Home Entertainment Timeline Kisah Cinta Hyun Bin & Son Ye Jin

Timeline Kisah Cinta Hyun Bin & Son Ye Jin

0

Pada bulan Mac 2022, pasangan paling romantis Hyun Bin dan Son Ye Jin telah sah bergelar pasangan suami dan isteri.
Majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung secara tertutup di Aston Sheraton House, Grand Walkerhill Hotel di Seoul, Korea Selatan dengan dihadiri keluarga dari kedua-dua belah pihak dan para sahabat terdekat.

DEC00468 F7C2 4B07 9547 5FC9A9658B11

Selepas menyulam cinta selama beberapa tahun, pasangan selebriti terkenal ini akhirnya disatukan dalam upacara perkahwinan yang gilang-gemilang. Kini pasangan bahagia ini sudah dikurniakan seorang cahaya mata sebagai penghibur dan pengikat kasih sayang antara mereka.

75CEC4BF B4B4 452C ADFE 3CCFAF39BC3D

Bibit cinta dan kasih sayang antara Hyun Bin dan Son Ye Jin telah berputik sejak dari tahun 2011 lagi. Jom kita lihat beberapa momen atau detik penting pasangan ini sebelum bergelar suami isteri.

Mereka sering ditemukan dan bergandingan bersama dalam filem dan drama siri. Berikut kami senaraikan beberapa peristiwa penting bersama garis waktu yang telh dilalui oleh Hyun Bin dan Son Ye Jin sebelum mereka berdua mendirikan rumah tangga.

Baca Lagi: Hyun Bin Mendedahkan Kebahagiaan Berkeluarga Buat Pertama Kali

2011: Penampilan singkat
Son Ye Jin muncul dalam drama siri Hit yang meletupkan nama Hyun Bin iaitu Secret Garden. Dia melakonkan watak sebagai dirinya sendiri pada episod akhir sebagai artis jemputan. Walau bagaimanapun, mereka berdua tidak pernah berjumpa di set penggambaran.

587E98D9 4CAA 475C AA33 C44BB8FF4817
2014: Berjumpa di Bucheon International Film Festival (PiFan)
Hyun Bin dan Son Ye Jin sama-sama menghadiri Bucheon International Film Festival, mereka berdua mendapat tempat duduk bersebelahan dan kedua-duanya mendapat anugerah yang sama iaitu Anugerah Pilihan Produser. Satu kebetulan bukan?

54127C30 6367 4E58 8552 88F3570AA72C
2017: Muncul dalam filem The Negotiation

Hyun Bin dan Son Ye Jin mengesahkan bahawa mereka berdua akan muncul dalam filem The Negotiation yang juga merupakan projek lakonan pertama yang menyaksikan mereka bergandingan bersama sebagai watak utama. Son Ye Jin pernah memuji Hyun Bin sewaktu promosi filem ini, “saya rasa perkara pertama yang membuatkan saya terpegun dengan Hyun Bin adalah rambut dan kulitnya yang cantik.”

Selepas filem Negotiation, khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa dua pelakon terkenal ini mula menjalin hubungan cinta dan keluar bersama-sama. Son Ye jin buat pertama kalinya melanggar peraturan sebagai selebriti apabila dengan sengaja memuat naik gambar Hyun Bin di laman Instagram miliknya.

Terdapat sumber mengatakan bahawa Son Ye Jin menyambut hari lahir Hyun Bin dan mengadakan majlis sambutan yang meriah pada bulan September tahun tersebut.

1AAFE9F3 0398 4E1E 9964 510DC24C4354

 

2019: Khabar angin mengatakan mereka melancong dan makan malam bersama

Pada bulan Januari tahun 2019, timbul gosip-gosip di alam maya yang mendakwa Hyun Bin dan Son Ye Jin dilihat melancong bersama-sama di LA dan mereka juga kelihatan menghabiskan masa untuk makan malam bersama ibu bapa Son Ye Jin. Namun seperti biasa, kedua-dua pelakon terkenal ini menafikan bahawa mereka menjalin hubungan istimewa dan semuanya adalah kebetulan kerana masing-masing berada di tempat yang sama pada wantu itu.

67366BDF 1BBA 4080 A0DD 3FA5599BF322


2019: Bergandingan bersama dalam Crash Landing On You

Pada bulan Mei 2019, para peminat pasangan ini sangat teruja apabila mereka mengesahkan bahawa mereka akan muncul dalam drama siri Crash Landing On You.
Drama siri ini berjaya secara global dan sekali lagi telah membuatkan nama Hyun Bin dan Son Ye Jin digosipkan mempunyai hubungan cinta.
083B9E24 EF2A 4E54 8F98 E72EC8BD6924


1 Januari 2021: Mengesahkan hubungan cinta

Para peminat setia pasangan ini pasi tidak dapat melupakan saat penting sewaktu portal Dispatch mengemukakan bukti bahawa Hyun Bin dan Son Ye Jin saling bercinta dan mereka telah menyulam asmara selama 8 bulan.

Pihak agensi kedua -dua pelakon ini mengesahkan bahawa mereka sememangnya sedang dilamun cinta dan pelakon ternama itu mula menjalin hubungan selepas drama siri Crash Landing On You.
AB4A5D91 8512 4BDE 87CA 9A1834E6D627
2022: Bertunang

Hyun Bin dan Son Ye Jin membuat pengumuman tentang pertunangan mereka di laman Instagram masing-masing. Berita bahagia itu disambut baik oleh semua pihak.
Kini mereka berdua telah bahagia membina hidup sebagai sebuah keluarga, tambahan pula dengan kehadiran bayi comel mereka yang melengkapkan lagi kisah percintaan mereka berdua!

9198A140 A951 48E0 9A3F B1440862EF4D

Baca Juga: Khabar Angin Tentang Perceraian Hyun Bin & Son Ye Jin