Home Entertainment The Good Bad Mother: 11 Watak Pembantu Mencuri Perhatian

The Good Bad Mother: 11 Watak Pembantu Mencuri Perhatian

0

The Good Bad Mother merupakan drama siri slice of life terbaru JTBC yang telah berjaya mencuri perhatian ramai

Kisah drama siri ini tertumpu tentang kasih sayang ibu tunggal yang mendidik anak lelakinya dengan terlalu keras. Drama siri ini yang turut ditayangkan di Netflix menampilkan Ra Mi Ran, Lee Do Hyun, Ahn Eun Jin, dan Yoo In Soo sebagai pelakon utama.

Bukan hanya para pelakon utama, artis-artis yang membawa watak sebagai pelakon pembantu dalam “The Good Bad Mother” ini juga memberikan persembahan lakonan yang sangat memukau. Mereka mencuri perhatian dengan watak masing-masing.

Jom sama-sama kita lihat beberapa orang artis pelakon pembantu dalam The Good Bad Mother yang berjaya memeriahkan lagi jalan carita drama siri ini:

 

010081eb d901 469a a4ca 555a2a325b7b1. Ki So Yu dan Park Da On sangat berjaya menampilkan lakonan yang sangat berkesan sebagai pasangan kembar kesayangan warga desa Jou-ri.

16811dc0 0174 416f aa3a 8e2dcb4c74532. Pertemuan semula dengan Ra Mi Ran setelah Reply 1988 (2015), kali ini Choi Moo-sung membawa watak sebagai antagonis utama dalam The Good Bad Mother

d68310f7 d4f2 4dfc 87a2 e126adbf34563. Sangat hebat lakonannya sebagai villain, Jung Woong-in dalam drama siri ini juga sekali lagi berjaya menunjukkan bakatnya sebagai pelakon watak antagonis yang kejam dan bercita-cita tinggi

ff92c241 3cc2 43b6 a221 f65a784731034. Hong Bi-ra menampilkan lakonan yang hebat sebagai seorang gadis kaya raya yang menjadi mangsa ketamakam ayahnya

The good bad mother 5. Daripada watak seorang ibu yang baik hingga kepada watak nenek yang penyayang, lakonan Kang Mal-geum memang berjaya mencuri perhatian para penonton

ca9bce33 24c5 4234 a61d 5d835134dad76. Setelah Hotel Del Luna (2019), Seo Yi-sook bergabung lagi dengan Lee Do Hyun. Daam drama siri ini, dia membawa watak sebagai jiran tetangga yang cerewet tapi sebenarnya baik

d18c9216 f112 4b97 9382 ea94bf527f997. Pelakon lelaki berbakat. Jang Won Young tampil hebat sebagai suami romantik kepada watak yang dilakonkan oleh Seo Yi Sook

70759e65 8d63 4801 8b97 37ca975fe14e8. Kim Won Hae berjaya berlakon sebagai ketua kampung Jou-ri yang selalu kecewa dengan kelakuan pelik-pelik para penduduk

3925d9d0 a541 413a 9b62 d46247d4a1579. Park Bo Kyung yang turut berlakon dalam Little Women (2022), berjaya juga menarik perhatian kerana wataknya selalu memakai topeng wajah walau di mana sahaja

3ac7bd8a 3b6c 4fd6 84f0 097da31feaa110. Gandingan Choi Sun Jin dan Park Cheon memang ditunggu-tunggu kemunculannya di setiap episod

36ccb9ec ea96 4de6 ab5a 55e8394e7f3511. Sejak awal kemunculannya, watak penyanyi trot yang dilakonkan oleh Baek Hyun Jin, memang telah berjaya membuai emosi para penonton!

Walaupun screen time setiap watak pelakon pembantu tidaklah sebanyak screen time pelakon-pelakon utama, penampilan mereka tetap dinantikan oleh para penonton kerana lakonan mereka sangat berkesan dan berjaya memberi warna kepada setiap jalan cerita.

Karakter yang mereka lakonkan juga memang sangat mencuri perhatian dalam drama siri The Good Bad Mother. Di antara senarai di atas, watak mana satukah yang paling anda minati?

Baca Lagi: 7 Watak Paling Menderita, The Good Bad Mother

Baca Juga: The Good Bad Mother Drama 2023 Yang Mengharukan