Home Entertainment Myung Se Bin Pernah Membintangi 8 Kdrama Lain

Myung Se Bin Pernah Membintangi 8 Kdrama Lain

0

Myung Se Bin pernah membintangi 8 Kdrama lain, apakah kdrama tersebut?

0e896957 0b1e 4ea0 8e57 737637c52681

Dalam drama siri popular Doctor Cha (2023), watak yang selalu selalu membuat ramai orang sakit hati adalah watak Choi Seung Hee yang dilakonkan oleh Myung Se-bin. Choi Seung Hee (Myung Se Bin) adalah seorang doktor pakar di Jabatan Kesihatan keluarga di Hospital Universiti Gusan.

IMG 6699

Choi Seung Hee yang sudah bergelar profesor tersebut menjadi kekasih gelap kepada Seo In Ho (Kim Byung Chul). Dia adalah perempuan perampas yang mengganggu rumah tangga Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa) dan Seo In Ho.

Menjadi perempuan perampas dalam drama siri Doctor Cha bukanlah satu-satunya watak yang pernah dilakonkan oleh Myung Se Bin. Dia sudah melakonkan pelbagai watak melalui 8 drama siri yang kami senaraikan berikut ini:

 

f4e2c227 ee53 4916 93c2 69dc655dd62d

1. Myung Se Bin melakonkan watak sebagai Permaisuri Hwa In dalam drama siri Prince Hours (2007). Dia bergandingan dengan Park Shin Hye

2d21f335 0b84 4a54 a61d e3e92f6fdaa42. Nama Myung Se Bin mula dikenali ketika pelakon ini membintangi drama siri Three Sisters (2010). Dia membawa watak sebagai kakak paling tua daripada tiga bersaudara

ac44d42a 216d 4e66 8dbf b7379bdc5224

3. Sama-sama kesunyian dan bersendiri, Se Bin dan Lee Sung Jae akhirnya dapat mendirikan rumah tangga dalam drama The Sons (2013)

dc7f0ee2 bbf5 4e54 b9bf 5035c54a750c

4. Dalam drama siri The King’s Daughter, Soo Baek Hyang (2013), Se Bin mencintai raja yang ternyata adalah pembunuh ayahnya

e13c094c d45a 45e2 9310 845debc1da2b

5. Turut sama membintangi drama siri Kill Me, Heal Me (2015), Se Bin membawa watak sebagai ibu Ji Sung yang sah disisi undang-undang

a8a72d9f 1641 4f78 b384 a20cc288f83b

6. Wanita ini menjalin hubungan romantik dengan Kim Seung Soo, tanpa mengetahui bahawa kekasihnya adalah seorang chaebol dalam drama siri First Love Again (2017)

76aeb0e3 ccbe 41af af4d c715097928b0

7. Lee Yo Won, Ra Mi Ran, Myung Se Bin, dan Lee Jun Young bekerja sama untuk membalas dendam dalam drama siri Avengers Social Club (2017)

daa1d432 0de3 4a44 abab ee8fcb6ec964

8. Tampil dalam drama sageuk Bossam: Steal the Fate (2021), Se Bin membawa watak sebagai ibu saudara kepada Shin Hyun Soo

IMG 6717

Artis veteren yang tidak dimamah usia ini merupakan artis Korea Selatan yang telah berkecimpung dalam dunia seni lakon sejak tahun 1998. Sebelum memulakan karier lakonannya, artis yang kini berusia 48 tahun tersebut terlebih dulu menjadi model majalah dan juga bintang iklan.

Baca Lagi: Doctor Cha: Myung Se Bin Suka Bawa Watak Perampas

Baca Juga: 7 Foto Myung Se Bin Bersama Hobinya