Home Entertainment 7 Watak Paling Menderita, The Good Bad Mother

7 Watak Paling Menderita, The Good Bad Mother

0

Drama siri The Good Bad Mother yang dibintangi oleh pelakon terkenal Lee Do Hyun dan Ra Mi-ran membawa tema perjuangan sebuah keluarga

The Good Bad Mother telah berjaya membuat para penonton berfikir dan turut tenggelam dalam segala cubaan dan dugaan yang dialami oleh watak-watak yang sering bertali arus menerpa.

IMG 7216 3

Kisah dan konflik di antara mereka sangat berkaitan dengan kehidupan di dunia nyata, dimana- mana sahaja ada penyelesaian masalah yang kompleks dan konflik yang sangat tegang.

Berikut ini kami senaraikan 7 watak dalam drama siri The Good Bad Mother yang menderita kerana ditimpa berbagai-bagai cubaan dan dugaan hidup yang sangat berat dan sukar. Jom sama-sama kita lihat:

The good bad mother

1. Jin Young Soon (Ra Mi Ran) perlu mengasuh dan membesarkan anak seorang diri kerana suaminya mati dibunuh. Dia juga turut menderita penyakit kanser

4159f7dc 9352 49f4 b908 c85fef816ea32. Bukan hanya menyaksikan keganasan rumah tangga sejak kecil, Lee Mi Joo (Ahn Eun Jin) juga ditinggalkan kekasihnya dan menguruskan dua orang anak tanpa figura seorang suami disisi

13ee920b c4f0 42c4 a68d 8a6d426e2a863. Choi Kang Ho (Lee Do Hyun) perlu menghadapi penderitaan hidup yang menyesakkan kerana cara ibunya yang membesarkannya dalam suasana yang toksik dan juga perlu menerima kenyataan tentang kematian ayahnya yang sungguh tragik

7b2c868a b73f 4d1c b7ae f224f6c8e17a4. Sedang dilamun kebahagiaan meniti kehidupan berumah tangga, peternakan khinzir Choi Hae Sik (Cho Jin Woong) dibakar dan dia juga dibunuh di tengah-tengah hutan dengan sungguh kejam

9ec15e51 7d4f 4167 963f b670204d209f5. Jung Gum Ja (Kang Mal Geum) adalah mangsa kecurangan dan keganasan rumah tangga. Dalam segala kesukaran dan keterbatasan, dia perlu membesarkan kedua-dua orang cucunya

5ed45757 6d85 4652 89cd b0a2e30a28736. Bang Sam Sik (Yoo In Soo) yang ingin membahagiakan kedua-dua ibu bapanya telah dituduh dan difitnah sebagai pencuri. Dia dikejar dan diseksa oleh lintah darat

fc287408 29f4 42ea bd3a ec766557fe307. Walaupun kelihatan selalu ceria, adik beradik kembar Lee Seo Jin ( Park Da On) dan Lee Ye Jin (Ki So Yu) sering dibuli kerana hidup tanpa ayah dan dibesarkan oleh neneknya

Penderitaan demi penderitaan yang dialami oleh 7 watak ini dalam Kdrama The Good Bad Mother tersebut membuatkan para penonton sangat sedih dan bersimpati terhadap nasib mereka. Walaupun takdir dan cobaan hidup menerpa mereka satu per satu, mereka tidak patah semangat.

Di sebalik semua dugaan ada banyak hikmah dan pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan pedoman. Salah satunya adalah cara mereka menghadapi dan menyelesaikan masalah. Sungguh memberi inspirasi!

Baca Lagi: Kdrama 2023: 8 Mangsa Politik & Aksi Balas Dendam

Baca Juga: The Good Bad Mother, 9 Nasib Malang Choi Kang Ho