Home Entertainment 5 Artis Korea Yang Telah Berhenti Dari Dunia Seni

5 Artis Korea Yang Telah Berhenti Dari Dunia Seni

0

 

5 artis Korea yang sudah berhenti berlakon, masihkah anda ingat mereka ini?

Industri hiburan Korea Selatan dipenuhi dengan gemerlapan populariti dan senyuman yang bersinar terang daripada setiap anak seni. Namun, disebalik gaya hidup glamor yang ditonjolkan dalam industri hiburan Korea Selatan, kegelapan di dalamnya bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan.

Besarnya tekanan yang diberikan industri kepada setiap pelakon berbakat tersebut kadang-kadang menyebabkan para artis mengambil jalan untuk menyusahkan diri mereka sendiri dan sekaligus menimbulkan masalah.

Bermula dari skandal hingga keinginan untuk hidup secara normal dan bebas, berikut merupakan senarai artis Korea yang telah berhenti berlakon atas sebab-sebab diatas:

1. Shim Eun Ha

IMG 6649Setelah melakukan debut pada tahun 1994, tidak memerlukan masa yang lama bagi Shim Eun Ha untuk menjadi wajah artis Korea paling popular di Korea Selatan pada waktu itu. Menerusi Trap of Youth dan Tell Me Something, kariernya dalam industri hiburan Korea Selatan terus meningkat hingga khabar angin mengenai pertunangannya muncul pada tahun 2002.

Setelah itu, Shim Eun Ha mencuba sehabis baik untuk tidak kelihatan di tempat awam sambil mempertahankan kariernya sebagai salah seorang bintang industri yang paling disukai ramai waktu itu. Pada tahun 2005, dia mengumumkan berita perkahwinannya dan menegaskan bahawa dia tidak akan kembali berlakon lagi.

2. Heo Yi Jae

9e6ad4db 770b 447a af83 4b7c167d6576Digelar sebagai “Little Kim Tae Hee” kerana sangat mirip dengan pelakon wanita tersebut, Heo Yi Jae atau Huh E-jae memulakan debutnya pada tahun 2004 dan menjadi terkenal dengan watak utamanya dalam drama siri Prince Hours.

Artis Korea dengan senyuman manis ini kemudian membintangi Single Dad in Love yang membawa kemuncak lain dalam kariernya. Namun, dia tiba-tiba menghentikan aktiviti seninya pada tahun 2016 dengan You Are a Gift menjadi projek lakonan terakhirnya.

Pada tahun 2021 dia menjelaskan kepada para peminat sebab-sebab dia mahu berhenti berlakon. Dia mendedahkan bahawa terdapat insiden seorang pelakon leaki yang sudah berumah tangga cuba untuk tidur dengannya, dia memutuskan untuk meninggalkan industri tersebut.

Selain itu, menghadapi gangguan mental dan tidak ada orang di sekitarnya untuk membantu adalah salah satu sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni lakon.

3. Bae Yong Joon

d1eb53ff 8f34 4d47 b1ad b0ed1c0a6acaMula menjadi terkenal setelah KDrama Winter Sonata yang menjadi fenomena dan banyak mendapat pujian, Bae Yong Joon menjadi artis Korea dengan bintang industri terbesar pada awal tahun 2000-an.

Dia kemudian berlakon dalam pelbagai drama selepas mendapat kejayaan besar dan melangkah ke belakang tabir sewaktu dia berhenti dari dunia lakonan pada tahun 2007 dan menjadi ketua agensi pengurusan KeyEast.

Selama menjadi seorang pelakon, Bae Yong Joon berjaya meraih beberapa anugerah terkenal dari Bak Sang dan Blue Dragon. Kini dia tinggal di Hawaii bersama isterinya iaitu pelakon jelita, Park Soo Jin yang telah dikahwininya pada 27 Julai 2015.

4. Choi Jong Hoon

IMG 6650Choi Jong Hoon merupakan pemain gitar dan pemuzik Korea Selatan yang melakukan debut lakonannya pada tahun 2011 dalam drama siri You’re My Pet. Dia memulakan perjalanan karier sebagai seorang pelakon yang dikenali dalam industri hiburan Korea Selatan.

Namun, pada bulan Mac 2019, dia memutuskan untuk menarik diri dari industri tersebut apabila imejnya dicemari dengan skandal tuduhan merakam wanita secara haram tanpa persetujuan mereka, rasuah, memandu dalam keadaan mabuk, dan lain-lain tuduhan berat. Choi Jong Hoon didapati bersalah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara.

5. Lee Seo Won

8fc64d2d 8428 4dda ac1e 38e403b98ba0Setelah kemunculannya dalam KDrama Uncontrollably Fond pada tahun 2016 sebagai adik kepada Suzy, Lee Seo Won menarik perhatian ramai dan terus dipilih untuk melakonkan watak utama dalam drama The Liar and His Lover.

Berasal dari syarikat pengurusan yang sama yang pernah dinaungi oleh Park Bo Gum dan Song Joong Ki, ramai yang menaruh harapan kepada bakat muda ini hingga skandalnya pecah dan dibongkarkan pada tahun 2018.

Lee Seo Won didakwa melakukan gangguan seksual dan mengancam seorang selebriti wanita dengan senjata setelah wataknya dalam drama About Time serta dari Music Bank diganti dengan pelakon lain. Dia mengaku bersalah pada perbicaraan pertama tetapi mendaftar latihan ketenteraan wajib sebelum berlangsungnya perbicaraan keempat.

Mereka adalah artis Korea Selatan yang berhenti berlakon dari dunia hiburan kerana beberapa sebab dan alasan tertentu. Adakah anda mengenali artis yang kami senaraikan di atas? Masihkah anda ingat lakonan mereka?

Baca Lagi: 8 Kdrama Yang ”BEST” Bakal Tayang Pada Jun 2023

Baca Juga: 5 Artis Korea Dikecam Teruk Akibat Skandal