Lee Jae-wook suka gadis extrovert!! Pasti ramai tidak mengetahuinya bukan?

Jom kita lihat beberapa fakta menarik pelakon utama Alchemy of Souls yang menjadi pujaan ramai ini!
Lee Jae Wook mendedahkan fakta tentang dirinya yang tidak banyak diketahui oleh para peminat menerusi acara khas bertemu peminat di The Kasablanka Hall, Jakarta pada hari Sabtu, 25 Februari 2023 baru-baru ini.
Fakta menarik tersebut bermula dari perkara kegemaran pelakon itu hingga soal peribadi kisah cinta dan minatnya terhadap wanita. Beruntung peminat setia pelakon ini yang berjaya bersama-sama mengikuti majlis fan meeting ini di Jakarta!
Rasa-rasanya apakah fakta menarik yang telah dikongsi? Jom kita baca beberapa ringkasan tentang perkara menarik yang mungkin belum kita ketahui mengenai Lee Jae Wook:
1. Bahagian anggota tubuh kegemaran Lee Jae Wook
Indra Herlambang selaku pengacara majlis bertemu peminat Lee Jae Wook bertanya kepada artis kegemaran ramai itu mengenai bahagian tubuhnya yang menjadi kesukaannya sendiri.
Selebriti itu lantas mengangkat tangannya dan menunjukannya ke arah kamera.
“Saya paling suka bahagian tangan saya,” ujarnya dalam acara khas 2023 Lee Jae Wook Asia Tour Fan Meeting in Jakarta pada Sabtu lalu.
Soalan tubuh badan favourite pun nak tanya, macam-macam obsesi ditunjukkan pada majlis tersebut. Biasalah, bukan senang nak berjumpa dengan artis Korea Selatan yang popular ini. Jom kita baca lagi, macam-macam soalan pelik ditanya sewaktu majlis bertemu peminat di Indonesia ini.
2. Ini turutan cara Lee Jae Wook mandi

Anda ingin mengetahui bagaimana cara unik Lee Jae Wook mandi? Ingin tahu dia mula mandi dari kepala dahuku hingga kaki atau turutan sebaliknya?
Ternyata pelakon berusia 24 tahun ini mengaku selalu memulakan rutin mandinya dengan membasuh wajahnya terlebih dahulu.
“Kalau saya selalu makeup (sewaktu penggambaran), jadi wajib saya cuci muka terlebih dahulu. Setelah itu, terus bersyampu dan baru beralih ke bahagian badan,” katanya.
3. Tidak akan saling bertukar kata laluan telefon pintar dengan teman wanita

Lee Jae Wook mendedahkan semasa dia menjalin hubungan istimewa dengan seseorang, dia tidak akan meminta untuk saling bertukar kata laluan telefon pintar masing-masing. Menurutnya walaupun sudah menjalin hubungan, kedua-dua belah pihak tetap perlu menjaga privasi masing-masing.
“Tidak perlu tukar-tukar kata laluan telefon pintar, semua orang ada hak untuk menjaga privasi masing-masing” ujarnya.
4. Pernah merasa cinta pada pandang pertama


Lee Jae Wook berkongsi jenis wanita yang dia sukai pada acara bertemu peminat tersebut. Dia mengatakan bahawa dirinya menyukai wanita yang extrovert.






