Home Entertainment Kim Woo Bin Berwajah Baharu

Kim Woo Bin Berwajah Baharu

0

11 Gambar Terbaru Kim Woo Bin Berambut Panjang, Makin Kacak dan Berkarisma Menjelang Comeback.

EA3327FB 9C0B 488F 9E37 E4F49664D407

Kim Woo Bin yang akan membuat comeback (kemunculan semula) melalui Kdrama siri terbarunya yang bertajuk Black Knight yang pastinya membuatkan para peminat semakin jatuh cinta. Kini Kim Woo Bin tampil lebih macho dan bergaya dengan berambut panjang.
Penampilan terbarunya itu dikongsikan melalui hantaran di laman Instagram milik pelakon tersebut pada 28 Februari 2023 yang lalu. Aura tampannya yang memikat dan memukau begitu terpancar apabila muncul berambut panjang.
Tidak hanya menjadi semakin kacak, teman lelaki Shin Min Ah ini juga tampil lebih berkarisma dengan rambutnya yang dibiarkan panjang. Sebenarnya ini bukan kali pertama Kim Woo Bin tampil dengan gaya rambut panjang. Sebelum ini, ketika baru sahaja sembuh dari penyakit kanser, Kim Woo Bin juga muncul dengan rambut panjang.
Selain wajahnya yang jadi lebih kacak dan tampak maskulin yang menjadi perhatian, tempat Kim Woo Bin bergambar juga turut mendapat sorotan. Sahabat rapat D.O EXO ini bergambar di bahagian display lampin pakai buang dan barang keperluan rumah lain. Terbukti, ketampanan Kim Woo Bin membuat para peminat tidak mampu mengalihkan pandangan dari wajahnya.

713B72BE 2101 4267 857B 09D58F28B45C Jom kita intai beberapa gambar Kim Woo Bin yang berambut panjang yang membuatkan para peminat tidak keruan dan cair hati.

1. Kim Woo Bin berkongsi hantaran gambarnya yang berimej baru di salah sebuah pasaraya sambil memegang satu jenis produk. Pelakon kacak itu dilihat memakai baju kasual dan membiarkan rambut panjangnya terurai, sementara topeng wajahnya diturunkan hingga ke dagu.
B48A4C59 8B26 4175 A2CC A2360BA3B8A1
2. Bergambar separuh badan, akhirnya wajah tampan teman lelaki Shin Min Ah ini boleh dilihat dengan jelas. Walaupun hanya memperlihatkan ekspresi wajah yang kosong tetapi ketampanannya tetap tak boleh diabaikan begitu saja.

DBF41185 F3FB 4AF1 9705 7E7154F8EA5A

3. Pada slide terakhir dari hantarannya, pelakon drama The Heirs ini telah mempamerkan gambar wajahnya dalam memakai kot berwarna kelabu lengkap dengan tali leher. Seperti dua gambar yang sebelumnya, rambut panjangnya yang sedikit berombak dibiarkan terurai.

E7AE47B0 1D38 415E 8BEF 96327864D829


4. Pelakon yang akan membuat comeback melalui drama Netflix, Black Knight ini juga berkongsi gambar profil yang diambil oleh agensinya. Kelihatan gambar hitam putih yang memperlihatkan wajahnya tertutup rambut itu seolah-olah makin memancarkan pesonanya.

B85CEE44 2C15 47BF 86EC F428022233DE
5. Walau bergaya dalam cara apa pun, pelakon dengan ketinggian 1.88 cm itu tetap kelihatan kacak dan menawan.

650D53FB EA55 40B5 AC40 9EC9A14C6D3F

6. Sekali kacak selamanya akan tetap kacak, begitulah gambaran yang paling sesuai untuk menggambarkan Kim Woo Bin. Walau dengan rambut yang kelihatan agak kusut dan menutup mata, ketampanan wajahnya tidak berkurang sama sekali.
2A0DADC0 56C8 465A B52C 6673EF1855EF
7. Lirikan mata Kim Woo Bin yang tajam dan dalam tidak mungkin boleh ditepis oleh para peminat. Siapapun yang melihatnya pasti akan terus jatuh hati, terutama sekali kekasih hatinya, Shin Min Ah.
F1E3C810 3A88 46E0 A94E 797F4558D062
8. Semua figura tubuh Kim Woo Bin memang sangat memikat. Bermula dari rambut, wajah, sehingga bentuk rahangnya sangat mempesona para peminat. Tidak hairanlah jika Shin Min Ah setia menjadi teman istimewa selama 8 tahun lamanya dengannya.

675D8DE3 50BD 4384 9453 084F91C3AD31

9. Salah satu daya tarikan yang dimiliki oleh Kim Woo Bin pada wajahnya adalah bahagian alis dan matanya yang tajam. Tatapan matanya telah membuatkan Kim Woo Bin berjaya memikat hati ramai peminat melalui lakonannya dalam drama.

9029397A A90D 4333 9BCB 3CA2F712C99A

10. Pada usianya yang kini sudah mencecah 33 tahun, Kim Woo Bin terlihat semakin berkarisma. Apalagi dengan rambut panjangnya, auranya terlihat lebih macho dan sangat maskulin.

2F736502 D153 486C 960E BEF04A2EBCF7

11. Kim Woo Bin bukan sahaja menitikberatkan soal penjagaan kulit wajah, malah dia turut mengutamakan rutin penjagaan rambut panjangnya. Rambutnya kelihatan sangat menawan dan sihat.

64F24661 87E8 408C 912D EEB52AFBF4FE

Baca Juga: Siri Realiti Survival Zombieverse Bakal Ditayangkan di Netflix
Drama siri baru Kim Woo Bin iaitu Black Knight dijadualkan akan ditayangkan pada tahun 2023. Drama siri itu berlatarkan tahun 2071 ketika manusia tidak boleh hidup tanpa topeng muka respirator kerana dunia telah dipenuhi dengan pencemaran. Siri drama post apocalypse ini pasti dapat mengubat rindu para peminat terhadap lakonan Kim Woo Bin.
DB086A45 038F 45E3 8740 45F1154B29DCBaca Lagi: Filem dan Drama Korea Netflix Bulan Mac Ini