Home Entertainment 9 Filem Menarik, Dibintangi Pelakon Filem Hopeless

9 Filem Menarik, Dibintangi Pelakon Filem Hopeless

0

Apakah 9 filem menarik yang pernah dibintangi oleh para pelakon dari filem “Hopeless” yang bakal tayang tahun ini?

IMG 6715

Song Joong Ki akan kembali menghiasi layar perak Korea Selatan.

Pelakon lelaki yang kini berusia 37 tahun ini sekali lagi diberi kepercayaan untuk membintangi filem Korea Selatan yang terbaru dengan tajuk Hopeless (Hwaran).

Hopeless bergenre thriller, misteri dan jenayah ini membariskan Song Joong Ki, Hong Sa Bin, dan penyanyi rap BIBI sebagai pelakon-pelakonnya. Dalam filem ini, Song Joong Ki akan membawa watak sebagai Choi Gun. Dia adalah ketua organisasi jenayah yang akan bertemu dengan pasangan adik dan kakak iaitu Yeon Kyu (Hong Sa Bin) dan Ha Yan (BIBI).

IMG 6713

Sambil kita menantikan tayangan filem terbaru ini, jom sama-sama kita lihat 10 cadangan filem menarik Korea yang dibintangi oleh para pelakon filem Hopeless.

 

3af15d80 d8ee 4761 9323 be5864dd0aa31. Dalam filem A Frozen Flower (2008), Song Joong Ki tampil sebagai pelakon pembantu. Sementara itu Jo In Sung dan Song Ji Hyoe membawa watak sebagai pelakon utama.

ae5c61b2 d779 4f2c adbd 6417747559e1

2. Song Joong Ki dipilih sebagai pelakon utama untuk filem menarik Korea bertajuk Hearty Paws 2 (2010) bersama Sung Dong Il dan Kim Jung Tae. Ceritanya sangat lucu dan ringan, sesuai untuk tontonan di waktu lapang dan bagi melepaskan tekanan seharian

d0959e56 1c60 4e8d 9597 30d060e9ac6b

3. Song Joong Ki yang tidak mempunyai pekerjaan dan duit tinggal di rumah milik Han Hye Seul dalam filem Penny Pinchers (2011), filem menarik ini bergenre rom-com, sesuai untuk mereka yang gemarkan kisah romantik santai-santai

44a9d131 42e4 4460 b0e3 a4a3a051ee4d

4. Filem ini sangat berjaya! Song Joong Ki membawa watak sebagai seorang anak yang liar dan tiada pedoman yang hidup seperti haiwan dalam filem A Werewolf Boy (2012). Pelakon ini bergandingan dengan Park Bo Young, salah satu filem menarik bergenre thriller misteri yang wajib ditonton!

3f38cde7 9f7e 4e53 b6c8 e21baeb92a30

5. Filem menarik seterusnya yang wajib ada dalam senarai tontonan anda, filem The Battleship Island (2017), Song Joong Ki adalah anggota gerakan kemerdekaan Korea yang menyusup ke pulau penjara. Filem ini diinspirasikan dari kisah benar

a3c8c1d7 663f 46bf ab6d b1cc927a4b9c

6. Song Joong Ki bergandingan dengan kumpulan kapten Kim Tae Ri cs sebagai pembersih sampah luar angkasa dalam filem Space Sweepers (2021)

b5f0ea17 4b49 4881 9815 7763b5c1e745

7. Hong Sa Bin turut tampil sebagai pelakon pembantu dalam filem yang dibintangi oleh Kim Go Eun dan Jung Hae In iaitu Tune in for Love (2019)

54df8aba b729 46da ad51 d659f29351d8

8. Sementara itu, dalam filem Nobody’s Lover (2022), Hong Sa Bin muncul sebagai pelakon utama buat pertama kalinya. Filem ini juga dibintangi oleh Hwang Bo Un

ebf48755 8808 433c 93a5 59ae180f7d28

9. Penyanyi rap Korea Selatan iaitu Bibi, membuat debut lakonan dalam filem Whispering Corridors 6: The Humming (2021). Dia memegang watak sebagai Kim Seo Hyung sewaktu remaja

Filem Hopeless dijadualkan akan ditayangkan pada tahun 2023 ini. Peminat-peminat Song Joong Ki terutamanya pasti sudah tidak sabar mahu menonton bintang pujaan mereka ini di layar perak. Sambil menunggu filem menarik ini ditayangkan, apa kata anda menonton dulu senarai filem yang kami cadangkan di atas.

Baca Lagi: 8 Kdrama Yang ”BEST” Bakal Tayang Pada Jun 2023

Baca Juga: Song Joong Ki Disahkan Membintangi Filem Noir Baharu Tanpa Gaji