Home Entertainment Filem Netflix 2020 Yang Wajib Ditonton

Filem Netflix 2020 Yang Wajib Ditonton

0

Kemunculan platform striming Netflix telah memeriahkan lagi industri perfileman dan juga sekaligus mengangkat siri web TV dan platform Netflix ternyata telah mengubah pandangan para pecinta filem terhadap sajian sesebuah filem atau drama bersiri.

Walaupun Netflix telah wujud sejak tahun 1997 platform striming Netflix baru sahaja benar-benar boleh dinikmati dan ditonton secara global di ratusan buah negara pada tahun 2016.

Filem-filem dan drama siri yang disajikan pun turut terasa berbeza dengan filem atau siri drama yang biasa kita tonton sebelum wujudnya filem-filem dan siri Netflix. Sebut sahaja keunikan drama siri Ozark, Black Mirror atau Stranger Things. Sajian hiburan dengan alur cerita yang sangat luar biasa.
Jom kita semak beberapa filem Netflix yang wajib ditonton oleh semua peminat filem!

1.) ALIVE

9E59FAE0 EFED 4658 936A 3F96757B65E3Bagi peminat filem zombie yang menyukai jalan cerita mencemaskan dan mendebarkan maka wajib memasukkan filem Netflix terbaik ini ke dalam senarai wajib tonton. Filem ini tidak sama seperti filem-filem zombie dari Hollywood, pengarah yang juga merupakan penulis filem ini iaitu Il Cho, benar-benar mengetahui jenis jalan cerita yang disukai penonton. Watak wanita utama yang bernama Kim Yoo-bin berperanan menjadi penyelamat seperti seorang MacGyver dengan segala peralatan dan kebolehan yang dimilikinya.

2.) The Old Guard

49ADDD17 F1FC 456E AD73 88A7F2A657D7

Filem Netflix terbaik bergenre aksi yang dibintangi oleh Charlize Theron ini adalah adaptasi dari komik yang berjudul sama. Charlize Theron yang membawa watak sebagai Andy adalah ketua dari sebuah kumpulan tentera elit yang sangat istimewa. Tentera ini adalah berbeza daripada tentera yang ada di bumi ini. Adegan aksi yang mempersembahkan seni bela diri yang sangat menarik.

3.) The Devil All the Time

2062F671 DFF2 48CB 8579 23526D9F24DBFilem The Devil All the Time menjadi salah sebuah filem Robert Pattinson yang berjaya menonjolkan kekuatannya dalam lakonan lebih hebat dari lakonannya sebagai vampire dalam siri filem Twilight. Dalam filem Netflix terbaik ini Tom Holland menjadi bintang utama.

Sebuah kisah kelam di satu bandar kecil yang berkaitan tentang satu pembunuhan ke pembunuhan yang lain. Kali ini Tom Holland membawa watak yang sangat serius sehingga para penonton boleh melihat sisi lain lakonan pelakon yang terkenal sebagai Spider-Man ini.

4.) His House

1D11BECD C770 42CE A624 89E9298ECF46Masih cukup segar, filem His House adalah filem bergenre seram yang dikeluarkan pada akhir September tahun 2020. Perkara yang membuatkan filem ini menarik adalah penyampaian jalan cerita dan lakonan yang cukup sempurna.

Seperti kebanyakan filem Hollywood, watak utama filem ini pada mulanya tidak percaya dengan kehadiran makhluk halus di dalam rumah tanpa disangka-sangka perkara aneh terjadi dan terus memburu dan menjadi igauan.

5.) Project Power

743A6AC4 AD46 4987 BFF8 831772B28CDE

Ternyata kebanyakan pelakon-pelakon terkenal Hollywood tertarik dengan tawaran Netflix, tidak terkecuali Jamie Foxx dan Joseph Gordon-Levitt yang muncul dalam filem Netflix bertajuk Project Power. Filem ini adalah bergenre aksi dan film menceritakan tentang pil yang boleh memberi kekuatan super yang luar biasa hanya dalam lima minit sahaja!

Akhirnya pil ini menjadi rebutan untuk membantu orang-orang tertentu memenuhi keinginan dan agenda mereka. Filem ini berlatarkan bandar New Orleans dan para penonton dapat menyaksikan lakonan pendatang baru ketika itu iaitu Dominique Fishback yang cukup meyakinkan dan turut menghiburkan.

6.) Vampires Vs The Bronx

4670EEC9 2197 43D4 AEAE 6DADB8EA9D05Vampire datang tinggal di bandar-bandar besar atau desa-desa terpencil untuk melebarkan sayap, majoriti dari mereka adalah berkulit putih pucat seperti yang biasa kita saksikan di skrin tontonan.

Filem ini mengisahkan tentang vampire yang datang ke sebuah kawasan yang diberi nama The Bronx, New York. Sekumpulan kanak-kanak menyedari kehadiran makhluk penghisap darah ini dan mereka perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan penduduk The Bronx.

Baca Lagi: 10 Drama Siri Sci-fi Terbaik Di Netflix

Baca Juga: Siri Realiti Survival Zombieverse Bakal Ditayangkan di Netflix