Keadaan kewangan Putera Harry dan isterinya Meghan Markle tidak seindah seperti yang ramai bayangkan.
Sebenarnya keadaan kewangan mereka sangat memberi tekanan kepada mereka berdua. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 19 Mei 2018 dikhabarkan sedang mengalami detik hitam dalam hidup mereka akibat masalah kewangan yang meruncing.
Keadaan mereka berdua ini telah didedahkan oleh penulis biografi diraja yang dikenali sebagai Tom Bower. Tom Bower turut mendedahkan bahawa cara pasangan tersebut berbelanja terlalu mewah menyebabkan keduanya kini menderita dan dalam keadaan sesak.

Penulis biografi diraja British ini telah ditugaskan untuk memerhati dan mengambil kes kewangan Putera Harry dan Meghan Markle selama beberapa tahun. Penulis biografi ini akhirnya berjaya mengumpul maklumat dan membuat laporan berita di surat khabar Express.

Menurut Tom Bower, pasangan suami isteri itu membelanjakan sejumlah besar duit untuk barang-barang mewah, perkhidmatan mahal dan juga gaya hidup yang megah. Perbelanjaan mereka terlalu besar sedangkan pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung semua itu.
Khabar angin mengenai cara perbelanjaan mewah pasangan suami isteri yang kini dikurniakan dua cahaya mata itu sudah mula dihidu sejak tahun 2020 lagi apabila mereka mengumumkan untuk berundur dan tidak lagi menyertai keluarga diraja.

Pengunduran mereka dari keluarga diraja menjadi sebab utama untuk kerajaan British menghentikan terus elaun diraja yang disalurkan kepada Putera Harry dan Meghan Markle. Pastinya salah satu punca pendapatan mereka telah terputus dan sudah berkurangan.
Selepas pengumuman pengunduran dari keluarga diraja dan berhenti melakukan tugas-tugas diraja, pasangan tersebut telah berpindah ke Amerika Syarikat untuk memulakan hidup baru dan sekaligus meneruskan perbelanjaan boros mereka.
Baca Lagi: Artis Terkenal Tolak Jemputan Persembahan Hari Pertabalan Diraja

Baru sahaja beberapa bulan lepas pasangan suami isteri itu membintangi dokusiri (siri dokumentari) mereka sendiri yang ditayangkan di Netflix dan mendapat sambutan hangat. Dokusiri yang bertajuk “Harry & Meghan” itu dianggap telah membuka pekung dalam keluarga diraja dan amat memalukan institusi monarki tersebut.
Selepas dokusiri Netflix tersebut meletup dan menjadi kontroversi, Putera Harry telah mengeluarkan sebuah buku autobiografi yang bertajuk “Spare”. Penjualan buku autobiografi tersebut berjaya memecah beberapa rekod jualan buku.









