Home Entertainment Masih Ingatkah 4 Bintang Utama Winter Sonata Ini?

Masih Ingatkah 4 Bintang Utama Winter Sonata Ini?

0

Masih ingatkah dengan drama siri dari Korea Selatan yang menjadi fenomenal suatu ketika dulu iaitu Winter Sonata?

FB986EB9 8C0B 4A34 9F42 420B8210B846 5CAEA221 A13F 47F0 8C07 8B40CC6C0014 5D9CADCB DD5A 4134 B981 58C26D737E63

Peminat-peminat Winter Sonata pasti masih teringat wajah-wajah para pelakon yang pernah menghiasi kaca televisyen masing-masing berpuluh tahun dahulu. Tajuk drama siri ini tidak asing pagi di telinga para peminatnya sendiri.

Winter Sonata adalah antara perintis demam Kdrama di Malaysia. Siri drama ini merupakan salah satu drama yang berjaya mengangkat nama industri seni Korea Selatan di negara kita. Kegemilangan Winter Sonata terbukti apabila pada awal tayangannya pada tahun 2002, drama ini terus menjadi popular di seluruh negara-negara Asia. Memang melekat lagi jalan cerita dan wajah-wajah para pelakon dalam ingatan setiap peminat setia drama siri ini.

Winter Sonata yang merupakan drama bergenre romantik dan menyentuh hati ini, para penonton disajikan dengan kehebatan lakonan para pelakon yang kini sudah mendapat gelaran pelakon veteran di Korea Selatan. Beberapa orang dari pelakon-pelakon ini masih kagi aktif dalam dunia lakonan dan hiburan dan ada juga yang memilih untuk bekerja di belakang tabir. Kisah sedih dan tragis juga turut menyelubungi hidup beberapa pelakon Winter Sonata.

Jom kita baca perkembangan dan apa yang sudah terjadi kepada beberapa orang pelakon Winter Sonata:

 

1) Bae Yong Joon

0B653513 1AE9 4C57 A5B7 43FA5B91604E

Bae Yong Joon merupakan pelakon tampan dan berbakat yang melakonkan watak sebagai Kang Jun Sang atau Lee Min Hyung iaitu sang watak utama dalam Winter Sonata. Bae Yong Joon merupakan salah seorang pelakon Korea dari gelombang pertama yang telah aktif dalam dunia seni lakonan sejak tahun 1994 lagi dan tergolong sebagai kelas A pada zaman kegemilangannya.

Pelakon ini membuat pengumuman rasmi tentang persaraannya dari dunia lakonanan pada tahun 2007. Bae Yong Joon memberi fokus untuk membina dan menjayakan Keyeast Entertainment iaitu agensi pengurusan artis yang diasaskan olehnya sejak tahun 1996.

Pada tahun 2009, Bae Yong Joon telah membuat kerjasama dengan Park Jin Young dan JYP Entertainment untuk mengeluarkan drama muzikal remaja yang bertajuk Dream High yang ditayangkan pada tahun 2011 dan dia sempat membuat kemunculan dalam drama muzikal itu.

Sejak saat itu, Bae Yong Joon tidak terlibat dalam drama apapun lagi. Kini selain menjadi ahli perniagaan berjaya, Bae Yong Joon juga sedang menikmati kehidupannya sebagai seorang bapa. Dia dikurniakan dua orang cahaya mata bersama isteri tercinta iaitu pelakon dan penyanyi terkenal Park Soo Jin yang telah dinikahinya pada tahun 2015.

2) Choi Ji Woo

2CFFE747 E96F 49E2 B5A6 DE5022C12021

Watak utama pelakon wanita dalam drama Winter Sonata ini dilakonkan oleh Choi Ji Woo. Setelah 21 tahun berlalu sejak penampilannya dalam Winter Sonata, Choi Ji Woo masih lagi aktif dalam dunia lakonan sehingga ke saat ini. Pada tahun 2022 pelakon ini muncul sebagai cameo dalam siri drama Sh**ting Star dan dia juga turut muncul sebagai cameo dalam drama Crash Landing on You yang sangat hangat dan meletup pada tahun 2020.

Jelitawan yang mempesona dan juga pelakon lagenda Choi Ji Woo kini telah menginjak usia 47 tahun. Pada tahun 2018 dia telah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka yang bukan berstatus selebriti dan ternyata sembilan tahun lebih muda darinya. Dia telah melahirkan anak pertama mereka pada akhir tahun 2020.

3) Park Yong Ha

D52245A5 642B 4CA2 8784 26B7408627DC

Salah seorang pelakon yang namanya meletup-letup sewaktu Winter Sonata menjadi fenomena adalah Park Yong Ha. Kegemilangannya dalam dunia lakonan tidak menghalang Park Yong Ha untuk terjun ke dunia seni muzik dengan menghasilkan beberapa buah lagu.

Buat terakhir kali Park Yong Ha muncul dalam sebuah filem yang bertajuk The Scam dan sebuah drama siri The Slingshot yang masing-masing ditayangkan pada tahun 2009.

Tidak berapa lama setelah itu, dunia dikejutkan dengan berita kematian Park Yong Ha. Park Yong Ha yang ketika itu berusia 32 tahun ditemukan meninggal dunia di kediamannya. Pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa pelakon tersebut telah membunuh diri dengan cara menggantung diri.

4) Park Sol Mi

0F0A62D7 A356 49DB B077 B1692415257A

Nama Park Sol Mi mula dikenali ramai sejak melakonkan watak sebagai Oh Chae Rin dalam drama popular Winter Sonata. Sejak saat itu dia sering terlibat dalam beberapa projek drama siri, filem, dan juga rancangan TV.

Pada tahun 2018 Park Sol Mi mencapai puncak kegemilangan apabila dia mendapat perhatian setelah muncul dalam drama keluarga bertajuk Feel Good to Die.
Park Sol Mi mula menjalin hubungan romantik dengan pelakon Han Jae Suk setelah sama-sama membintangi drama siri bertajuk The Great Merchant pada tahun 2010. Kini keduanya telah hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri dan mereka dianugerahkan dua orang puteri yang lahir pada tahun 2014 dan 2015.

Setelah berkeluarga, pelakon ini lebih memilih untuk fokus mengurus dan menjaga keluarga serta mengurangkan jadual kerjanya, Park Sol Mi aktif bekerja di belakang tabir sebagai seorang penulis dan sekali sekala muncul sebagai pengacara rancangan TV.

Baca Lagi: Terkini Suami Kellie Pickler Bunuh Diri

Baca Juga: Kim Soo Hyun Pelakon Termahal Korea