Home Entertainment Doctor Cha: Myung Se Bin Suka Bawa Watak Perampas

Doctor Cha: Myung Se Bin Suka Bawa Watak Perampas

0

Mengapa Myung Se Bin mahu membawa watak perempuan perampas dalam Doctor Cha?

Nama Myung Se-bin kini sedang hangat disebut-sebut kerana membintangi drama siri popular Doctor Cha yang telah berjaya mendapat rating tertinggi.

Pelakon wanita yang dilahirkan pada tahun 1976 ini membawa watak sebagai Choi Seung Hee iaitu seorang doktor yang curang dengan rakan sekerjanya dan juga bekas teman lelakinya iaitu Seo In Ho (Kim Byung-chul).

c460bdc3 6417 430d b9b8 491625019eb8 1

Lakonannya yang berkesan sebagai karakter yang cukup dibenci itu telah berjaya mencuri perhatian para penonton. Kadang kala para pelakon takut untuk membawa watak antagonis, kerana biasanya para penonton akan terbawa-bawa perasaan benci itu sehingga di alam nyata.

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapakah Myung Se Bin bersetuju untuk melakonkan watak sebagai perempuan perampas sedangkan selama ini dia telah berjaya membina imej manis dan baik semenjak meniti karier dalam bidang lakonan.

Jom sama-sama kita lihat mengapakah Myung Se Bin memilih untuk berlakon sebagai seorang perempuan perampas dalam drama siri Doctor Cha:

1. Myung Se Bin ingin mencuba watak baru yang lebih mencabar buatnya

7937ab7f 717e 4c24 aa27 7417d269e471Penampilan Myung Se Bin yang berbeza dalam drama siri Doctor Cha sudah pasti berjaya menarik perhatian para penonton, nih. Apatah lagi Myung Se Bin lebih dikenali sebagai seorang pelakon wanita yang memang ikonik dengan karakter polos, manis dan baik hati melalui beberapa projek lakonan yang dibintanginya.

Sewaktu majlis sidang media, Myung Se Bin akhirnya mendedahkan sebab-sebab dia menerima tawaran untuk membawa watak sebagai perempuan perampas. Dengan yakinnya dia menyatakan bahawa dia ingin mencuba cabaran baru melalui melalui wataknya sebagai Choi Seung Hee dalam drama siri Doctor Cha.

Saya akan mengambil cabaran baru dengan watak yang belum pernah saya lakonkan sebelum ini. Saya memilih watak ini kerana saya boleh memberi ekspresi yang lebih kuat dan menunjukkan sesuatu yang berbeza daripada imej polos dan pemalu yang ditunjukkan sebelum ini,” kata pelakon wanita itu lagi.

2. Myung Se Bin sudah lama menginginkan watak yang berbeza

527c4920 1e36 4e66 9284 f8d9023da480

Walaupun dia tahu dia akan berisiko mendapat kritikan ataupun pelbagai amarah kebencian daripada para penonton, tetapi Myung Se Bin mengaku tidak akan pernah serik untuk membawa watak sebagai perempuan perampas atau sebagai perempuan simpanan di masa akan datang.

Wataknya sebagai Choi Seung Hee membuatnya semakin bersemangat untuk mencuba pelbagai karakter baru.

Sewaktu berbicara dengan pihak wartawan, dia mendedahkan bahawa dia meminta tunjuk ajar dan tips daripada para pelakon senior yang juga membintangi drama siri Doctor Cha berkenaan watak yang dilakonkan.

Pada masa akan datang, pelakon wanita ini ingin mencuba banyak perkara baru dalam dunia lakonan.

Saya sebenarnya sangat ragu-ragu dan bimbang untuk melakonkan watak Choi Seung Hee, saya meminta tips dan tunjuk ajar daripada pelakon senior iaitu Kim Byung Chul dan Uhm Jung Hwa. Saya sangat teruja untuk melakonkan karakter baru seperti itu lagi,” katanya.

3. Pengarah drama Doctor Cha meluahkan rasa puas hati dengan lakonan Myung Se Bin

fc73c5ac a990 4c82 8753 4606c59d3f40 1

Dalam sidang media tersebut, Myung Se Bin juga turut mendapat pujian daripada pengarah drama siri tersebut. Kim Dae Jin menyatakan bahawa dia berpuas hati dengan lakonan Myung Se Bin yang membawa watak sebagai Choi Seung Hee iaitu seorang doktor yang berlaku curang dengan rakan sekerjanya, Seo In Ho (Kim Byung Chul).

Seung Hee adalah karakter kegemaran saya di antara 4 karakter utama. Watak ini sangat serakah dan menonjolkan dirinya dengan sifat keyakinan diri yang tinggi, namun para penonton tetap mampu bersimpati dengan nasibnya. Saya sangat lega bahawa Myung Se Bin memilih untuk melakonkan watak ini,” puji pengarah berkenaan.

Dalam drama Doctor Cha, Choi Seung Hee dan Seo In Ho sebenarnya sudah bercinta sejak di berada sekolah perubatan. Namun Sei In Ho pula curang dengan Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa) sewaktu kursus persiapan untuk para pelajar baru. Drama siri Doctor Cha berjaya meraih rating yang sangat tinggi.

Baca Lagi: “Doctor Cha” – 9 Sifat Paling Ego Dr Choi

Baca Juga: 7 Watak Dalam Doctor Cha Yang Menjengkelkan