Home Entertainment Filem dan Drama Korea Netflix Bulan Mac Ini

Filem dan Drama Korea Netflix Bulan Mac Ini

0
Bulan Mac tahun 2023 sudah menjelang tiba, para peminat filem dan drama Korea akan dimanjakan oleh Netflix lagi! Kali ini platform streaming ini mempersiapkan dan menyajikan lima drama siri beserta filem yang boleh dinikmati oleh semua peminat-peminat di seluruh dunia!
29629550 330B 44F9 BEB9 A738C92D4002Jangan terlepas siri drama dan filem tersebut, berikut lima tajuk filem dan drama yang akan ditayangkan di Netflix bulan Mac ini yang tersedia dengan pelbagai genre.

1. The Glory Part 2
F027C3D0 2570 4B16 8DCD BA4151EE6EDB

Siapa yang tidak sabar menantikan kemunculan semula Song Hye Kyo dalam drama siri popular ‘The Glory’ yang mendapat sambutan hangat dan menjadi perbualan pada akhir tahun lalu?
Melanjutkan lagi kisah Moon Dong Eun yang memberi pembalasan kepada orang-orang yang pernah membulinya sewaktu di sekolah.
Bahagian kedua drama yang mengangkat tentang kes buli di sekolah ini akan ditambah ke dalam senarai katalog Netflix bermula 10 Mac ini.

2. Divorce Attorney Shin

9880CAEB AD36 4114 9F63 D495BB46915B

Salah sebuah Kdrama yang akan menemani para penonton di setiap hujung minggu. Drama siri ini mengisahkan tentang seorang peguam penceraian yang berbakat dan perlu berurusan dengan beberapa orang pelanggan yang aneh dan mempunyai bermacam ragam.
Drama siri ini akan mula menemui penonton pada 4 Mac ini dengan episod baru akan disiarkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

3. Diary of A Prosecutor
C7FCBE22 5790 4B11 BB1C AD2DE545866A

Satu lagi Kdrama Korea Selatan yang ditayangkan di Netflix dan mengangkat tema undang-undang. Drama siri ini akan ditayangkan pada hari ini 1 Mac 2023. Akhirnya para peminat kamu boleh menonton drama siri dari JTBC ini yang pernah popular pada tahun 2019.
Drama siri ini dibintangi oleh Lee Su Kyun dan Jung Ryeo Won, drama ini mengisahkan tentang dua orang peguam yang mempunyai sifat yang sangat berbeza , salah seorang dari mereka kelihatan kurang bercita-cita tinggi dan yang seorang lagi bersifat sebaliknya. Mereka bekerja di sebuah firma yang sama.

4. In The Name of Good: A Holy Betrayal
445F1AE7 3BE4 4B7C A9BD 3076D220FA21

In The Name of God: A Holy Betrayal merupakan salah satu filem dokumenteri yang paling ditunggu-tunggu!
Filem dokumentari ini akan mula ditayangkan pada 3 Mac ini, dokumenteri yang mengisahkan cerita sebenar daripada empat orang ketua agama di Korea Selatan yang mengaku diri mereka sebagai nabi dan membentuk kumpulan mereka sendir, termasuk kumpulan Aga Dongsan yang berkait dengan pengedar album Synnara Records.

5. Kill Boksoon
F11BC9E3 B06F 4D10 80BA 193EEC35FCA9

Pelakon yang sedang laku keras dan meletup-letup sekarang ini iaitu, Jeon Do Yeon yang popular menerusi drama siri ‘Crash Course in Romance’ akan kembali melalui filem terbarunya berjudul ‘Kill Boksoon’. Kali ini dia membawa watak sebagai ibu tunggal yang juga merupakan seorang pembunuh upahan.
‘Kill Boksoon’ bakal menjadi pilihan yang tepat untuk anda yang menyukai filem bergenre aksi dan thriller. Filem ini akan menyapa para penonton pada 31 Mac ini.
Jadi apa lagi yang ditunggu? Jom tonton cerita-cerita yang sudah mula tayang pada hari ini dan pastikan tidak terlepas senarai Kdrama dan filem yang akan ditayangkan Mac ini di Netflix.
Baca Lagi: 6 Filem Korea Terbaik Di Netflix
Baca Juga: Jeon Do Yeon Pembunuh Upahan versi John Wick Dalam Kill Boksoon