Home Entertainment Doctor Cha: 8 Kronologi Seo In Ho Kantoi Curang

Doctor Cha: 8 Kronologi Seo In Ho Kantoi Curang

0

Apakah 8 kronologi dalam Doctor Cha sehingga Seo In Ho kantoi curang?

Doctor Cha episod 10 yang ditayangkan pada 14 Mei 2023 masih menjadi perbualan hangat para penonton setia drama ini.

IMG 6699 1

Cha Jeong Suk akhirnya mengetahui Seo In Ho dan Choi Seung Hi sudah mempunyai anak bersama.

Jom sama-sama kita lihat perjalanan kronologi drama Doctor Cha ini, bagaimanakah Cha Jeong Suk dapat menghidu kecurangan suaminya selama ini:

Peringatan: Artikel ini mengandung spoiler!

8f544c4a 6bd0 4d01 83d1 a8f52abdb85d1. Cha Jeong Suk menemui resit pembelian rantai tangan dalam poket Seo In Ho

Cha Jeong Suk (Uhm Jung-hwa) baru mengetahui bahawa Seo In Ho (Kim Byung-chul) bekerja di Hospital Universiti Gusan bersama Choi Seung Hi (Myung Se Bin).

Dalam episod 4, Cha Jeong Suk menemui resit pembelian rantai tangan emas dalam poket Seo In Ho. Bagi menepis segala kecurigaan, Seo In Ho menyatakan bahawa rantai tangan tersebut adalah hadiah hari lahir Cha Jeong Suk. Padahal rantai tangan itu sudah diberikan kepada Choi Seung Hi.

af092d25 db9b 48fe 9633 ebf83aac26912. Cha Jeong Suk terlihat Seo In Ho dan Choi Seung Hi bermesra hingga dia pengsan terkena renjatan defibrillator

Pada episod 4, Doctor Cha Jeong Suk secara tidak sengaja terlihat suaminya bermesra dengan Choi Seung Hi di hospital. Selain itu, dia juga ternampak rantai tangan yang sama dengan rantai tangan di resit yang dijumpai dalam poket suaminya.

Oleh kerana tidak fokus, Cha Jeong Suk pengsan akibat terkena renjatan defibrillator. Kecurigaan Cha Jeong Suk reda kerana Seo In Ho telah memberikan rantai tangan yang sama kepadanya dalam episod 5.

7ee42d75 00b1 4eec 807d 4afe1d4f27203. Choi Eun Seo sengaja mendekati Seo Yi Rang

Choi Eun Seo (So A Rin), anak Choi Seung Hi dan Seo In Ho mendedahkan bahawa dia sengaja mendekati Seo Yi Rang (Lee Seo Yeon) pada episod 8.
Sudah beberapa kali Choi Eun Seo seakan-akan menghasut SeoYi Rang dan Cha Jeong Suk mengenai kisah curang dan skandal secara umum.

Contohnya sewaktu dia bertanya adakah Seo Yi Rang mempunyai mental yang kuat. Tujuan Choi Eun Seo adalah agar dia tidak merasa bersalah sewaktu membuka rahsia mengenai dirinya.

f9b5197f 88db 447e b659 94dbe6028dd94. Choi Eun Seo mengundang Seo Yi Rang ke majlis makan malam bersama Seo In Ho dan Choi Seung Hi

Choi Eun Seo mengundang Seo Yi Rang ke majlis makan malam mereka. Di sana, Choi Eun Seo terang-terangan mengaku sebagai adik beradik Seo Yi Rang.

7916b214 0bf6 43cc 8e11 dfe850f33ebc5. Semua orang sepakat untuk merahsiakan kecurangan itu daripada Cha Jeong Suk

Seo Yi Rang dan Kwak Ae Sim sepakat untuk merahsiakan perbuatan curang Seo In Ho itu daripada Cha Jeong Suk. Seo Yi Rang tidak mahu ibunya terluka. Kwak Ae Sim meminta Choi Seung Hi untuk mengakhiri hubungannya dengan Seo In Ho.

Seo Jung Min (Song Ji Ho) tanpa sengaja melihat ayahnya sedang berpelukan dengan Choi Seung Hi. Sewaktu berkumpul sebagai keluarga di hari minggu, mereka berempat tampak kekok dan serba tidak kena kerana masing-masing berusaha untuk menutup cerita kecurangan Seo In Ho.

1e4be766 75af 4fc8 9d62 1ca70a1bd6066. Doctor Cha Jeong Suk melihat laman Instagram Choi Seung Hi dan mua mengesyaki Seo In Ho curang

Pada episod 8, Kwak Ae Sim sengaja menempah restoran mewah untuk menyambut hari lahir Cha Jeong Suk. Sewaktu di hospital dan sedang bersiap untuk menyambut hari lahirnya, Cha Jeong Suk tidak sengaja melihat Instagram Choi Seung Hi.

Melalui Instagramnya, Choi Seung Hi memberi bayangan bahawa dia mempunyai teman lelaki istimewa. Selain itu, dia juga melihat dengan jelas bahagian belakang Seo In Ho dalam salah satu hantaran foto.

Cha Jeong Suk bertanya kepada jururawat mengenai jadual persidangan Seo In Ho di Paris bertepatan dengan tarikh foto yang dikongsi oleh Choi Seung Hi. Jururawat itu mengatakan bahawa Seo In Ho tidak pernah mengikuti sebarang persidangan pada tarikh tersebut sebaliknya dia telah memohon cuti.

Cha Jeong Suk juga mengingati kembali bahawa rantai tangan yang serupa degannya adalah pemberian suami Choi Seung Hi menurut wanita itu. Pada waktu itu, Cha Jeong Suk yakin bahawa ‘suami’ yang dimaksud adalah Seo In Ho.

c9dbc5fe c69d 4153 ab38 11ec5e886b987. Cha Jeong Suk sedia untuk bercerai

Pada awal episod 9, Cha Jeong Suk hadir ke restoran tempat keluarganya berkumpul dengan wajah yang muram. Waktu itu, Choi Seung Hi ternyata mengikuti Cha Jeong Suk dan kemungkinan ingin membongkar fakta kisah curangnya dengan Seo In Ho.
Cha Jeong Suk yang sangat kecewa telah menolak wajah Seo In Ho ke atas kek hari lahirnya.

Dalam perjalanan pulang, Cha Jeong Suk memutuskan untuk turun daripada kereta. Seo Yi Rang, Seo Jung Min, dan Kwak Ae Sim curiga dan mengesyaki Cha Jeong Suk sudah mengetahui sesuatu.

Keesokan harinya, wanita cekal itu berjumpa peguam untuk bertanya mengenai proses penceraian. Cha Jeong Suk perlu mempunyai bukti yang kukuh jika ingin menang di mahkamah. Selepas itu, dia juga memutuskan untuk keluar dari rumah dan tinggal di asrama doktor sahaja.

d97203db 6c00 41b8 9203 d6ffdf67f5248. Cha Jeong Suk terdengar perbualan anak Seo In Ho dan Choi Seung Hi

Seo In Ho akhirnya mendedahkan fakta tentang dirinya dan juga Cha Jeong Suk adalah pasangan suami isteri. Selain itu, Seo Jung Min juga mula perasan dan menyedari bahawa Roy Kim (Mi Woo Hyuk) menyukai ibunya.

Pada akhir episod 10, Cha Jeong Suk mengikuti Seo In Ho dan Choi Seung Hi. Di sebuah hospital, dia mendengar perbualan antara suaminya, perempuan simpanan suaminya dan anak hasil hubungan mereka selama ini. Hati Doctor Cha kecewa bukan kepalang!

IMG 6698Dalam babak after credit untuk episod 10, Choi Seung Hi meminta Seo In Ho untuk membuat pilihan antara dirinya atau Doctor Cha Jeong Suk. Apakah yang bakal terjadi antara mereka bertiga? Nantikan episod baru Doctor Cha di Netflix pada minggu ini!

Baca Lagi: Doctor Cha: Myung Se Bin Suka Bawa Watak Perampas

Baca Juga: Doctor Cha: Dikritik Kerana Babak Penyakit Crohn