Home Entertainment Liam Neeson Pernah Tolak Watak James Bond

Liam Neeson Pernah Tolak Watak James Bond

0

Baru-baru ini Liam Neeson mendedahkan bahawa dia pernah menolak tawaran untuk berlakon dalam francais filem terkenal James Bond. Pelakon terkenal tersebut ditawarkan watak utama sebagai James Bond.

014CCE79 EEDA 4F02 B479 E1CF52F45FF4

Nampaknya cinta pelakon tersebut kepada mendiang isterinya lebih tinggi dan dalam dari pesona watak James Bond dalam ramai pelakon tersohor dunia.

Liam Neeson baru-baru ini mendedahkan tentang tawaran berlakon dalam filem James Bond tersebut sewaktu sebuah sesi wawancara bersama Rolling Stones. Pelakon itu mendedahkan bahawa produser filem James Bond iaitu Barbara Broccoli pernah menghubunginya beberapa kali pada tahun 90-an untuk bertanya jika pelakon lagenda tersebut berminat untuk memegang watak sebagai James Bond dalam filem pengintip paling popular itu.

Pada waktu itu Liam Neeson baru sahaja tercalon dalam Anugerah Oscar untuk kategori pelakon terbaik melalui filem Schindler’s List.

B2531582 07DD 4FF4 9FA9 2C2379FBF8A0

Persoalannya mengapa Liam Neeson menolak tawaran untuk melakonkan watak sebagai ejen 007 yang paling ikonik dan berpengaruh dalam sejarah perfileman dunia?

Segalanya adalah berpunca daripada satu-satunya buah hati Liam Neeson iaitu memdiang isterinya Natasha Richardson.

21CAC13C 8BBC 4258 9662 9B20B939EA5E

“Saya kenal ahli keluarga Broccoli (produser James Bond), mereka sering mencari segenap golongan pelakon (untuk watak James Bond)”.

“Selepas filem Schindler’s List keluar, Barbara Broccoli beberapa kali menghubungi saya untuk bertanya jika saya berminat untuk menjadi James Bond. Saya memberi jawapan sudah semetinya saya amat berminat”.

Dia menyambung lagi, “waktu itu mendiang isteri kesayangan saya (Natasha Richardson), moga Tuhan memberkatinya, memberitahu saya semasa kami sedang menjalani penggambaran ‘Nell’ di Carolinas, ‘Liam, saya ingin memberitahu sesuatu, jika kamu mengambil watak James Bond, kita tidak akan berkahwin’”.

C7C9458C 24C1 4880 9E21 7DA0084B2B9F

Kasih sayang dan cinta Liam Neeson terhadap Natasha Richardson melebihi segalanya. Cintanya terlalu utuh sehingga sanggup melepaskan watak sebagai James Bond, jadi dia tidak pernah bertemu dengan Barbara Broccoli secara serius. Apa yang dilakukan oleh Liam Neeson adalah dengan mengusik Natasha Richardson.

“Saya akan pergi ke belakangnya, membuat gerakan tangan seperti sedang memegang pistol, dan seterusnya bersenandung lagu tema James Bond.” Katanya. “Saya sangat suka mengusiknya”. Sambungnya lagi.

“Dia memberikan saya kata dua mengenai watak James Bond”. Sambungnya lagi, “dia benar-benar maksudkannya. Mestilah kan, semua orang tahu dalam filem James Bond pasti terdapat ramai gadis-gadis cantik dari seluruh dunia di atas katil. Saya yakin keputusannya itu adalah berdasarkan perkara tersebut.”

Selepas itu Liam Neeson mendapat nasib bertuah lagi apabila dia ditawarkan watak dalam filem lagenda Taken, pelakon terkenal itu juga turut diberi peluang untuk berlakon dalam Star Wars dan pelbagai filem-filem gergasi lain yang menjadi tumpuan dunia.

3C4A4062 5920 4EE9 8036 C99CAEA4FB00

Baca Lagi: Liam Neeson Tidak Suka Adegan Ranjang

Baca Juga: Kelakuan Pelik Keanu Reeves