Home News Aida Tolak Permintaan Sam Kurangkan Nafkah Anak, Ramai Tak Sangka Nilai Yang...

Aida Tolak Permintaan Sam Kurangkan Nafkah Anak, Ramai Tak Sangka Nilai Yang Diminta Terlebih Cukup

0

Shamsul Annuar bin Muhammad Baharom atau dikenali sebagai Sam merupakan seorann penyanyi, komposer dan pemuzik Malaysia. Beliau dilahirkan pada 11 Disember tahun 1987, berasal dari Basildon, England. Sam juga merupakan vokali dan gitaris kumpulan punk rock yang popular iaitu Bunkface.

Pada 1 April 2023, Sam telah menyiarkan satu klip durasi pendek di mana beliau bersuara mengenai fitnah yang dikeluarkan oleh bekas isterinya iaitu Aida Azira Husin. Sam mengatakan apa yang dikatakan oleh bekas isterinya adalah satu fitnah dan dia tidak memberitahu perkara yang benar kepada wartawan ketika ditemubual.

Lihat klip durasi pendek penjelasan Sam Bunkface sebelum ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SamBunkface (@sambunkface)

Setelah itu, Sam dan bekas isterinya telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya bagi menghadiri perbicaraan kes pindaan nafkah anak yang dituntut oleh beliau. Sam juga mengatakan beliau hanya mengharapkan keadilan berpihak kepadanya berhubung kes nafkah anak tersebut.

“Saya nak mencari keadilan. Insya-Allah mahkamah yang mulia ini akan berikan keadilan. Itu saja. Selain daripada itu, anda kena tanya puan Aida, pergi tanya Aida. Saya tiada apa-apa lagi nak cakap. Kalau saya nak cakap sesuatu saya akan bagi kenyataan yang lebih besar”

Screenshot 2023 05 17 204253

Dalam pada itu, peguam Syarie yang mewakili Sam, Liyana Sihar menjelaskan bahawa ketika perbicaraan, bekas isteri Sam adah menyatakan beberapa isu.

“Dia Sebut secara lisan dan keterangan secara am iaitu anak tak dapat kehidupan yang baik. Mereka akan beritahu pada tarikh 26 Jun ini sama ada terdapat saksi dalam kes ini”

“Hakim bagi tiga tarikh, untuk soalan-soalan balas saksi pun pada tarikh seterusnya. Itupun jika ada dan kalau tiada kes akan ditutup, tapi dia kata ada dan mungkin ada. Itu yang dizahirkan kepada mahkamah, kita dengar yang itu saja”

Screenshot 2023 05 17 204436

“Kalau dikurangkan, saya terpaksa kurangkan makanan anak.. permainan, aiskrim… Selain itu tempat tinggal juga kena selesa. Contohnya pendingin hawa yang saya kira membabitkan bil”

Oleh itu, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Shukran Yusof menetapkan tarikh 26 Jun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohbulan