Park Seo Joon datang ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat anjuran MILO. Seramai 300 orang pemenang peraduan Jom Minum MILO ternyata sangat bertuah apabila dapat berjumpa dengan pelakon terkenal dari Korea Selatan itu pada 25 Februari 2023 dan acara tersebut berlangsung di pusat membeli-belah Sunway Pyramid.
Pelakon yang sangat popular menerusi drama bersiri Itaewon Class (2020) ini mempunyai kumpulan peminat tersendiri. Baru-baru ini portal berita di Malaysia melaporkan tentang sambutan hangat yang diterima oleh pelakon kesayangan ramai ini setibanya dia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Jom kita baca beberapa fakta menarik mengenai Park Seo Joon:

1. Ajussi yang sentiasa kelihatan muda
Park Seo Joon sememangnya belum terlalu tua, jejaka kacak ini baru berusia 34 tahun tetapi dia sudah dikategorikan sebagai ajussi oleh para peminat. Ahjussi yang berwajah seperti oppa!
Rupa parasnya seolah-olah baru menunjukkan usia 20-an. Istilah ahjussi wajah oppa ini popuar dikalangan peminat K-Pop. Maksud ajussi wajah oppa adalah, usianya sudah melepasi usia 20-an tetapi wajahnya masih tampak muda seperti keanak-anakan.
2. Merupakan anak pertama dalam keluarga
Pasti ramai yang belum mengetahui bahawa Park Seo Joon merupakan anak pertama dalam keluarganya. Park Seo Joon mempunyai dua orang adik iaitu seorang adik lelaki dan seorang lagi adik perempuan. Adik lelaki Park Seo Joon telah mendirikan rumah tangga dan juga dikurniakan cahaya mata.
Sedangkan Park Seo Joon yang merupakan anak pertama masih lagi membujang sehingga kini. Khabarnya, Park Seo Joon pernah menyatakan bahawa dia rasa sunyi dan kesepian kerana masih hidup sendirian tanpa teman hidup pada usianya yang telah menginjak usia 34 tahun ini.
3. Merupakan seorang pelajar lepasan bidang teater
Park Seo Joon yang memiliki bakat sangat luar biasa dalam lakonan ini rupa-rupanya adalah seorang pelajar teater. Park Seo Joon belajar di Seoul Institute of the Arts dalam jurusan pementasan teater. Patutlah lakonannya sangat hebat dan berkesan bukan?
Walaupun pelakon terkenal ini belajar dalam bidang teater, tetapi menarikya Park Seo Joon belum pernah berlakon dan melakukan sebarang persembahan di pentas teater. Semua karya lakonan Park Seo Joon merupakan filem, drama siri, muzik, dan dia juga turut muncul dalam rancangan variety show.
4. Debut sebagai model dalam muzik video
Walaupun Park Seo Joon belajar dalam bidang teater, permulaan kerjaya Park Seo Joon bukanlah dalam dunia lakonan. Park Seo Joon terjun ke dunia hiburan dengan menjadi model dalam sebuah video klip muzik. Secara tepatnya, Park Seo Joon muncul dalam lagu solo Bang Yong Guk B.A.P yang bertajuk “I Remember”.




Pada tahun 2014 Park Seo Joon menyanyikan pula OST “Come Into My Heart” untuk dramanya yang bertajuk Witch Romance. Pada tahun 2015 Park Seo Joon menunjukkan lagi bakatnya apabila dia menyanyikan dua lagu iaitu “Letting You Go” dalam OST Kill Me Heal Me dan “Long Way” untuk OST She Was Pretty.






