Home Entertainment Hael Husaini Jelmaan Cha Eun Woo?

Hael Husaini Jelmaan Cha Eun Woo?

0

Sejak akhir-akhir ini nama Hael Husaini sering dipetik oleh media massa dan begitu juga oleh para peminatnya apabila penampilannya yang menyerupai artis Korea begitu mendapat perhatian dalam dunia fesyen dan hiburan. Wajah dan figuranya juga sering dilihat muncul dengan pelbagai gaya dan fesyennya yang tersendiri menerusi beberapa acara jenama besar dan terkenal.

2C32D06F 9BEA 4488 93B9 272F4C443118Melalui satu perkongsian video Tiktok pada awal tahun ini, Oppa Malaysia ini telah disalah anggap dengan artis terkenal Korea Selatan Cha Eun Woo. Kanak-kanak perempuan dalam video tersebut meminta Hael memeluknya, Hael yang kelihatan agak tergamam hanya melayankan permintaan kanak-kanak perempuan itu.

9D252AD2 5E7C 4886 8069 90562ABD6D75 scaled

Walaupun demikian, Hael Husaini tidak terlepas dari mendapat kritikan dari warganet termasuklah dikalangan peminatnya sendiri yang menggangap penyanyi kesayangan mereka itu semakin menyimpang dari identitinya yang sebenar. Malah ada juga yang mengkritik Hael terlalu “try hard” untuk menjadi seperti artis Korea.

Baca Lagi: Pendedahan Perit Perjalanan Sebelum Bergelar Idol K-pop

Hael yang tidak mudah melatah dengan sebarang kritikan diterimanya, menerusi sebuah temu bual Hael Husaini menyatakan bahawa, “Jujurnya, saya memang tidak pandai berfesyen atau melaram. Imej dan penampilan saya semuanya ditetapkan penata gaya.”

F3FD7628 B35C 4ADE 809D 27648E7259DA 9806EFE0 6C21 4BB0 A841 522B3558F8EE D63E972C F717 4511 86F3 7BD69A73A80B

“Jadi, lebih baik saya serahkan pada pakar. Dengan adanya bantuan penata gaya, peluang untuk saya bekerjasama dengan jenama antarabangsa semakin terbuka luas. Saya pun tidaklah terlalu obses dengan kecantikan. Cuma, sebagai selebriti, saya kena sentiasa menjaga penampilan.” Katanya lagi.

Sebelum ini pada Mac tahun lepas, Hael Husaini baharu melancarkan single ‘Kelentang Kelentong’ dan telah menerima lebih dari 6.4 juta tontonan di YouTube. Setelah itu dia muncul pula dengan single yang bertajuk ‘Sama Seperti Dulu’ hasil ciptaan dan kerjasama Hael bersama komposer muda, Iqie Hugh.

Sejurus rakaman lagu single ‘Sama Seperti Dulu’ selesai, Hael juga turut merakamkan single terbaharu bertajuk ‘SAYANG DO YOU LOVE ME?’ hasil nukilannya dengan komposer popular, Ezra Kong dan diterbitkan oleh peneraju hiburan Malaysia yang paling berpengaruh masa kini, Rocketfuel Entertainment.

D424E610 3F8B 413C 983B 68EC8EE10EF6

Nampaknya Hael Husaini tidak sedikit pun terpalit atau merasa kecil hati dengan pelbagai pandangan sinis dan negatif dari sebahagian warganet serta peminatnya melalui transformasi penampilannya. Dia masih tetap berusaha menghasilkan lagu dan bergiat aktif dalam industri hiburan serta fesyen demi menghiburkan para peminatnya semua.

Sudah pasti juga dari pihak Hael, dia berharap agar para peminatnya tidak berhenti dari memberi sokongan sepanjang dia berkarya dan menghiburkan semua.

Baca Juga: Wanita Simpanan Putera William Mendapat Layanan Khas Oleh Camilla Parker