Home Entertainment Perjalanan Rain Sebagai Superstar

Perjalanan Rain Sebagai Superstar

0

Nama Rain tentu sahaja tidak asing lagi di telinga para peminat Kpop dan drama-drama siri Korea Selatan. Peminatnya pasti sudah tahu bahawa nama sebenar penghibur Korea tampan ini adalah Jung Ji-Hoon.

Namanya terus meletup dan menjadi bualan ramai sejak meletusnya fenomena drama Korea lakonannya iaitu Full House yang dilakonkan bersama Song Hye Kyo.

30EDFCE7 D4EF 4F4F B9E8 E2F232509AF0

Rain adalah penyanyi dan pelakon Korea Selatan yang dikenali dengan ketampanan dan gerakan tarian hip-hop yang luar biasa hebat. Sebenarnya lakonan bukanlah dunia seni pertama yang diterokai oleh Rain. Suami Kim Tae Hee ini sejak dulu lagi terjun ke dunia seni dengan menjadi penyanyi dan terus berjaya dan mencipta nama di negara Korea dan juga peringkat antarabangsa.

6E58A603 100E 4515 B38F CB5A35B90ABFKejayaan yang dicapai ini bukanlah dengan jalan yang mudah. Rain mula tampil dan mencuba nasib pada usia remajanya sebagai rapper dari sebuah band yang kurang berjaya, nama kumpulan tersebut adalah Fanclub. Sejak itu, proses Rain dalam merintis kerjaya akhirnya membawa dirinya bertemu dengan JYP.

Kejayaannya bermula apabila dia membuat debut dengan album pertama berjudul Bad Guy pada tahun 2002. Siapa sangka konsert pertamanya laris luar biasa sehingga Rain dan karyanya mampu menduduki puncak tertinggi tangga lagu pop di Korea Selatan.

Jom kita lihat senarai fakta menarik mengenai Rain:

1. Rain lahir di Seosan, Chungcheongnam Do pada 25 Jun 1982. Rain merupakan nama pentasnya dan nama asalnya adalah Jung Ji Hoon

2. Pada tahun 2000, Rain pernah direkrut untuk menjadi pelatih di JYP Entertainment. Rain sebelum itu juga pernah beberapa kali menyertai uji bakat untuk menjadi bintang idol tetapi malangnya gagal dalam setiap uji bakat tersebut termasuklah sesi uji bakat di SM Entertainment.

3. Pada awal kariernya, Rain pernah menjadi backup dancer untuk Park Jin Young sebelum Rain berjaya melalui debut solonya sebagai penyanyi dengan melancarkan album bertajuk ‘Bad Guy’ pada tahun 2002.

4. Kejayaan besar album debutnya tidak menghentikan dia untuk terus berkarya. Rain sekali lagi melancarkan sebuah album (album kedua) bertajuk ‘How to Avoid the Sun’ dan dia telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara dalam acara Music Bank pada tahun 2002 hingga 2003. Hebat bukan?

5. Bakat Rain tidak terhenti sebagai penyanyi sahaja, Rain mengembangkan sayapnya dengan terjun ke dunia lakonan. Salah satu KDrama popular yang pernah dilakonkan olehnya adalah Full House dan dia bergandingan bersama dengan Song Hye pada 2004.

6. Setelah berjaya dan mencipta nama di Korea Selatan, Rain kemudian sekali lagi meletakkan dirinya ke paras yang lebih tinggi apabila dia menceburkan diri ke dunia lakonan di Hollywood. Dia membintangi filem bertajuk ‘Speed Racer’ pada tahun 2008. Usahanya semakin membuahkan hasil apabila dia ditawarkan watak utama dalam filem box office bertajuk ‘Ninja Assassin’

D0AD257A 69CD 4BE6 A586 8D94E0FBE991

7. Pada tahun 2009, Rain juga telah memenangi MTV Awards.

8. Pada tahun 2015, Rain memutuskan untuk keluar dari Cube Entertainment dan mencipta label sendiri yang dinamakan Rain Company. Label milik Rain ini adalah label yang menaungi boy group dari Korea Selatan iaitu Ciipher.

9. Setelah berjaya mencipta nama sehingga ke peringkat antarabangsa, Rain memutuskan untuk berehat dari industri hiburan pada Oktober 2011. Dia memutuskan untuk menjalankan tanggungjawab wajib sebagai warga Korea Selatan iaitu menyertai latihan ketenteraan hingga bulan Julai 2013.

10. Sewaktu sedang sibuk menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan, Rain telah disahkan sedang hangat menjalin hubungan romantis dengan Kim Tae Hee.

9CD62771 2FE4 431C BEE3 E84B164CEA5A

11. Pada Januari 2017, Rain diundang menjadi bintang jemputan dalam program Knowing Bros dan secara spontan dia telah melamar Kim Tae Hee. Tidak lama selepas itu, mereka memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2017 dan kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

12. Rain kini sudah berusia 40 tahun dan pada tahun 2022 pelakon kesayangan ramai ini telah membuat kemunculan semula melalui drama siri ‘Ghost Doctor’ yang telah dilancarkan pada Januari 2022, Rain melakonkan watak sebagai doktor pakar dan bergandingan bersama Uee.

5DC06877 066F 46A8 93B1 31060488FD3B

Baca Lagi: 8 Pelakon Korea Berjaya Sebagai Watak Maharaja

Baca Juga: 13 Zombie Korea Yang Wajib Anda Tonton