Home Entertainment The Good Bad Mother, 9 Nasib Malang Choi Kang Ho

The Good Bad Mother, 9 Nasib Malang Choi Kang Ho

0

Choi Kang Ho (Lee Do Hyun) merupakan watak utama dalam drama siri terbaru The Good Bad Mother.

Pada episod awal kdrama The Good Bad Mother, watak ini digambarkan sebagai seorang pendakwa raya yang dari luarannya terlihat sangat dingin, penuh rasuah, serta selalu derhaka kepada ibunya. Namun yang sebenarnya, dia hanya pura-pura menjadi jahat demi untuk membalas dendam.

IMG 7216 2

Sejak kecil hingga dewasa, Choi Kang Ho perlu menjalani kehidupan yang sangat sukar sebagai anak tunggal. Dia adalah tumpuan terakhir ibunya. Kisahnya boleh buat anda menangis.

Jom sama-sama kita lihat beberapa nasib malang dalam hidup yang telah dialami oleh Choi Kang Ho dalam Kdrama siri The Good Bad Mother ini:

The Good Bad Mother

1. Tragedi dalam hidup Choi Kang Ho mula terjadi sebelum dia dilahirkan lagi. Sewaktu ibunya hamil, ayahnya meninggal dunia akibat dibunuh dengan kejam

d68cb9a8 a6f0 44f7 941b 20ea00ac2c172. Ibunya yang asalnya sangat lemah lembut dan penuh kasih sayang, memilih mendidiknya dengan cara yang kasar dan penuh disiplin

f7dcc088 7aab 4bd6 88eb 9f98d49c66603. Dia hanya menghabiskan masanya dengan belajar, tidak boleh bermain, dilarang makan sampai kenyang, dan keputusan peperiksaan di sekolahnya pula dia wajib mendapat skor paling terbaik

d08f99b5 3f5b 404e b60f 87438796cde34. Bukan itu sahaja, dia akan dimarahi dan dipukul jika terlibat perkelahian. Padahal dia tidak bersalah, dan hanya ingin menegakkan keadilan

cbf0654f daa1 4b34 91eb 27f6fa425ed75. Pada episod 9 terungkai bahawa dia sebenarnya ingin menjadi pelukis, tetapi ibunya memaksa dia untuk menjadi pendakwa raya atau hakim

dc547bec 8af1 4153 848b 8bfcbb6702ae5. Setelah mengetahui tragedi mendiang ayahnya, Choi Kang Ho merancang untuk balas dendam. Oleh kerana itu, dia memutuskan hubungan dengan kekasihnya dan juga ibunya

74c24839 4c00 43c2 a86c 6996b56413c0 16. Dia memilih untuk turut sama hancur bersama musuh-musuhnya. Dia mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dicintai demi rancangan balas dendamnya

90b916b1 1e31 4a87 b2be 26da4b2643cc7. Dia juga perlu menerima diperlakukan sesuka hati kerana dia memilih untuk menjadi pendakwa raya yang jahat demi rancangannya

3c7a1588 27e1 4135 aa11 473126fc52748. Dalam sisi lain, dia juga langsung tidak mengetahui bahawa dia dan kekasihnya mempunyai dua orang anak kembar lelaki dan perempuan

9f2a4610 24fc 4ddc b150 cad597dd6c6f9. Lebih malang, dia mengalami kecederaan yang terun hingga lumpuh dan mengalami amnesia

Choi Kang Ho mengalami banyak tragedi dalam hidupnya, bahkan sebelum dia dilahirkan. Namun setelah selamat daripada kemalangan, dia pulang ke kampung halaman dan merasakan cinta dan kasih sayang daripada ramai orang.

Hampir sahaja untuk mendirikan rumah tangga, Choi Kang Ho mengalami kemalangan yang dirancang oleh tunangnya sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut nasib Choi Kang Ho, jangan lupa saksikan episod terbaru The Good Bad Mother di platform streaming Netflix! Episod terakhir drama ini dijadualkan tamat pada 8 Jun 2023 ini!

IMG 8433

Baca Lagi: The Good Bad Mother Drama 2023 Yang Mengharukan

Baca Juga: The Good Bad Mother – Wanita Disebalik Masker