Home Entertainment Cara Cho Chi Yeol & Nam Haeng Seok Bercinta Dalam Crash Course...

Cara Cho Chi Yeol & Nam Haeng Seok Bercinta Dalam Crash Course in Romance

1374
0
Dalam episod terbaru Crash Course in Romance (2023), hubungan Choi Chi Yeol (Jung Kyung Ho) dan Nam Haeng Seon (Jeon Do Yeon) semakin akrab, mesra, dan rapat. Mereka telah bercinta secara rasmi tanpa selindung lagi.
Tidak hairanlah jika para penonton semakin bersemangat dan seronok untuk menunggu jalan cerita dan kisah cinta kedua pasangan merpati dua sejoli ini.

42493BF0 5B5A 45D5 AFEE 8375FA4DD56E

Choi Chi Yeol dan Nam Haeng Seon juga memiliki gaya percintaan yang sangat sihat dan sentiasa kelihatan sangat serasi bersama. Rasa makin tertanya-tanya bukan?

Jom kita lihat gaya dan cara pasangan ini bercinta!

2C329178 0F8F 4472 BA2E 99D0276D295D

1. Selalu meluangkan masa bersama walaupun ditengah kesibukan masing-masing
Bagi Choi Chi Yeol dan Nam Haeng Seon, meluangkan masa untuk berjumpa dan menghabiskan masa bersama merupakan perkara wajib. Walaupun keduanya memiliki kesibukan masing-masing, pertemuan dan masa bersama-sama dapat menjadi pengubat rindu yang cukup ampuh.

BC33845C 6E60 40C3 88AA 42B82863D438

Sesekali Choi Chi Yeol akan mengunjungi kedai makan milik Nam Haeng Seon. Walaupun hanya sekejap sahaja, pertemuan keduanya berjaya membuat hubungan mereka menjadi bertambah hangat.
2. Perasaan prihatin dan sering memberi perhatian merupakan kunci cinta Choi Chi
Yeol dan Nam Haeng Seon saling memberikan perhatian dan prihatin antara satu sama lain menjadi salah satu bukti cinta mereka. Banyak adegan yang dapat membuktikan perkara tersebut dalam drama siri Crash Course in Romance ini.

CFAE50B7 3CD4 438D A67C 3BB5B9E7D71D

Salah satu contohnya ialah ketika Nam Haeng Seon tidak pernah gagal memberi bekal makanan untuk kekasih hatinya. Perkara ini sangat membantu Choi Chi Yeol yang mempunyai masalah eating disorder.
3. Tidak segan silu memberi pujian

EEB4EF5B DC2A 4AB0 B037 F9485C412DAC

Choi Chi Yeol terbukti cukup manis dan menyayangi Nam Haeng Seon. Dia pun selalu memberi pujian buat kekasih hatinya itu. Baginya, Nam Haeng Seon merupakan wanita yang boleh membuat hatinya merasa tenang dan damai. Dia rasa beruntung kerana takdir telah mempertemukan mereka.
4. Menurunkan ego untuk meminta maaf boleh membuatkan konflik cepat reda
Konflik dalam sesuatu hubungan merupakan perkara wajib dan asam garam yang perlu dihadapi. Samalah dengan Choi Chi Yeol dan Nam Haeng Seon. Sesekali, mereka pun terlibat dengan konflik yang menimbulkan salah faham.

79DB3397 26FD 4390 B7C2 AB78D0851BEC

Namun perkara ini dapat diselesaikan oleh keduanya dengan baik. Caranya adalah dengan menurunkan ego masing-masing untuk meminta maaf terlebih dahulu. Pastinya perselisihan faham akan cepat reda jika permintaan maaf telah dilontarkan.
5. Keduanya saling ada untuk sesama sendiri
Mengetahui ada seseorang yang sentiasa ada disisi ketika berhadapan dengan apa jua situasi merupakan suatu kelebihan. Perkara ini membuatkan hati berasa lebih tenang. Sebagai contoh, ketika hubungan mereka diketahui, Choi Chi Yeol tidak pernah segan untuk membela kekasih pujaannya.

E90D1871 D83C 4424 A5EE 9ABC63EC04B1

Pasti semua bersetuju jika dikatakan hubungan mereka berdua begitu manis dan romantik sekali. Jadi, dari kelima-lima cara dan gaya percintaan Choi Chi Yeol dan Nam Haeng Seon ini, yang mana satu dirasakan dekat dengan diri sendiri?

Baca Lagi: Kdrama Terbaik Lakonan Jung Kyung Ho
Baca Juga: Jeon Do Yeon Pembunuh Upahan versi John Wick Dalam Kill Boksoon