Home Entertainment 8 Kdrama Yang ”BEST” Bakal Tayang Pada Jun 2023

8 Kdrama Yang ”BEST” Bakal Tayang Pada Jun 2023

0

Kdrama menarik yang bakal ditayangkan pada Jun 2023 ini pasti menarik minat para peminat kdrama!

Setiap bulan para peminat drama siri Korea Selatan pasti dihidangkan dengan drama siri Korea terbaru yang kadang-kadang membuatkan para peminat bingung untuk menonton Kdrama yang mana satu.

Para peminat setiap bulan disajikan dengan banyak pilihan Kdrama yang dibintangi oleh ramai artis popular.

Selain itu, bermacam-macam tema yang ditampilkan akan membuatkan para penonton semakin tertarik untuk menonton Kdrama yang disiarkan.

Jom sama-sama kita lihat senarai drama siri Korea Selatan yang akan ditayangkan pada bulan Jun 2023 nanti!

a93583d9 8e9d 46f8 9734 417db486f215

1. Drama siri Bloodhounds adalah tentang anak yang perlu melunaskan hutang ibunya dengan lintah darat sehingga terpaksa mengorbankan kariernya sebagai seorang petinju dan drama siri ini bakal ditayangkan pada 9 Jun 2023. Woo Do Hwan dan Lee Sang Yi membintangi drama siri ini

bbd52e7b b211 4e63 a5b7 672fcaa7fa1f2. Bakal menggegarkan semua peminat, YoonA dan Lee Junho berlakon bersama dalam drama siri romantik King the Land. Drama siri ini akan ditayangkan pada 17 Jun 2023

259c4ac9 0d99 44c6 893e 2a3f3d5249003. Kim Tae Hee dan Lim Ji Yeon akan berlakon dalam drama penuh misteri House With a Yard, drama siri ini akan ditayangkan pada 19 Jun 2023

66c1152a 1cdf 42e0 8359 516380f3a6ce4. Shin Hye Sun dan Ahn Bo Hyun berlakon dalam drama siri Korea adaptasi webtoon See You In My 19th Life. Drama siri romantik ini akan ditayangkan pada 19 Jun 202IMG 6647

5. Ok Taec-yeon 2PM membuat comeback bersama Won Ji-an dalam drama siri bertemakan vampire, My Heart Is Beating, bakal tayang pada 26 Jun 2023

1c27f727 1bf5 481e b4c3 a8950c65b6516. Pelakon wanita terkenal, Park Joo Mi berlakon dalam drama siri terbaru yang penuh misteri iaitu Lady Durian, tarikh tayangan belum ditetapkan, tetapi pihak penerbitan telah mengesahkan bahawa drama siri ini akan ditayangkan pada bulan Jun 2023

5c0be483 c6b7 4734 99db 297a8a24283d7. Kim Myung Soo bakal membalas dendam dan masuk ke pejabat akauntan yang sama dengan Choi Jin Hyuk dalam drama siri terbaru Numbers, drama siri ini juga akan segera ditayangkan pada bulan Jun 2023

IMG 66468. Drama siri misteri Demon yang dibintangi oleh Kim Tae Ri dan Oh Jung Se ini juga akan ditayangkan pada pada bulan Jun 2023

Nampaknya bermacam tema menarik bakal dihidangkan kepada para peminat Kdrama pada bulan Jun nanti, ramai juga artis popular yang bakal menemani anda di skrin kaca masing-masing nanti! Sabar menunggu ya!

Baca Lagi: Travel Diary Of Park Ha Kyung Kdrama Baru 24 Mei

Baca Juga: 10 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Mei 2023