang. Semuanya cantik-cantik dan memiliki bentuk badan hampir sempurna.

Kecantikan diri dan bentuk badan mantap ini bukan sahaja menjadi keutamaan para pelakon dari sana, malah bintang idol K-pop dan para penyanyi sanggup menjalani rejim diet dan senaman yang teruk untuk mengekalkan kecantikan mereka semua. Cantik itu adalah aset untuk merek bertahan dalam dunia seni dan hiburan.

Zaman sekarang terdapat bermacam jenis diet yang boleh diikuti. Diet Atkins, Diet Suku-Suku Separuh, Diet Ketogenik, berpuasa, Diet Rendah Kalori, Diet Detoks, Diet General Motor, Diet Ikut Jenis Darah Diet Tanpa Nasi dan pelbagai macam lagi jenis-jenis diet yang boleh diikuti untuk memastikan berat badan sentiasa ideal dan tubuh kekal langsing.

Jom kita tengok cara-cara artis-artis cantik dari Korea Selatan ini menjaga badan. Mereka bukan sahaja mempunyai jadual pemakanan yang padat, tetapi mereka sanggup melakukan rutin senaman untuk menjaga tubuh badan mereka.

1.) Diet jenis time limit yang dilakukan oleh Bae Suzy

CD69CD76 99BC 4534 B657 86B76EFED9E3

Diet time limit hampir menyerupai intermittent fasting dimana kita perlu berpuasa dalam tempoh masa yang ditetapkan dan seterusnya makan dalam kadar masa yang dibenarkan. Bae Suzy bukan sahaja menjaga masa makan tetapi dia turut memberi batasan terhadap jenis makanan yang boleh dimakan. Dia memilih menu ayam tanpa kulit, salad, beras merah, dan ubi-ubian untuk menjadi senarai dalam jenis makanan yang kerap diambil olehnya. Bae Suzy juga memastikan dia tidak makan apa-apa lagi selepas pukul 6 petang.

2.) Diet epal dan yogurt yang diamalkan oleh Kang So-ra

C7ACA2A4 87DC 4854 8135 DD605F4097E7

Siapa sangak sebelum ini Kang So-ra pernah mencapai berat badan sehingga 72 kg. Dia berusaha keras untuk mencapai berat badan ideal iaitu 48 kg.

Kang So-ra biasanya mengambil sebiji epal dan sesudu yogurt untuk makan pagi, manakala untuk makanan tengahari pula Kang So-ra akan mengambil semangkuk bubur labu dan sejenis makanan Korea yang berasaskan sayuran. Santapan terakhirnya iaitu makan malam, dia akan mengambil ubi, sayuran hijau dan sepotong roti.

3.) Diet Korea yang dilakukan oleh Seolhyun AOA

4FD2357F 197B 4C68 9669 F316167E5445Sebelum mendapat gelaran superstar, berat badan bintang ini pernah mencecah 60 kg. Kini dia mampu mengukir senyum dengan tubuh badan langsing dan cantik yang dimiliki. Berat badannya kini hanya 47 kg sahaja. Dalam sebuah rancangan televisyen, dia pernah mengaku bahwa dirinya menjalankan diet dengan hanya dengan memakan ubi, telur rebus, dan salad.

4.) Diet jus semula jadi yang dilakukan oleh Chanmi AOA

11899FD5 CD8A 4970 844C 9FA363E81BB7Heo Chanmi sangat mempercayai proses detoks yang boleh dilakukan dengan meminum jus semula jadi semasa sedang melakukan diet. Sewaktu melakukan dietnya, Chanmi mendakwa dia boleh menghabiskan lima atau enam botol jus untuk 5 hari berturut-turut. Chanmi akan membuat jus semula jadi tanpa bahan pengawet dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran kegemarannya.

5.) Diet pisang yang dilakukan oleh Jeon Somi

07C390CE 7DDB 4894 8CF3 A4B8F00C9C3EBuah pisang yang kaya dengan potasium memang cukup banyak dimasukkan ke dalam menu diet. Pisang juga menjadi sebahagian dalam cara diet artis Korea Jeon Somi.
Mengambil pisang dapat membuat tubuh merasa lebih kenyang, tanpa perlu mengambil makanan berlebih. Sewaktu makan tengahari, Jeon Somi hanya makan sayur tanpa nasi. Pada waktu petang atau malam pula dia kembali mengambil pisang sebagai makanan diet buatnya.

Baca Lagi: 4 Pelakon Korea Yang Handal Memasak
Baca Juga: Ankur Arora Murder Case Kisah Benar Tentang Doktor Menganggap Dirinya Tuhan