Home Entertainment Kelakuan Pelik Keanu Reeves

Kelakuan Pelik Keanu Reeves

0

Tampan dan sangat terkenal tapi siapa sangka Keanu Reeves mempunyai kelakuan yang agak pelik.

Pelakon yang telah mencipta nama dan berada di kelasnya tersendiri itu pastinya mempunyai banyak wang dan harta benda. Keanu Reeves memang terkenal tidak suka berfoya-foya. Dia adalah seorang selebriti yang sering kelihatan melepak di tepi jalan, sentiasa menggunakan kendaraan awam, dan selalu terlihat memakai pakaian lusuh.

31214C0D 6A32 4794 8DBC 8B95A7D64425

Bukan itu sahaja, masih banyak kelakuan pelik dan luar biasa yang dilakukan oleh Keanu Reeves yang kadang-kadang membuatkan para peminat geleng kepala.

Jom kita lihat beberapa perangai dan kelakuan pelik yang sering dilakukan oleh Keanu Reeves:

1. Bawa anak patung untuk bersiar-siar

4405730B 3F90 43A9 AFAA CF3845007C7F

Bukannya mengajak kawan-kawan atau para pembantu keluar bersiar-siar tetapi Keanu Reeves membawa sebuah anak patung merah pemberian peminatnya sebagai temannya untuk keluar bersiar-siar. Dia sering membawa anak patung merah itu menaiki kapal terbang, kereta bahkan sampai ke hotel.

2. Bawa pokok krismas dengan menggunakan kereta Porsche

D4CE146D F16F 4489 AA97 DC15DEE13C06Bukannya menggunakan lori atau kenderaan pacuan 4 roda, Keanu Reeves menggunakan kereta Porsche mahalnya untuk mengangkut pokok krismas yang akan dijadikan hiasan perayaan Natal di rumahnya. Pokok itu dibungkus plastik dan diletakkan di atas bumbung kereta Porsche kesayangannya.

 


3. Pakai kasut yang sudah rosak

42C4FA47 8406 44F7 99C3 376A3155A92A

Walau mempunyai banyak duit tetapi Keanu Reeves tetap menggunakan kasut kesayangannya walaupun sudah rosak. Malahan, kasutnya yang sudah lusuh dibahagian depannya itu ditampal dan dilekatkan dengan plaster.

4. Selfie dengan menggunakan kamera belakang

B05659BE B21A 42EB 8390 061D2380BB3AMungkin juga Keanu Reeves tidak meminati gajet atau dia tak pernah kisah. Bagaimana tidak, Keanu Reeves dilihat mengambil gambar selfie dengan kamera belakang telefon pintar miliknya. Gayanya seperti tidak pernah ambil kisah mengenai teknologi kamera depan.

5. Merokok dan melepak di tepi jalan

91CA566C CFF1 4AC3 A3FE C52A340915BC

Kelakuan pelik ini adalah yang sering ditangkap oleh lensa kamera. Keanu Reeves kerap kali dilihat merokok dan melepak di tepi jalan sendirian. Tidak hanya sekadar melepak dan bersantai, wajahnya juga kelihatan lusuh dan ekspresinya seperti orang sedang stress.

6. Bergaul dengan gelandangan

635903E3 B68D 4CC9 9716 A47E05F7D1E7

34B9B819 4B2F 400F 9D5D A2DDA9AB85D3

Bukan cuma melepak, Keanu Reeves juga pernah menemani seorang gelandangan. Mereka minum dan merokok bersama. Keanu Reeves bahkan dilihat seperti sedang mendengar dengan serius curahan hati gelandangan itu.

7. Berborak dengan ikan

19BCA83F F176 4150 9A8B 19C74636CF70

Bukan sahaja gelandangan, ikan pun diajak berborak oleh Keanu Reeves. Dia juga memberi makan ikan-ikan di sebuah kolam di satu taman sambil menyapa kawan-kawan kecilnya itu. Wajahnya terlihat sangat bahagia, seperti sedang bercerita perkara yang menarik bersama ikan-ikan.

Baca Lagi: Madeleine Anak Yang Hilang 16 Tahun Lalu Muncul Semula

Baca Juga: 5 Filem Aksi Terbaik Denzel Washington