Home Entertainment Kdrama Death’s Game Menggabungkan Barisan Pelakon Luar Biasa

Kdrama Death’s Game Menggabungkan Barisan Pelakon Luar Biasa

0

Baharu-baharu ini, knetz begitu heboh dengan sinopsis Kdrama terbaru yang sedang trending di media sosial bertajuk “Death’s Game”.

Ini kerana mereka begitu teruja dan bersemangat apabila mengetahui barisan pelakon yang didedahkan untuk drama siri ini. Beberapa peminat drama Korea juga menyatakan bahawa ia merasakan seperti “mini-showbiz” dengan kemunculan deretan artis terkenal yang menyertai produksi.

7B919E71 7DB5 4528 B364 7EF6549AE77A scaled

Bintang-bintang pujaan yang dimaksudkan ialah Seo In Guk, Park So Dam, Lee Jae Wook, Go Yoon Jung, Choi Si Won, Jang Seung Jo, Sung Hoon, Kim Jae Wook dan Kim Ji Hoon.
Namun yang paling disebut-sebutkan oleh warga Knetz adalah kemunculan semula pasangan kesayangan peminat drama siri Netflix “Alchemy Of Souls”, Lee Jae Wook dan Go Yoon Jung yang masing-masing akan bergandingan dimana kali ini mereka berdua akan membawa watak sampingan yang memberi peranan besar disisi Seo In Guk dan Park So Dam.

0E0D7B06 8A80 414C 95FA 052564338904 scaled

Goo Yoon Jung akan membawa peranan sebagai Jung Ji Soo seorang penulis dan juga merupakan wanita yang disukai oleh Choi Ji Jae (Seo In Guk) dalam kelahirannya yang lain.
Manakala Kim Jae Wook, Jang Seung Jo, Choi Si Won, Sung Hoon dan termasuk Lee Jae Wook membawa peranan sebagai identiti kelahiran semula oleh Seo In Guk. Kim Ji Hoon juga dikhabarkan membawa watak pelakon pembantu yang sangat penting bagi menjayakan drama siri ini nanti.

A082A51B 6358 4114 993F 38113659AA6E

Baca Lagi: Lee Jae-wook Dedah Rahsia Sewaktu Fan Meeting di Jakarta
“Death’s Game” membawa genre thriler fantasi sebanyak 7 episod yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini adalah adaptasi daripada Webtoon dengan nama yang sama oleh Lee Won Sik dan Ggulchan, mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Choi Yi Jae (Seo In Guk), yang harus mati sebanyak 13 kali.

8371662B 5B58 48F0 9C60 39F3852508C4 BD796C4A E202 49B6 9AC5 7606DE87F552

Choi Yi Jae merupakan seorang pengganggur yang sangat menyedihkan, dalam usia muda dia terpaksa melalui banyak masa sukar dalam hidupnya. Kekasihnya pula tidak sabar dengan kondisi yang dihadapi Choi Yi Jae ditambah dengan beban kewangan, kemudian memutuskan hubungannya dan berkahwin dengan lelaki lain.
Akhirnya Choi Yi Jae memutuskan untuk mengambil nyawanya sendiri dengan terjun dari apartemennya.
Sebelum bunuh diri, dia sempat menulis surat dan isi kandungan surat itu ternyata telah menyinggung perasaan Death (Park So Dam) berupa seorang wanita berambut putih yang digambarkan seperti Malaikat Maut.

871C692D 795B 43E5 9FFE B151D1176013 C5B69FA2 6B69 47E0 81A6 FF86D37111EC

Akhirnya, Death membalas hinaan dan menghukum Choi Yi Jae dengan sebuah permainan yang mengharuskannya mati sebanyak 13 kali dengan kelahiran dan kehidupan yang berbeza-beza.
Dapatkah Choi Yi Jae mengharungi setiap permainan yang diberikan “malaikat maut” ? Kedengaran cukup menarik kan? Apatah lagi kita bakal menyaksikan pelakon-pelakon kesayangan yang mana nama-nama ini semakin meningkat naik bergandingan dan beraksi bersama.
Dari sinopsis sahaja, premis drama siri ini kelihatan begitu mengujakan dan pastinya ramai yang tidak sabar menantikannya!
Baca Juga: Kim Woo Bin Berwajah Baharu