Home News Mayat Model Hong Kong Ditemukan Dalam Periuk Sup

Mayat Model Hong Kong Ditemukan Dalam Periuk Sup

0

Polis menemui tengkorak, beberapa rusuk dipercayai milik model Hong Kong Abby Choi yang dibunuh dalam periuk sup.

Kehilangan model Hong Kong Abby Choi Tin-fung yang berusia 28 tahun akhirnya terungkai pada Jumaat lepas, 24 Februari 2023 apabila polis telah menemukan mayat tanpa kepala di sebuah kampung di Tai Po, pinggir bandar Hong Kong.

A0F18823 0D4B 4674 A770 D1E0734BB165

Abby Choi adalah seorang model dan influencer yang berkongsi kehidupan glamor dalam penggambaran foto serta pelbagai pertunjukan fesyen antarabangsa dengan lebih 100,000 pengikut di laman Instagram.

3CFAE5E1 A138 4E18 9E54 B9CCD09BEC52

Abby Choi yang dipercayai dibunuh, turut dilaporkan beberapa bahagian tubuhnya disembunyikan di dalam peti sejuk dan sebahagiannya telah dimasak dan hanya tinggal tengkorak dan tulang rusuk di dalam periuk besar.
Pegawai polis percaya bahawa lubang di bahagian belakang kanan tengkorak adalah punca serangan yang telah menyebabkan kematian Abby Choi.

3DA742F7 E890 4E02 87DD 85CB7804DD87

Susulan itu, bekas suami Abby Choi, Alex Kwong, 28 tahun, bapa mertua 65 tahun dan abang ipar Abby 31 tahun didakwa membunuh Abby Choi. Bekas ibu mertuanya 63 tahun didakwa kerana bersubahat dalam menyembunyikan kebenaran dan perempuan simpanan bekas bapa mertua Abby Choi turut ditahan. Kesemua mereka telah dihadapkan di Mahkamah bandar Kowloon pada Isnin semalam.

DD549906 9687 4C72 8B61 83533B3854E1 6D64F6B3 43E4 4B65 8A51 E4241FC3AE90

Mahkamah Majistret Kowloon memutuskan tidak membenarkan ikatan jaminan ke atas mereka memandangkan mereka masih belum membuat sebarang pengakuan.
Menurut laporan polis, Abby Choi telah diserang di dalam kenderaan yang didapati mempunyai percikan darah di dalamnya dan cebisan mayatnya ditemui pada hari Jumaat bersama alat penghiris daging, gergaji elektrik, dan beberapa pakaian di sebuah rumah di daerah Tai Po pada petang Jumaat.
Choi mempunyai pertikaian kewangan yang melibatkan berpuluh juta dolar Hong Kong dengan bekas suaminya dan keluarganya, kata polis sebelum ini, sambil menambah bahawa “sesetengah orang” tidak berpuas hati dengan cara Choi mengendalikan aset kewangannya.
Penguatkuasa polis Alan Chung berkata pada sidang akhbar Sabtu lepas bahawa bekas suami model itu telah ditangkap ketika cuba melarikan diri di sebuah jeti di Tung Chung, di salah satu pulau terpencil di bandar itu, Lantau. Polis percaya dia berniat melarikan diri melalui pengangkutan air.
Sementara itu, polis masih lagi meneruskan pencarian sebahagian tubuh badan Abby Choi termasuk batang tubuh dan tangannya masih belum dijumpai.
Selepas penahanan bekas suami dan keluarganya berhubung pembunuhan Choi, ibu kandung Choi kembali ke Hong Kong untuk menjaga anak-anak Choi, lapor media tempatan.
Choi mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu dengan Alex Kwong, sebelum mereka bercerai pada tarikh yang tidak didedahkan. Choi juga mempunyai dua lagi anak dengan suaminya Tam Chuk Kwan yang dikahwininya pada tahun 2016 tetapi perkahwinan mereka tidak pernah didaftarkan secara sah.

C0475575 9E23 41AE 8A65 C9248DFC78A2

Maklumat lain berkaitan sejarah perceraian Choi dengan bekas suaminya Alex Kwong juga tidak jelas. Menurut sumber, Choi berkahwin dengan Kwong ketika dia berumur kira-kira 18 tahun dan mempunyai dua orang anak dengannya, yang kini dilaporkan berusia lapan dan 10 tahun.

D33650D4 181F 4A66 A56C DCB9B293E828

Ikuti lama berita Daebaking.co bagi mendapatkan berita-berita trending terkini serta perkembangan industri hiburan Korea, Hollywood dan negara-negara lain.
Baca Lagi: Lee Kyung Shil Melakukan Perlecehan Seksual Terhadap Lee Je Hoon Taxi Driver
Baca Juga: Kisah Benar Menyeramkan Di Sebalik Filem Orphan