Home Entertainment Kes Jenayah Mewarnai Kokdu: Season of Deity

Kes Jenayah Mewarnai Kokdu: Season of Deity

0
Dalam drama siri terbaru Korea Selatan iaitu Kokdu: Season of Deity (2023) terdapat beberapa kes jenayah kejahatan yang berjaya membuat para penonton rasa sakit hati dan sangat cemas.

3D49E45B 5690 4428 B9C9 23AE3EB54196

Walaupun babak kes-kes jenayah ini menyakitkan hati para peminat, tetapi kes-kes ini sentiasa dinanti perkembangannya oleh para penonton setiap minggu!
Jika anda penonton setia Kokdu: Season of Deity, pasti perasan dengan kes-kes jenayah yang merancakkan dan mewarnai plot cerita Kdrama fantasi dan romcom ini.
1. Kes penipuan rekod perubatan di Pilseong Medical Center
35FA808F 9C49 470F B436 C8AB90DBB70E
Masih terdapat kes jenayah yang belum terungkai di Pilseong Medical Center. Do Jin Woo (Kim Jung Hyun) dan Park Chung Seong (Jung Wook) juga mempunyai rancangan untuk menyelesaikan kes tersebut. Semua penonton sudah mengetahui bahawa Do Jin Woo menyimpan senarai kes kecuaian petugas perubatan yang pernah terjadi.
Namun begitu, Do Jin Woo dianggap meninggal dengan cara membunuh diri. Sementara itu, Park Chung Seong yang rasa ketakutan memilih untuk bersembunyi dengan memalsukan kematiannya.
2. Kejahatan Choi Kang Mo yang membunuh anak angkatnya

FFC3FE93 68B0 456E AD11 EC033A7E0109

Choi Kang Mo (Seo Jae Kyu) merupakan bapa angkat Yoona (Ahn Tae Rin). Mereka langsung tidak mempunyai perhubungan darah. Yoona selalu mendapat layanan buruk dari ayah angkatnya tersebut. Polis pernah mendapat laporan dari guru Yoona yang menyatakan bahawa Yoona didera dan disakiti.

Sementara itu, Choi Kang Mo dan Yoona berdepan kemalangan dan cedera parah. Walaupun begitu, kedua-duanya masih sedarkan diri. Tanpa disangka-sangka, Choi Kang Mo menolak Yoona dari atas jambatan. Motif jahatnya adalah untuk mendapatkan pampasan atas kematian Yoona.
3. Ancaman seksual yang diterima Eun Ji dari Jo Bong Pil
172763E5 A832 4262 979F 3249E8F4926B
Jo Bong Pil (Park Shin Woo) mengambil kesempatan keatas junior di kampus untuk kepentingannya sendiri. Junior tersebut adalah Eun Ji (Yoon Seo Ah) yang sering diancam dan diugut dengan menggunakan foto-fotonya yang mengaibkan.
Perkara ini membuatkan ibu Eun Ji merasa tertekan sehingga dia menyeru dan memohon kepada Jo Bong Pil. Panggilan tersebut menyebabkan Kokdu (Kim Jung Hyun) mencari Jo Bong Pil untuk menghukumnya.
4. Kes pengedaran dadah oleh organisasi Black Bear

2F7A0A58 6AD2 4CA7 95E0 77F96B7D09A8

Black Bear merupakan sebuah organisasi pengedaran dadah paling besar di kawasan Cina. Mereka menjadi salah sebuah organisasi yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Sementara itu, proses siasatan dan penangkapan seolah-olah tidak berjalan dengan lancar.

D3A3CC97 C75E 4DAE A1AC 043C7533BBD5

Salah satu sebab adalah kerana organisasi tersebut berjaya melarikan diri dari serbuan sehingga menyebabkan beberapa orang polis mengalami luka yang parah. Apabila mengetahui perkara tersebut, Kokdu terus menghukum mereka.
5. Kejahatan Ketua Pilseong terhadap Ibu Do Jin Woo
88A8B319 F3A7 44CF 9935 5EA62A951FCF
Ketika ibu Do Jin Woo memerlukan rawatan perubatan, Ketua Pilseong (Choi Kwang Il) seolah-olah sengaja ingin menyakitinya. Dia turut menukar rekod perubatan ibu Do Jin Woo sehingga wanita malang tersebut mendapat rawatan yang salah.
Kes ini adalah kes yang paling menyakitkan hati paling menarik kerana sehingga kini para penonton masih tidak dapat meneka apakah motif disebalik perbuatan ketua Pilseong tersebut.

1A68A548 76C5 4C86 B9C1 FA3F1B833356

Jalan cerita Kokdu: Season of Deity dipersembahkan dengan semakin menarik setiap minggu dengan adanya selingan kes-kes jenayah tersebut. Jadi dalam banyak-banyak kes yang tersenarai, kes yang mana satu berjaya membuatkan anda semua rasa tidak senang duduk?
Baca Lagi: 7 Pelakon Korea Tampil Berkulit Gelap Demi Watak
Baca Juga: Cara Cho Chi Yeol & Nam Haeng Seok Bercinta Dalam Crash Course in Romance