Home Entertainment 5 Artis Korea Dikecam Teruk Akibat Skandal

5 Artis Korea Dikecam Teruk Akibat Skandal

0

5 Skandal Selebriti Korea Selatan Yang Paling Heboh dan mendapat kecaman pada tahun 2022!

Beberapa artis Korea Selatan terlibat dengan skandal yang cukup memalukan, antaranya ada yang tertangkap memakai barangan palsu (tiruan) pada tahun 2022. Inilah antara skandal artis Korea yang paling heboh pasa tahun 2022.

Mereka berterusan mendapat kecaman orang ramai bahkan ada yang ditendang keluar daripada kumpulan mereka. Skandal artis Korea biasanya menjadi perhatian dan akan memberi kesan yang besar terhadap kerjaya mereka. Kecaman dan makian dari netizen adalah perkara biasa yang terpaksa dihadapi oleh artis-artis yang terpalit skandal. Sama seperti kes yang terjadi kepada Kim Sae Ron.

Jom kita lihat 5 orang artis yang dikecam teruk pada tahun 2022 akibat skandal buruk mereka:

1. Park Min Young
59CB1CB0 99D6 456F AD7D A058AD4B5F86

Khabar mengejutkan tentang Park Min Young yang didapati menjalinkan hubungan cinta dengan seorang penipu kripto yang pernah dihukum penjara. Pada hari Rabu 28 September 2022, portal Dispatch juga mendedahkan identiti lelaki yang bernama Kang Jong Hyun yang pernah terseret kes penipuan dan dianggap sangat kontroversi pada waktu itu.

Setelah gosip tersebut tersebar, Park Min Young terus mendapat kritikan netizen Korea Selatan sehingga dituduh ‘mata duitan’. Skandal artis Korea Selatan yang sangat heboh pada tahun 2022 ini berlanjutan dengan kenyataan dari agensi Park Min Young, Hook Entertainment yang mengumumkan bahwa artis itu telah berpisah dengan lelaki penipu yang sangat tidak disukai ramai itu.

Baca Lagi: In The Name of God: A Holy Betrayal Tentang Kejahatan Manusia

2. Kim Ga-ram bekas anggota LE SSERAFIM
516EDCA0 24DC 494F 8D39 9F54304A4D03Kim Ga-ram, merupakan bekas ahli LE SSERAFIM, iaitu kumpulan K-pop di bawah naungan HYBE, dia menjadi tumpuan masyarakat dan peminat. Hal ini bukan kerana prestasi dan pencapaiannya tetapi Kim Ga-ram menjadi perbincangan dan bualan hangat di seluruh negara kerana dugaan skandal buli yang pernah dia lakukan hingga menyebabkan seorang pelajar cuba untuk membunuh diri.

Laporan mengatakan bahawa dia harus menjalani hukuman disiplin atas perilaku buruknya di sekolah. Agensinya telah membantah dan menepis sebahagian besar tuduhan tersebut. Namun, Kim Ga-ram telah mengambil langkah untuk menarik diri dari kumpulan K-pop LE SSERAFIM, hanya beberapa minggu setelah album debutnya, Fearless.

Akibat dari skandalnya ini, agensi membuat keputusan untuk tidak menyambung lagi kontrak Kim Ga-ram. Dia juga terus meninggalkan kumpulan LE SSERAFIM.

3. Kim Sae Ron
BFD63CDE 2D7C 4E9C 96C2 CC22EB1B9539

Nama Kim Sae Ron dalam dunia hiburan Korea Selatan sudah tidak asing lagi. Dia merupakan salah seorang pelakon muda yang masih didambakan setiap produser sehingga kes memandu dibawah pengaruh alkohol pada 18 Mei 2022 yang melibatkan dirinya. Kim Sae Ron disahkan memandu sambil mabuk dan menyebabkan kerugian kepada pemilik perniagaan di sekitar kawasan Gangnam.

Kim Sae Ron perlu menerima akibat dan bertanggungjawab atas tindakan bodohnya itu. Kini dia terpaksa menanggung kerugian seperti hilang projek lakonan, lesen memandu ditarik, dan perlu membayar ganti rugi setiap tiang elektrik yang dilanggar olehnya.

4. Nam Joo Hyuk
34C6FF3A 4924 4DE0 8702 53CF84F42928Skandal artis Korea yang turut menggegar pada tahun 2022 adalah kes Nam Joo Hyuk yang dituduh pernah menjadi pembuli dan budak jahat semasa zaman persekolahan. Walaupun tuduhan tersebut disangkal sekeras-kerasnya oleh pihak agensi, tetapi telah muncul mangsa lain yang mengaku masih trauma kerana dibuli oleh Nam Joo Hyuk sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan pakar psikiatris.

Namun hasil siasatan portal Dispatch pada Selasa 5 Julai 2022, mereka berjaya membuktikan bahawa Nam Joo Hyuk tidak bersalah. Malah bintang drama Korea Twenty Five Twenty One itu turut dianggap sebagai pelajar contoh di sekolahnya. Pelik bukan?

5. Song Jia
D5B5FE04 0174 48F5 A315 56B54B52DDC5Song Jia merupakan seorang pempengaruh terkenal dan juga salah seorang peserta program Netflix Single’s Inferno yang sering kali viral kerana kecantikan dan kontroversinya. Pada 16 Januari 2022 Song Jia tertangkap memakai baju Chanel palsu dalam program tersebut.

Dia tanpa melengahkan masa telah memberi respon atas kritikan yang dilontarkan oleh netizen dan mengaku bahawa baju Chanel yang dipakainya itu adalah barangan tiruan. Walaupun sudah menulis surat permohonan maaf, pandangan publik terhadap pemilik saluran YouTube Free Zia itu mulai berubah.

Memang sukar menjadi selebriti terkenal, ada sahaja yang sering memerhati dan mengambil peluang untuk menjatuhkan reputasi baik mereka. Pokok pangkalnya harus pandai jaga diri dan sentiasa jujur! Dunia glamor ini penuh tipu daya dan kepura-puraan.

Baca Juga: Hael Husaini Jelmaan Cha Eun Woo?