Home Entertainment Park Seo Joon dan Han So Hee dalam Drama Thriler Baru

Park Seo Joon dan Han So Hee dalam Drama Thriler Baru

0

Park Seo Joon dan Han So Hee Berjuang Bersama Menentang Zaman Kegelapan dalam “Gyeongseong Creature”

Berita baik untuk para peminat dua pelakon digilai ramai Park Seo Joon dan Han Soo Hee!!

Sebuah filem bergenre thriller misteri sejarah “Gyeongseong Creature” bakal ditayangkan di Netflix pada suku keempat tahun 2023!

60CE772A 0C54 4E39 9BD0 F2D051FBD938

Park Seo Joon dan Han So Hee membawa peranan utama dalam Gyeongseong Creature bergandingan untuk pertama kalinya! Pastinya gandingan ini membuatkan para peminatnya sangat teruja untuk menyaksikan drama ini nanti dan sudah tentu ramai yang tertanya-tanya tentang apakah kdrama bertajuk Gyeongseong Creature ini kan?

Baca Lagi: Aura Park Seo Joon Dalam Setiap Penampilannya

Gyeongseong Creature ialah sebuah drama thriller sejarah yang plotnya mengikuti perjalanan dua anak muda berjuang bersama melawan makhluk misteri jahat yang lahir daripada ketamakan manusia yang berlatarkan tahun 1940-an di Seoul. Drama ini ditulis oleh Kang Eun Kyung, wanita hebat yang bekerja dibelakang tabir disebali siri drama terkenal “Dr Romantik” dan diarahkan oleh Jung Dong Yoon dari “Stove League”.

Cerita terjadi pada musim bunga tahun 1945, ketika Korea ditawan oleh Jepun. Park Seo Joon yang membawa watak sebagai Jang Tae Sang adalah seorang lelaki kaya yang memiliki kedai pajak gadai Golden Jade House, mudah bergaul, dan menetap di daerah Buckchon, Seoul.

Jang Tae Sang mempunyai pandangan yang mendalam dan tahu bagaimana untuk bertahan hidup di dunia yang kucar kacir. Keperibadiannya yang suka bergaul juga menjadikan dia seorang yang terkenal di daerah Buckchon.

Namun, dunia Tae Sang mula berubah dan pelbagai ancaman yang bakal dihadapinya setelah bertemu dengan Yoon Chae Ok yang dilakonkan oleh Han So Hee. Kehidupan Chae Ok cukup susah dan benar-benar bertentangan dengan kehidupan yang dijalani oleh Tae Sang.

Sejak kecil, Chae Ok belajar bertahan hidup dari ayahnya ketika mereka mengembara ke Manchuria dan Shanghai. Dia belajar dengan cara paling sukar dan kejam dengan menggunakan senjata, pisau, dan segala macam mesin bagi bertahan hidup dan melindungi dirinya sendiri.

Berbekalkan kemahiran itu, Chae Ok pergi ke Gyeongseong (nama Seoul ketika pemerintahan Jepun) untuk mencari ibunya yang menghilang sejak 10 tahun sebelumnya. Dalam perjalanannya, Chae Ok bertemu dengan Tae Sang

Pertemuan Tae Sang dan Chae Ok membuatkan mereka bakal terikat satu sama lain dimana mereka akan berjuang menentang makhluk Gyeongseong yang tiba-tiba muncul di dunia mereka, makhluk ini juga menjadi malapetaka di dunia yang sememangnya sudah bermasalah.

Berkat Gyeongseong Creature, Park Seo Joon kembali ke layar televisyen Korea selepas dua tahun setelah kejayaan dramanya di “Itaewon Class”. Ini kerana selama 2 tahun itu, pelakon kacak serba boleh ini sedang sibuk dengan penggambaraan filem pertamanya bersama team produksi Hollywood untuk “Captain Marvel 2: The Marvels bersama Brie Larson. Jadualnya cukup padat kerana dia perlu terbang ulang-alik untuk beberapa kali dari Korea ke Amerika dan Amerika ke Korea.

7587D2AE 2D89 4359 B12C 0369250C7EEE

 

Park Seo Joon turut berkongsi perasaan terujanya dan tertarik dengan latarbelakang sejarah yang diangkat ke dalam drama Gyeongseong Creature. Dia juga gembira dan berbesar hati dapat bekerjasama dengan penulis, pengarah, kru dan pelakon-pelakon hebat lain dalam drama tersebut.

F1B1E8CE 8BDF 4D45 86ED E2A51E7B8924

Selain Park Seo Joon, Han So Hee turut sama merasa berbesar hari dan terharu dipilih untuk melakonkan watak utama dalam Gyeongseong Creature. Ini kerana dia akan dapat menunjukkan sisi barunya melalui karakter Chae Ok.

Beberapa pelakon berbakat lain juga akan bersama menjayakan drama ini, mereka adalah Claudia Kim dimana dia akan mengambil peranan sebagai Maeda, perempuan simpanan keluarga berkuasa yang mempunyai kawalan ke atas kawasan Gyeongseong.

8BCAA7E8 336B 4183 B31C 61BD5FE8EEFA

Kim Hae Sook pula akan memainkan watak Nawol Daek, pelayan peribadi kepada Golden Jade House, Jo Han Chul memainkan watak ayah kepada Yoon Chae Ok dan Wi Ha Joon akan berperanan sebagai Gwon Jun Taek, seorang askar bebas dan kawan baik kepada Jang Tae Sang.

Siri dari Netflix ini dikhabarkan akan ditayangkan pada 2023 ini, namun belum ada tarikh yang pasti. Tetapi yang jelas sudah ramai peminat yang menantikan kisahnya apatah lagi ia dibarisi oleh pelakon-pelakon bertaraf kelas A!

Baca Juga: 9 Kes Misteri Dalam Drama Our Blooming Youth