Home Entertainment 6 Filem Korea Terbaik Di Netflix

6 Filem Korea Terbaik Di Netflix

0
Filem-filem dari Korea Selatan semakin mendapat tempat di hati peminat-peminat filem dunia.
Industri perfileman Korea Selatan ternyata meraih populariti sejak beberapa tahun ini dan banyak senarai filem hebat dari Korea Selatan boleh ditonton di Netflix.
Filem-filem dari Korea Selatan biasanya mempunyai jalan cerita yang sangat original dan unik serta amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan filem-filem Hollywood.
Pembuat filem dari Korea Selatan memang dikenali mempunyai reputasi untuk menghasilkan filem yang diluar jangka dan memerlukan para penonton memerah otak serta turut sama merasa seolah-olah berada dalam filem tersebut.
Filem dari Korea Selatan juga turut dikenali dengan nilai produksi yang tinggi dengan setiap pembuat filem meletakkan usaha keras dan perincian yang sangat teliti untuk setiap filem yang mereka hasilkan.
Semua ini telah membantu industri perfileman Korea Selatan mencipta reputasi yang baik dan disegani.

Antara filem dari Korea Selatan yang sememangnya berkualiti dan wajib dotonton adalah:

1) Parasite (2019)
62C152F7 A51B 47C6 9E66 B04F3FC2D253Parasite ialah sebuah filem seram ngeri dark comedy dari Korea Selatan yang diarahkan oleh Bong Joon-ho, yang juga merupakan penulis filem tersebut dan dia menulis bersama-sama dengan Han Jin-won.
Filem ini dibintangi oleh Song Kang-ho, Lee Sun-kyun, Cho Yeo-jeong, Choi Woo-shik dan Park So-dam. Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga miskin yang melakukan penipuan dengan menyamar sebagai individu-individu lain tanpa sebarang pertalian yang kononnnya serba berkelayakan untuk menjadi pembantu rumah kepada sebuah keluarga golongan atasan.
Filem ini telah memenangi banyak anugerah, terutamanya empat anugerah utama di Anugerah Akademi ke-92 untuk kategori-kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik dan Filem Cetera Antarabangsa Terbaik.
Filem ini menjadi filem Korea Selatan pertama yang menerima pengiktirafan dari Anugerah Akademi dan juga filem bukan berbahasa Inggeris pertama yang memenangi Filem Terbaik.
Di Anugerah Golden Globe ke-77, Parasite memenangi anugerah untuk Filem Bahasa Asing Terbaik. Filem ini mendapat empat pencalonan di Anugerah Filem Akademi British Terbaik, memenangi Filem Bukan Berbahasa Inggeris Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik.
Filem ini juga filem bukan berbahasa Inggeris pertama yang memenangi Anugerah Screen Actors Guild untuk Persembahan Cemerlang Barisan Pelakon dalam Filem.
2) Train to Busan (2016)
9289CDBC 02B0 4F00 AE19 7A99E8DF387DTrain to Busan ialah sebuah filem seram bertemakan makhluk zombi ngeri dari Korea Selatan dan dikeluarkan pada tahun 2016. Filem ini diarahkan oleh Yeon Sang-ho dan dibintangi oleh Gong Yoo, Jung Yu-mi dan Ma Dong-seok.
Filem ini ditayangkan di Festival Filem Cannes 2016 pada 13 Mei. Sebuah filem prekuel animasi iaitu Seoul Station yang juga diarahkan oleh Sang-ho ditayangkan tidak sampai sebulan kemudian.
Seok-Woo ialah seorang pengurus dana yang telah bercerai. Dia obses dengan kerjanya dan jarang meluangkan masa bersama anaknya, Soo-an. Soon-an mahu bapanya membawanya ke Busan untuk melawat ibunya sempena hari lahirnya sendiri. Pada keesokan harinya, mereka menaiki keretapi KTX di Seoul. Sebelum berlepas dari Stesen Seoul, seorang wanita dengan luka gigitan di kakinya menaiki keretapi tersebut.
Wanita itu kemudiannya bertukar menjadi zombi dan menyerang seorang pekerja keretapi yang kemudiannya juga bertukar menjadi zombi. Jangkitan itu merebak dengan pantas di dalam keretapi tersebut. Seok-woo, Soo-an dan penumpang-penumpang lain perlu menyelamatkan nyawa mereka di dalam keretapi yang bergerak itu.
3) Okja (2017)
3DB7ED96 9484 48B6 9AE0 3E79524313A0Okja ialah sebuah filem aksi pengembaraan tahun 2017 Korea Selatan arahan Bong Joon-ho berdasarkan skrip yang ditulis bersama Jon Ronson. Filem ini membariskan pelakon handalan seperti Ahn Seo-hyun, Byun Hee-bong, Yoon Je-moon, Choi Woo-shik, Tilda Swinton, Paul Dano, Steven Yeun, Lily Collins, Shirley Henderson, Daniel Henshall, Devon Bostick, Giancarlo Esposito dan Jake Gyllenhaal.
Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang menyimpan rahsia tentang seekor babi gergasi dan sekaligus usaha untuk menyelamatkannya dari pihak-pihak tertentu yang ingin menggunakan babi gergasi tersebut demi kepentingan mereka sendiri.
4) The Wailing (2016)

5D714A9E 6B38 41AE AF52 B250CAC4287E

The Wailing adalah sebuah filem seram Korea Selatan tahun 2016 garapan Na Hong-jin dan menampilkan Kwak Do-won, Hwang Jung-min, Chun Woo-hee. Filem The Wailing mengisahkan tentang seorang pegawai polis yang sedang menyiasat kes pembunuhan dan penyakit misteri di sebuah kampung terpencil di Korea yang bernama Gokseong dan dalam masa yang sama pegawai polis itu perlu menyelamatkan anak perempuannya. Filem tersebut berjaya meraih kejayaan secara komersial.
5) Burning (2018)
F7F0B6DA 3142 4CC1 BFF6 FDBB635D19B5Burning adalah sebuah filem psikologikal misteri dari Korea Selatan yang dikeluarkan pada tahun 2018 dan ditulis, diproduksi, serta diarahkan oleh Lee Chang-dong. Filem ini adalah adaptasi dari cerpen “Barn Burning” dari The Elephant Vanishes karya penulis tersohor Haruki Murakami, filem tersebut menampilkan Yoo Ah-in, Steven Yeun, dan Jeon Jong-seo.
6) A Taxi Driver (2017)

4E7EAF22 20DA 42E8 BB01 07B9FDB84862

A Taxi Driver ialah sebuah filem cereka sejarah dari Korea Selatan tahun 2017 yang diarahkan oleh Jang Hoon dan skrip ditulis oleh Eom Yu-na serta dibintangi oleh Song Kang-ho dan Thomas Kretschmann.
Filem ini berdasarkan pengalaman sebenar Jürgen Hinzpeter iaitu seorang wartawan Jerman Barat bersama dengan seorang pemandu teksi dari Seoul yang menyaksikan keganasan dahsyat yang berlaku semasa para askar melawan pelajar universiti yang menunjuk perasaan di Gwangju pada tahun 1980 semasa zaman rejim Republik Keempat Korea Selatan.
Baca Lagi: Fakta Menarik Song Seung-heon
Baca Juga: 10 Kdrama Yang Paling Dinantikan Pada Mac 2023