Home Entertainment Song Hye Kyo dan Han So Hee Digandingkan Dalam Siri Thriler The...

Song Hye Kyo dan Han So Hee Digandingkan Dalam Siri Thriler The Price of Confession

0

Drama yang dijangka menjadi pertemuan pertama diantara pelakon Song Hye Kyo dan Han Soo Hee nampaknya bakal membuatkan para peminat mereka tidak keruan!

341A450A AE1C 45B3 AD1F CBA7A2302E38

Pada Ogos 2022 lalu, wakil dari dua bintang ternama Korea Song Hye Kyo dan Han So Hee mendedahkan bahawa kedua-dua bintang itu akan bergandingan membawa watak utama dalam siri thriler “The Price of Confession” yang akan diarahkan oleh Lee Eung Bok. Lee Eung Bok terkenal dengan karya dan arahan drama-drama trending seperti “Descendants of the Sun”, “Sweet Home”, “Mr. Sunshine”, “Jirisan”, “Dream High”, “School 2013”, dan “Goblin”.

2721DEDF 803A 4513 A64E A1CD70FA0291

Namun pada 3 Januari lepas, Pengarah Lee Eung Bok terpaksa menarik diri daripada produksi ini kerana kekangan jadual ketat untuk penggambaran “Sweet Home” musim 2.
Dan terkini, sumber dari Mydramalist melaporkan pada 24 Februari tanggungjawab menghasilkan siri drama The Price of Confession yang dinanti-nantikan itu akan digantikan dan digalas oleh Shim Na Yeon.

B8EE3433 FE19 45AF 878E 2D6BB80DDA3A

Beliau yang pernah terkenal dengan filem arahannya seperti Beyond Evil, Moment of Eighteen dan Han Yeo Reum’s Memory turut mengarahkan beberapa kdrama komedi seperti The Good Bad Mother yang dibintangi oleh Lee Do Hyun, Ra Mi Ran dan Ahn Eun Jin.
Song Hye Kyo dan Han Soo Hee yang kini masing-masing sedang sibuk dengan jadual penggambaran dan promosi drama terbaru The Glory Part 2 dan Gyeongseong Creature yang bakal ditayangkan di Netflix menyatakan rasa keterujaan mereka kerana ini adalah gandingan pertama mereka.

536505D5 88B0 4DE3 A790 F725C430CAD1

6CF6D3A5 36B8 4E43 A7B9 53CF2F24873A
APAKAH SINOPSIS THE PRICE OF CONFESSION?

Siri drama ini adalah mengenai kisah berdarah dua wanita yang terlibat dengan kes pembunuhan.
Song Hye Kyo akan membawakan peranan sebagai Ahn Yoon Soo seorang guru seni. Ahn Yun Soo ialah seorang wanita biasa yang kehidupannya tidak berubah. Namun kerana satu kejadian yang tidak dirancang, impian dan masa depannya bakal hancur dan mengubah hidupnya. Ahn Yoon Soo cuba mencari jalan penyelesaian tetapi dia tidak dapat melakukannya.
Han So Hee akan membawakan peranan sebagai seorang wanita misteri bernama Mo Eun. Tetapi identiti Mo Eun tidak akan didedahkan dalam cerita ini. Disebabkan kecenderungan antisosialnya, semua orang takut kepadanya tetapi dia menghulurkan bantuan kepada Yoon Soo, memulakan kehidupan baharu.
Baca Lagi: Kdrama Death’s Game Menggabungkan Barisan Pelakon Luar Biasa
Baca Juga: Hidayah Masih Aktif di Sosial Media