Home Entertainment Fakta Menarik Song Seung-heon

Fakta Menarik Song Seung-heon

0

Lagi seorang ahjussi yang sememangnya menjadi kegilaan ramai ialah Song Seung-heon!

AFCE9366 076B 48E2 9505 C744BA9D4324

Paras rupanya yang tampan dan tubuhnya yang kelihatan perkasa dan solid kadang-kadang membuatkan kita semua lupa bahawa pelakon kacak ini telah menginjak usia 46 tahun.

Tahun ini, dia dahulunya sangat popular menerusi drama siri Korea Selatan yang bertajuk Autumn In My Heart pada tahun 2000. Pada tahun 2020 dia membuat kemunculan melalui wataknya sebagai Kim Hae Kyung dalam drama Dinner Mate. Paling terbaru dia muncul dalam musim ke empat Voice.

Pasti ramai tertanya-tanya dan ingin tahu tentang fakta-fakta menarik Song Seung Heon, bukan. Jom kita lihat beberapa senarai dibawah:

 


1.) Memiliki nama gelaran ‘Tough Guy’

740151C5 D3B7 4FD1 99A7 6662CB67BD08

Nama gelaran ini berkemungkinan muncul kerana dia kerap melakonkan watak agresif seperti dalam drama East of Eden (2008), Fate (2008) dan A Better Tomorrow (2010).

 


2.) Wajahnya seolah-olah vampire tampan

Dia kerap dirujuk sebagai ‘tampan seperti vampire’ kerana walaupun telah memulakan kerjaya lakonannya sejak tahun 1996 dia seolah-olah tidak menua walau sedikit pun!

FA8E6A0D B678 416D 8643 6B254F15D3FC

Rahsianya adalah berhenti merokok, berhenti minum alkohol, dan sentiasa bersenam. Dia juga turut menambah, sentiasa berfikir positif juga merupakan kunci untuk sentiasa kelihatan awet muda. Pada waktu lapangnya pula, pelakon ini gemar menonton filem dan bermain golf.

 


3.) Seorang ahli perniagaan

Selain sangat mahir dalam lakonan, ternyata jejaka tampan ini juga pandai berniaga dan mempunyai perniagaan sendiri! Dia memiliki sebuah agensi talent management dan juga restoran.

8820FD52 9FED 4437 A16B F6DBBCE7B834

Perniagaan agensi miliknya ialah Storm S Company yang menaungi selebriti-selebriti terkenal seperti Lee Young Ae, Kim Jung Eun, Jo Hyun Jae, dan Kim Min Jung. Dia juga merupakan pemilik restoran Itali iaitu Blacksmith. Rupa-rupanya memiliki sebuah restoran merupakan impiannya sejak kecil.

4.) Pernah berlakon dalam drama genre Saeguk

13339BFE 34BF 434A B944 2DF6B1B43731Song Seung Heon mengaku pengalaman paling sukar dalam bidang lakonan adalah sewaktu dia membintangi drama Dr. Jin. Proses penggambaran yang sangat memenatkan ditambah pula dengan kostum dan rambut palsu yang perlu dia gunakan membuatkan drama ini sangat diingati olehnya.

5.) Wanita kesukaannya adalah Song Hye Kyo dan Kim Tae Hee

Song Seung Heon telah bekerja sama dengan ramai pelakon wanita, namun saat ditanya mengenai jenis wanita ideal kesukaannya. Dia mengaku pelakon wanita cantik Song Hye Kyo dan Kim Tae Hee adalah yang paling dekat menepati ciri-ciri wanita idamannya.

06873A28 77CB 4C60 A8AF E6970F0A5EE1 scaled

Pada tahun 2015, Song Seung Heon secara rasmi menjalin huhungan dengan Liu Yi Fei iaitu gandingannya dalam filem The Third Way of Love. Namun sayangnya, hubungan mereka putus dua tahun selepas itu.

944843EF AECD 4569 9506 37780E2C4176

Baca Lagi: 10 Kdrama Yang Paling Dinantikan Pada Mac 2023

Baca Juga: 10 Filem Korea Pilihan di Viu Malaysia