Home Entertainment 8 Aktor Ini Belum Pernah Berlakon Genre Jenayah-Thriller

8 Aktor Ini Belum Pernah Berlakon Genre Jenayah-Thriller

0
Pelakon-pelakon ini tidak pernah berlakon dalam siri drama genre jenayah-thriller! Pasti ada peminat setia yang sedar bahawa pelakon-pelakon kacak kesayangan anda ini tidak pernah berlakon dalam genre jenayah-thriller!
Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil sesuatu projek drama oleh para pelakon. Salah satunya adalah jalan cerita dan genre yang dibawa dalam drama tersebut. Terdapat pelakon yang lebih selesa berlakon dalam genre romantik dan slice of life berbanding genre jenayah-thriller.
Baca Lagi: Lee Sang Yoon Raja Watak Curang Dan Pasangan Paling Serasi
Jom kita lihat beberapa orang pelakon Korea yang tidak pernah berlakon dalam drama siri jenayah-thriller! Rupa-rupanya ada juga pelakon yang belum pernah mencuba genre jenayah-thriller. Siapakah mereka?
1. Song Kang pernah menghabiskan tenaga memburu monster (makhluk hodoh jahat) dalam Sweet Home (2020), tapi belum pernah lagi memburu penjahat dan penjenayah dalam drama siri genre jenayah-thriller.

2D82E52F 2D66 4287 B6FC 8CBC9ACE32DF

2. Baru sahaja comeback melalui Unlock My Boss (2022), ternyata Chae Jong Hyeop tidak pernah berlakon dalam drama jenayah-thriller.
960C3927 915A 4262 8CC1 17E6598F4FDB
3. Byeon Woo Seok sering membawa watak softboy dalam projek drama lakonannya, agaknya kalau jadi pegawai polis atau detektif dalam drama jenayah-thriller pasti menarik bukan?

9D52F067 048F 4B29 B1CF 9D044CDC44EA

4. Selalu membintangi drama siri genre romantik, Ong Seong Woo belum pernah menerima tawaran untuk berlakon dalam drama jenayah-thriller. Sayangnya!

47A7642A 2471 49C5 B132 53C8C1AE721E

5. Cha Eun Woo baru sahaja menyelesaikan misinya memburu iblis nafsu dalam drama siri Island Part 2 (2023), semoga Cha Eun Woo mendapat tawaran projek dengan genre jenayah-thriller. Pasti sangat menarik!
5BF6A65A B074 4F00 B242 64730CEE3C0E
6. Walaupun Bae In Hyuk mempunyai imej good boy, tetapi dia kelihatan sangat sesuai membawa watak sebagai detektif muda yang boleh berkolaborasi dengan pegawai senior untuk menangkap penjahat! Semoga boleh berlakon dalam drama siri jenayah-thriller nanti!

EFB6A052 2E52 46A4 9E93 9A1696D86460

7. Tidak ketinggalan! para peminat setia juga menantikan kemunculan Gong Myung untuk membintangi drama siri jenayah-thriller.
A52C5FE3 DBB2 442B 9C6A 46EC1F1FF7DD
8. Dari kelima-lima projek lakonan yang dibintangi oleh Hwang In Yeop, belum ada lagi drama siri dengan genre jenayah-thriller!
EC426C95 2D8F 4FCE 8F1E 3366767C8252
Tidak hairanlah jika para peminat pelakon-pelakon ini sangat menanti-nantikan projek drama siri jenayah-thriller daripada semua kelapan-lapan pelakon lelaki yang tersenarai.
Jadi, siapakah yang paling anda minati? Mungkinlah suatu hari nanti mereka akan muncul dalam drama siri bergenre jenayah-thriller? Kita nantikan sahaja!

Baca Juga: Heo Jung Hee Pelakon Baru Yang Bersinar Dalam Kdrama Island