Home Entertainment Khabar Angin Tentang Perceraian Hyun Bin & Son Ye Jin

Khabar Angin Tentang Perceraian Hyun Bin & Son Ye Jin

0

Agensi yang menaungi pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Hyun Bin telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung khabar angin perceraian yang bertiup kencang diakibatkan oleh sebuah video pendek YouTube.

BC8639F1 47C2 4F43 AB17 DBB88764CB94Isteri kepada pelakon itu yang juga merupakan selebriti terkenal iaitu Son Ye Jin dikhabarkan bakal menceraikan Hyun Bin kerana jejaka itu dikatakan telah menghabiskan duit simpanannya untuk berjudi. Satu tuduhan liar yang tidak berasas yang boleh merosakkan imej kedua-dua pasangan artis tersebut.

27B5422C 29CF 497D B96A 77845FD3955D

Baca Lagi: Fakta Menarik Tentang Hyun Bin

Sebuah saluran YouTube telah menerbitkan sebuah video pendek yang mendakwa Son Ye Jin dan Hyun Bin akan bercerai pada bulan April nanti.

Hyun Bin dan Son Ye Jin bakal bercerai pada bulan April ini. Hyun Bin telah kerugian sebanyak 3 billion won ( USD $2.29 juta) melalui pelaburan stok dan juga hutang perjudian. Son Ye Jin cuba bertahan dengan keadaan tersebut tapi ternyata dia tidak mampu lagi untuk menghadapinya dan dia mahukan penceraian.”

Walau bagaimanapun dalam sedutan video tersebut mereka menyatakan bahawa gosip liar tersebut turut dibincangkan dalam rancangan Tonight Show With Jimmy Fallon… dan yang pelik adalah mereka memuat naik selingan klip video dari rancangan bual bicara Jimmy Kimmel Live dan bukannya rancangan Jimmy Fallon seperti yang didakwa.

Video YouTube tersebut turut mendakwa bahawa Jimmy Kimmel berbicara tentang isu tersebut, mengatakan bahawa dia (Hyun Bin) berjudi dengan sejumlah wang yang sangat banyak. Walau bagaimanapun, penonton-penonton YouTube yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeris pun pasti faham bahawa Jimmy Kimmel tidak membicarakan tentang Hyun Bin dalam rancangan bual bicaranya tersebut.

Tambahan pula, saluran YouTube tersebut juga turut dipersoalkan mengenai klip-klip videonya yang terdahulu yang selalu memfokuskan tentang gosip liar beberapa selebriti terkenal.

Pihak agensi Hyun Bin iaitu VAST Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung khabar angin yang tidak berasas berkenaan. Pihak agensi menyelar laporan dan informasi yang diberikan oleh saluran YouTube tersebut.

Video tersebut adalah mengarut dan tidak benar sama sekali! Kami bukan tidak tahu mengenainya (video tersebut) kerana kami sering memantau berita-berita palsu.”

“Memandangkan video YouTube tersebut tidak benar, pihak kami sedang berbincang tentang tindakan yang perlu kami ambil. Kami telah bersedia untuk ke depan dan mengatakan bahawa semua ini adalah palsu.”

“Kami akan mengambil tindakan terhadap saluran YouTube tersebut, kami telah melaporkan video tersebut dan meminta supaya video tersebut dipadam serta merta.”

Kami akan terus memantau situasi, jika masih berlarutan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.” – VAST Entertainment

Baca Juga: Hyun Bin Mendedahkan Kebahagiaan Berkeluarga Buat Pertama Kali

12E5F764 B1BB 4A2E 8576 1DDC1B0C89B9