Home Entertainment Lee Kyung Shil Melakukan Perlecehan Seksual Terhadap Lee Je Hoon Taxi Driver

Lee Kyung Shil Melakukan Perlecehan Seksual Terhadap Lee Je Hoon Taxi Driver

0

LEE JE HOON TERPALIT DENGAN KONTROVERSI GANGGUAN SEKSUAL

Pada 17 Februari 2023 baharu ini, Pelakon yang sedang trending dan hangat Lee Je Hoon telah dijemput menjadi tetamu jemputan di program radio SBS Cultwo Show bagi mempromosikan K-Drama baharunya, The Taxi Driver 2.
Ketika program sedang berjalan, satu potongan pegun dikeluarkan menunjukkan di mana Lee Je Hoon menanggalkan pakaiannya dan menampakkan sosok tubuhnya yang sasa.
0C2988F3 7416 469E 9BAE 45F64FCD8C3A
Lee Je Hoon yang tampil bersama Pyo Ye Jin di program radio tersebut turut berkongsi bahawa dia bekerja keras untuk mendapatkan bentuk badan seperti itu, setiap hari dia makan banyak dada ayam dan daging lembu bagi mendapatkan sumber protein yang diperlukan.
1867167B 8660 4E0F 99AF BA182F198658
Mendengar apa yang dikongsikan oleh Lee Je Hoon, pelawak Lee Kyung Sil yang juga merupakan hos program radio tersebut memuji figura cantik Lee Je Hoon kemudian membuat komen “nakal” yang kemudiannya dianggap bermasalah di kalangan peminat Lee Je Hoon.
8DDE91FE 99C4 40D6 856D 64901E6001B2
Lee Kyung Sil berkata, “Adakah anda melihat garisan dalam tulang di antara dadanya?” Dia menyambung, “Anda boleh menitiskan air pada otot dadanya lalu meminum air suci itu kerana ia adalah sistem penapisan air yang baharu.”
DJ Kim Tae Hoon yang turut berada di program itu berkata, “Jangan beritahu saya anda akan menuangkan air ke TV anda”.
Jawab Lee Kyung Sil, “Saya akan hentikan skrin dan tuangkan air ke atasnya. Ia adalah penapis air baharu saya, penapis air Lee Je Hoon”.

BF3FB01F 58E9 41AC 8F50 80575DED7E85

Selepas siaran itu, ada yang menyatakan bahawa kenyataan Lee Kyung Sil merupakan gangguan seksual. Kenyataan pelawak Lee Kyung Sil telah menimbulkan kontroversi dikalangan pendengar dan peminat Lee Je Hoon kerana menganggap ia tidak wajar dan bersikap tidak senonoh tentang Lee Je Hoon menyebabkan peminat marah lalu mengambil tindakan serius dengan melaporkannya kepada polis.
Ramai peminat mula menuduh pelawak itu gersang dan membuat “gangguan seksual”, menunjukkan rasa humor yang “lapuk” dan  “tidak lagi dianggap kelakar pada tahun 2023.”
Malah ada yang mengecam kata-katanya itu sangat kasar, tidak beradab, tingkah lakunya sangat menjijikkan.” Namun pelawak itu tidak menjawab kritikan yang semakin meningkat dalam talian.
Menurut laporan, seorang pelajar dari Universiti Yonsei melaporkan pelawak Lee Kyung Sil kepada polis pada 19 Februari.
Dia memfailkan aduan memetik Artikel 12, Perbuatan Cabul dengan Menggunakan Alat Komunikasi di bawah akta Hukuman Jenayah Seksual.
Pelajar itu menyatakan dalam pertuduhan itu, memetik akta tersebut, Dia menggunakan media komunikasi untuk mengatakan perkara yang menyebabkan keaiban atau kejijikan seksual kepada pihak lain untuk tujuan mendorong atau memuaskan keinginan seksual untuk dirinya sendiri. Menyebabkan rasa malu atau jijik seksual melampaui rasa malu atau rasa tidak selesa kepada mangsa dan bertentangan dengan moral seksual orang biasa dalam masyarakat.

Seseorang yang menghantar kepada orang lain apa-apa perkataan, bunyi, tulisan, gambar, imej atau perkara lain, yang boleh menyebabkan rasa malu atau kebencian seksual, melalui telefon, mel, komputer atau cara komunikasi lain, dengan niat untuk membangkitkan atau memuaskan hati mereka, nafsu seksualnya sendiri atau orang lain, hendaklah dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi lima juta won.

4343D341 B457 489D BA46 F96455F1C211

Walaupun demikian, kedua-dua pelawak dan Lee Je Hoon masih belum mengulas lanjut mengenai kontroversi itu. Sejak kontroversi itu, SBS telah memadamkan klip itu daripada YouTube dan laman web rasmi mereka.

D0C08A95 7417 44C2 AC4B A0671EC882AB

Terdahulu pada tahun 2015, Pelawak Lee Kyung Sil pernah terpalit dengan kontroversi yang melibatkan suaminya dimana suaminya didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita ketika berada dalam keadaan mabuk.
Suami Lee Kyung Sil bernama Choi, 58, mengakui dakwaan itu benar pada perbicaraan pertamanya. Bagaimanapun, dia berkata dia tidak dapat mengawal minda dan badannya kerana dia telah minum sehingga mabuk sebelum kejadian.
Mangsa yang didakwa melaporkan gangguan itu kepada polis pada 19 Ogos 2015, sehari selepas kedua-duanya dan tujuh yang lain minum bersama. Wanita itu adalah isteri rakan Choi, memberitahu polis bahawa Choi mengganggunya secara seksual semasa dia memberinya tumpangan pulang selepas perjumpaan itu.

Baca Lagi: Fakta Menarik Dan Wajah Sebenar Madam Lim Taxi Driver

Baca Juga: Lee Je Hoon Kian Memukau