Home Entertainment Sejarah Kerjaya Dan Fakta Menarik Mengenai Adele

Sejarah Kerjaya Dan Fakta Menarik Mengenai Adele

0

Adele Laurie Blue Adkin atau lebih dikenali sebagai Adele merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu berketurunan Inggeris yang memiliki suara kontralto. Dia telah dilahirkan pada 5 Mei 1988 di Tottenham, London.

Adele telah ditawarkan kontrak rakaman daripada XL Recordings selepas kawannya menghantar demonya melalui Myspace pada tahun 2006. Pada tahun berikutnya, dia telah menerima Anugerah BRIT bagi “Pilihan Pengkritik” dan memenangi Sound of 2008 BBC.

DEC6E78A 66F1 4EC2 B117 26A655305D17

Album penampilan sulungnya, 19 yang dilancarkan pada tahun 2008 telah mendapat penerimaan yang baik sama ada secara komersial atau kritikan di United Kingdom (UK). Album 19 telah menerima empat kali platinum di UK. Kerjaya Adele di Amerika Syarikat bermula ketika penampilannya di Saturday Night Live pada lewat tahun 2008.

Ketika Anugerah Grammy 2009, Adele telah menerima anugerah bagi kategori “Artis Baharu Terbaik” dan “Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik”. Dia juga pernah memenangi 8 Anugerah Grammy dan 1 Anugerah BRIT.

7F922928 B608 4449 BE19 E8EF131FF658
Jom kita baca beberapa fakta menarik mengenai Adele:

1) Karier bermula dari MySpace
Siapa sangka karier gemilang Adele saat ini bermula dari MySpace. Setelah menghabiskan pengajian, Adele merakam 3 lagu demo yang sebenarnya dibuat untuk memenuhi tugasan pengajian.
Sahabatnya menyebarkan lagu tersebut melalui platform MySpace.

Tanpa disangka, lagu tersebut sampai ke telinga Richard Russel, pemilik XL Recordings.
Adele yang sebenarnya tidak berniat dan bercadang untuk menjadikan lagu sebagai komersial turut terkejut apabila karyanya viral. Richard terus menawarkan Adele untuk menjadi artis rakaman.

Inilah cerita sebenar yang menjadi awal faktor permulaan karier Adele di dunia muzik dan sehingga sekarang namanya dijulang-julang sebagai antara penyanyi terbaik dunia.

2) Adele menyingkirkan N’Sync
Adele memang terkenal memiliki pencapaian yang sangat baik dalam dunia seni. Dirinya dicatatkan pernah mengalahkan boyband N’Sync dalam pencapaian rekod penjualan album. Setelah berjaya memecahkan rekod penjualan album dalam waktu 3 hari sahaja, Adele secara rasmi telah menewaskan N’Sync yang pernah mencatat rekod penjualan terbaik dalam waktu 1 minggu.

Sebenarnya bukan hanya N’Sync, Adele juga turut menewaskan artis-artis bernama besar lainnya. Adele dicatatkan berhasil memecahkan rekod penjualan dalam sejarah Nielsen Music. Perkara ini membuktikan bahawa Adele telah berhasil mengalahkan Backstreet Boys, Eminem, dan juga Britney Spears.

3) Adele memilih untuk menyepikan diri
Sejak tahun 2015 Adele memutuskan untuk menyepikan diri sejenak dari dunia muzik yang telah menjulang dan meledak namanya. Dia membuat kemunculan semula pada tahun 2021 dengan lagu Easy on Me.

Adele memutuskan untuk menyepikan diri dan fokus kepada kehidupan peribadinya. Dia juga banyak berehat demi menjaga kesehatan tubuh badannya. Kini Adele kembali lagi setelah 6 tahun menjauhkan diri dari hingar bingar dunia muzik dan glamor.

4) Album inspirasi dari penceraian
Lagu Adele Easy on Me adalah sebahagian dari album yang bertajuk Adele 30. Angka 30 tersebut ternyata bukan hanya sekadar semata-mata tetapi turut menjadi simbol momen penting dalam hidupnya iaitu kisah penceraiannya dengan Simon Konecki.

B3FAEE64 E0C4 4E85 B197 B5128663D62F

Adele bercerai pada usianya yang menginjak angka 30 tahun. Album ini memuatkan banyak kenangan mengenai perjalanan penceraiannya dengan Simon.

Baca Lagi: Bekas Suami Pamela Anderson Mewasiatkannya $10 Juta USD

Baca Juga: Anjing Penyelamat Meninggal Ketika Melakukan Misi Di Turki