Jalan cerita Duty After School menjadi perbualan hangat warga Twitter sejak TVING melepaskan poster dan klip singkat mengenai drama tersebut.

Drama siri yang juga dikenal dengan tajuk After School War Activities ini akan menyajikan keganasan makhluk asing yang sangat kejam dan berlatarkan sebuah sekolah menengah. Mahkluk asing menyerang sekolah tersebut dan para pelajar harus melawan untuk bertahan hidup.

Apa yang lebih menakutkan dan mengejutkan adalah apabila kerajaan mewajibkan seluruh pelajar sekolah menengah terbabit untuk membantu melawan makhluk asing yang mengerikan itu. Mampukah mereka melakukannya?
Jom kita baca sinopsis Duty After School yang diperoleh dari laman rasmi TVING!
1. Sinopsis Duty After School

Sinopsis Duty After School mengisahkan tentang perjuangan pelajar sekolah menengah dalam menghadapi ancaman makhluk asing. Pada awalnya, kehidupan mereka berjalan normal seperti biasa sahaja.
Namun, semuanya berubah apabila mereka didatangi makhluk asing yang tiba-tiba muncul dari atas langit. Makhluk asing tersebut mengganas dan membunuh warga Korea Selatan.
Oleh kerana keadaan darurat tersebut, pihak tentera Korea akhirnya memutuskan untuk membentuk pasukan tambahan yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah tersebut. Demi bertahan hidup, mereka perlu mengikuti rejim latihan ketenteraan.
Bolehkah mereka selamat dari serbuan makhluk asing tersebut? Sinopsisnya menarik dan pasti mempunyai babak-babak mencemaskan yang membuatkan para penonton tidak senang duduk.
2. Barisan pelakon

Drama yang akan ditayangkan pada bulan Mac 2023 ini menonjolkan barisan pelakon terkenal dan tersohor Korea selatan. Salah seorang dari pelakon adalah ahli kumpulan bintang idola CLC iaitu Kwon Eun Bin. Selain Eun Bin, ramai pelakon muda yang membintangi drama ini, antaranya ialah:
⁃ Shin Hyun Soo sebagai Lee Chun Ho
⁃ Kwon Eun Bin sebagai Yeon Bo Ra
⁃ Im Se Mi sebagai Park Eun Young
⁃ Kim Ki Hae sebagai Kim Chi Yeol
⁃ Lee Soon Won sebagai Kim Won Bin
⁃ Choi Moon Hee sebagai Lee Na Ra
⁃ Kim Su Gyeom sebagai Kwon Il Ha
⁃ Lee Yeon sebagai No Ae Seol
⁃ Moon Sang Min sebagai Wang Tae Man
⁃ Woo Min Gyu sebagai Kim Deok Joong
⁃ Kim Min Chul sebagai Do Soo Cheol
⁃ Kim So Hee sebagai Lee Soon Yi
⁃ Ahn Do Kyu sebagai Gook Yeong Soo
⁃ Shin Hye Ji sebagai Choi Yeon Joo
⁃ Noh Jong Hyun sebagai Jang Yeong Hoon
⁃ Shin Soo Hyun sebagai Cha So Yeon
⁃ Yeo Joo Ha sebagai Kim Yoo Jeong
⁃ Yoon Jong Bin sebagai Jo Jang Soo
⁃ Ahn Da Eun sebagai Kim In Hye
⁃ Hwang Se In sebagai Yoo Ha Na
⁃ Ji Min Hyuk sebagai Jo Young Shin
⁃ Hong Xa Bin sebagai Woo Hui Rak
⁃ Shin Myung Sung sebagai Lim Woo Taek
⁃ Oh Se Eun sebagai Hong Jun Hee
Khabarnya drama Duty After School ini akan dilancarkan dengan 10 episod. Drama siri thriller ini akan ditayangkan di platform striming TVING bermula bulan Mac ini.
3. Dibarisi oleh pelakon-pelakon muda yang popular

Setelah membaca sinopsis Duty After School, pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan pelakon yang akan membawa watak sebagai pelajar-pelajar sekolah dalam drama tersebut.
Drama produksi TVING kali ini akan didominasi oleh para pelakon muda seperti Kwon Eun Bin, Shin Hyun Soo, Yeo Joo Ha, Ahn De Eun, Lee Yeon, dan ramai lagi.
Menariknya lagi, drama siri Duty After School akan menonjolkan gandingan serasi Kwon Eun Bin dan Shin Hyun Soo.
4. Adaptasi dari WEBTOON









