Home Entertainment 10 Kdrama Yang Paling Dinantikan Pada Mac 2023

10 Kdrama Yang Paling Dinantikan Pada Mac 2023

0

Berikut senarai K-drama menarik dan wajib berada di dalam senarai tontonan anda:

 

1. DELIVERY MAN (1 Mac)

849E8200 D953 4796 91FC 2B141AD8DEB2

Yoon Chan Young memainkan watak Seo Young Min, seorang pemandu teksi yang sanggup memandu ke mana-mana asalkan dia dibayar. Setelah memulakan perniagaan “teksi untuk hantu”, dia menjadi seorang penghantar yang menyelesaikan kehendak pelanggan “istimewa”nya.

Bang Minah sebagai Kang Ji Hyun, hantu yang mendapat tumpangan percuma dengan teksi Young Min. Dia telah hilang ingatan, tidak tahu siapa dirinya tetapi dia tidak tahan dengan ketidakadilan. Atas sebab yang tidak diketahui, dia “melekat” dengan teksi Young Min dan akhirnya membuka perniagaan  “teksi untuk hantu” bersama Young Min.

83E513DB D90C 4B2E 9948 812D4945A4EF

Selain Yoon Chan Young dan Bang Minah, Do Gyu Jin turut membintangi kdrama sebanyak 16 episod ini sebagai Kim Min Seok rakan doktor Bang Minah.

2. DIVORCE ATTORNEY SHIN (4 Mac)

FFBD0C00 4AB4 45BC 8BCF 9B234F3F12E2

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, drama sebanyak 12 episod ini mengisahkan bergolakkan hidup yang berlaku kepada Shin Sung Han (Cho Seung Woo) yang pada asalnya adalah seorang professor muzik di Jerman, kemudian menukar kerjaya menjadi seorang peguam pakar dalam perceraian setelah berlaku satu insiden tragis.

1FDD9794 8F6B 4BFF 81D6 7F8DD9EBB332

Sebagai peguam perceraian, Shin Sung Han berusaha membantu mereka yang memerlukan dan menegakkan kebenaran. Drama ini dibintangi oleh Cho Seung Woo, Han Hye Jin, Kim Sung Kyun, Jung Moon Sung dan ramai lagi.

3. OASIS (6 Mac)

D49E30CD CF70 44ED 868E 64A2E292B39A

Berlaku ketika zaman pergolakkan Korea Selatan antara tahun 80-an dan 90-an. Ia menggambarkan kisah kehidupan yang kejam, dendam, dan konflik anak muda yang terpaksa mengejar kuasa serta kekayaan dengan apa cara sekalipun dalam era yang dipenuhi dengan nilai sosial yang salah.

08426A4C 22F6 440D A543 3D2AD50290D9

Drama sebanyak 16 episod ini dibintangi oleh Jang Dong Yoon, Seol In Ah, Choo Young Woo dan ramai lagi.

4. THE GLORY 2 (10 Mac)

8537F5C1 540D 4D37 A88E 15D73DAE74D6

Berikutan kejayaan The Glory bahagian 1, drama ini bakal kembali untuk bahagian kedua sebanyak 8 episod di Netflix bagi meneruskan plot balas dendam Dong Eun terhadap orang yang membulinya.

74A9B167 DFB8 4F1B 8BC6 91517875AE57

Dibintangi oleh Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Lim Ji Yeon, Jung Sung II, Cha Joo Young, Park Sung Hoon, Kim Hieora, Kim Gun Woo dan Yeom Hye Ran.

5. PANDORA: BENEATH THE PARADISE (11 Mac)

D75F6B8A DA86 4283 AE8E C4C48C13B7EA

Pandora Beneath The Paradise membawa kisah pembalasan dendam Hong Tae Ra (Lee Ji Ah) yang telah kehilangan memori serta masa lalunya, dimana kemudian dia menyadari bahawa hidupnya yang sempurna itu rupanya “Indah Khabar Dari Rupa”. Selama ini hidupnya telah diatur untuk kepentingan seseorang demi mencapai rancangan jahat mereka.

5B2DA750 7789 48A8 8CA2 80B40775484A

Drama bergenre thriler misteri sebanyak 16 ini dibintangi oleh Lee Ji Ah, Lee Sang Yoon, Jang Hee Jin, Park Ki Woong, Bong Tae Kyu dan ramai lagi.

6. A SECRET WOMAN (13 Mac)

369159FA 3CA9 4714 BF46 34CF3EA5F0B7

Mengisahkan nasib malang seorang isteri yang menjadi buta kerana suaminya dan skandalnya, tidak lama kemudian menjadi lumpuh akibat Sindrom Terkunci atau “Locked In Syndrome”. Dalam perjalanannya untuk membalas dendam dan menemui kebenaran, dia bekerjasama dengan seorang pewaris kaya.

A Secret Woman akan ditayangkan di Netflix & KBS2 ini dibintangi oleh Shin Go Eun, Choi Yoon Young, Lee Chae Young, Lee Sun Ho, Han Ki Woong, Lee Eun Hyung, Choi Jae Sung, Hong Il Kwon, Bae Do Hwan dan Hong Seok Cheon.

7. THE REAL DEAL HAS COME! (25 Mac)

28347D83 5237 431E 94C3 2C561443C1AD

Kdrama ini mengisahkan tentang wanita hamil yang belum berkahwin Oh Yeon Doo harus membesarkan anaknya seorang diri tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami.

Takdir menemukan Yeon Doo dengan Gong Tae Kyung seorang doktor pakar perempuan yang masih bujang yang mana kemudian mereka membuat perjanjian kontrak palsu yang membawa mereka dalam perjalanan menuai cinta, kehamilan, dan membesarkan anak.

18FC53C4 9F1A 4FF8 B93C 1141328B8A48

Dibintangi oleh Baek Jin Hee, Ahn Jae Hyun, Kim Sa Kwon, Cha Joo Young, Cha Hwa Yun, dan Choi Dae Chul.

8. JOSEON LAWYER (31 Mac)

88757DA7 CEF1 471B B031 06921AB5254E

Drama berlatarbelakangkan zaman dinasti Joseon sebanyak 16 episod ini mengisahkan tentang seorang peguam Kang Han Su (Woo Do Hwan) membalas dendam atas kematian ibu bapanya dalam masa sama terperangkap dalam hubungan cinta dengan seorang puteri dan persahabatan dengan seorang hakim.

01E68C04 E90B 4B5F 8FEC F7FA8D1581ED

Dibintangi oleh Woo Do Hwan, Bona, Cha Hak Yeon dan ramai lagi.

9. DUTY AFTER SCHOOL (Mac)

F754B89C 92A2 4657 A9C0 0CE0762FB962Kdrama sebanyak 10 episod ini diadaptasi dari webtoon dengan nama sama terbitan pada 2014-2015 oleh Ha Il-kwon, menyajikan sebuah genre Thriller Misteri berlatarbelakangkan sekolah.

E740B1C9 3EC5 41BF AFA5 8F0F82052819 7162259F 3C4F 4C4D A3A5 3559BFAB0C3B

Sekumpulan pelajar sekolah dan tentera harus berjuang melawan makhluk misteri yang muncul dari langit. Ramai manusia terkorban akibat dari serangan makhluk itu. Drama ini dibintangi oleh Shin Hyun Soo, Im Se Mi, Kim Ki Hae dan ramai lagi.

10. ROMANTIC GUEST HOUSE (31 Mac)

DE97A79A 0949 4E63 8380 8CD732C19852

Drama sejarah berlatarbelakangkan dinasti Joseon, mengisahkan tiga jejaka merungkai misteri kehilangan seseorang 13 tahun lalu dan mereka jatuh cinta dengan pemilik penginapan yang menumpangkan mereka sebelum peperiksaan sarjana mereka.

E23857DB 55F8 40E3 9D27 29FA61B52A1E

Romantic Guest House akan datang di SBS TV & Netflix ini dibintangi oleh Shin Ye Eun sebagai Yoon Dan-O, Ryeo Un sebagai Kang San, Kang Hoon Kim Shi-Yeol, dan Jung Gun Joo sebagai Jung Yoo-Ha.

Nampaknya bulan Mac ini para peminat drama korea pastinya akan sibuk menyusun jadual waktu menonton kdrama kegemaran kerana kesemua 10 kdrama atas ternyata memiliki kepelbagaian genre serta kisahnya sendiri.

Baca Lagi: 10 Filem Korea Pilihan di Viu Malaysia

Baca Juga: Filem Netflix 2020 Yang Wajib Ditonton